SEHARI dua ini, terlihat saya dalam CRI Online berita 'China Muncul Johan Acara Renang Segerak Asia'. Mempamerkan gambar-gambar ini...
Kontinjen China menjuarai acara renang segerak dalam Kejohanan Renang
Asia ke-9 yang diadakan di Emiriah Arab Bersatu semalam. Kontinjen
Republik Rakyat Demokrotik Korea menduduki tempat kedua.
Terlintas di fikirann saya, apakah aktiviti sukan renang seperti ini tidak boleh diIslamkan? Sekurang-kurangnya kalau tidak boleh mempengaruhi dunia (yakni berjiwa besar 'big thinking' berdakwah kepada dunia melalui sukan renang cara Islam), tidak bolehkah.dilaksanakan di negara sendiri yang mengaku negara Islam? Berjiwa kecil sangatkah pemimpin-pemimpin negara Malaysia ini?
Teringat lagi dalam sejarah Persekutuan Tanah Melayu, Malaya atau Malaysia sekarang.. sewaktu baru merdeka, ditanyai mengapa tidak dilaksanaan sistem perundangan Islam? Jawab pemimpin No 1 UMNO teras gabungan Perikatan yang memerintah masa itu, jangan gopoh sangat, kita Meayu Islam ramai, bila-bila masa kita boleh buat!
Memang waktu itu, orang Melayu Islam sekitar 70-80% dari penduduk Malaya. Tetapi selepas berlaku penubuhan Malaysia termasuk Sabah Serawak, peratus Melayu Islam hampir sama atau lebih sikit tidak seperti dulu. Bila ditanya persoalan yang sama, pada pemimpin yang sama, dia menjawab, tidak lihatkah realiti rakyat Malaysia yang majmuk Melayu Islam bukan menjadi penentu lagi?
Begitulah 'jiwa kecil'nya pemimpin Malaysia dalam hal perlaksanaan perundangan Islam, tidak yakin boleh. Sewaktu tertubuhnya 'Kerajaan Islam Madinah' ditafsirkan penduduk Islamnya baru sekitar 20% lebih sikit, kerana Rasul yakin boleh, sebelumnya. Hingga sekarang pemimpin Malaysia kini, jelasnya UMNO, masih berjiwa sampah, kerdil, yakni tidak yakin boleh dalam melaksanakan perundangan Islam di negara ini.
Jauh lagi kalau mereka hendak memikir untuk melaksanakan aktiviti sukan renang seperti di atas yang Islamik. Mungkinkah tidak terlintas lansung di hati mereka hasrat seperti itu?.
Mengapa saya lihat sukan renang itu sebagai penting?
Ajaran Islam ternyata begitu lengkap dan sempurna. Bahkan aktivti sukan memang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW seperti sukan berenang, memanah, berlari, berkuda, bergusti, dan sebagainya. Dipandang sebagai nikmat kedua terbaik setelah Iman. Selain itu, banyak ibadah dalam Islam perlukan tubuh yang kuat seperti shalat, puasa, haji, apalagi jihad.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:
- “Orang mu’min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang mu’min yang lemah."
- Ajarkan putera-puteramu berenang dan memanah. (HR. Ath-Thahawi).
- Setiap sesuatu yang tidak termasuk mengingat Allah, ia merupakan permainan yang sia-sia kecuali empat hal ; seorang lelaki berjalan di antara dua tujuan (untuk memanah), melatih berkuda, bermesraan dengan keluarga, dan mengajarnya berenang.(Hadis Riwayat At-Thabrani)
- “Didiklah anakmu sesuai dengan zamannya, kerana mereka hidup bukan di zamanmu.”
Jom kita lihat aktiviti berenang..
Tentu ada alasan kuat mengapa Rasul menyuruh ibubapa Muslim mengajar anak-anaknya dengan keterampilan-keterampilan khusus tersebut. Apaagi bagi masyarakat di padang pasir, berkuda dan memanah adalah lumrah. Naik kuda ataupun naik unta merupakan kegiatan harian mereka, dalam masyarakat Arab. Tetapi bagaimana dengan aktiviti berenang?
ini yang agak menghairankan. Orang Arab dulunya tidak terlalu suka air. Kolam renang nampak macam tiada. Kalau adapun, kolam itu berbentuk oasis atau wadi, kebanyakan dipakai sebagai sumber minum. Tetapi.. dikatakan oleh ahli-ahli kesihatan, inti dari sukan renang adalah pelancaran nafas. Dimana Fungsi nafas adalah untuk memasukkan atau menghirup oksigen dari alam ke dalam tubuh kita melalui paru-paru.
Oksigen yang kita hirup masuk ke paru-paru, melalui aliran darah dari jantung. Paru-paru adalah organ pada sistem pernapasan (respirasi) dan berhubungan dengan sistem peredaran darah (sirkulasi) yang bernapas dengan udara. Fungsinya adalah menukar oksigen dari udara dengan karbon dioksida dari darah. Prosesnya disebut "pernapasan eksternal" atau bernapas. Begitulah seterusnya kebaikan-kebaikan dari sudut kesihatan, sehigga dikatakan, 'berenang adalah simbol kekuatan dan ketahanan fizikal prima yang perlu dimiliki oleh setiap manusia.
Hingga banyak diceritakan dalam riwayat, bagaimana sahabat-sahabat Rasul memiliki ketampanan dan kemampuan luar biasa. Misalnya Ali bin Abi Thalib. Beliau mampu memukul pintu gerbang dengan sekali pukul sama dengan 40 tenaga orang lain. Atau beliau mampu membelah badan musuh yang memakai baju besi bersama kudanya dengan sekali tebas dan libas sahaja.
Yang penting, dalam kontek masakini ajarkan
anak-anak kita latihan beladiri dan kemampuan tubuh. Sehingga akan
lahir generasi-generasi dengan penguasaan energi tubuh yang kuat,
mengusai teknologi, memiliki peribadi berakhlak dan bertauhid pejal.
Mungkin itulah hikmahnya, Rasul suruh belajar berenang dan jenis-jenis sukan yang sejenis dengannya.
Bagaimana disiplin wanita dalam bersukan?
Satu: Hendaklah menjaga aurat dengan memakai pakaian menurut syariat.
Atas dasar Islam itu indah dan amat menjaga sensitiviti wanita serta kedudukan sebagai muslimah, maka Islam menetapkan tata cara garis panduan wanita yang ingin keluar sama ada untuk bekerja, bersukan atau perkara lain mestilah menjaga adab-adab atau disiplin.
Dua: Bersukan hanya di kalangan wanita
Mengambil kepentingan hak dan kemuliaan wanita dalam sukan adalah sesuai jika tempat dan waktu bersukan bagi lelaki dan wanita diasingkan. Wanita mempunyai hak yang perlu dilayan sesuai dengan fitrah dan kejadian wanita yang sopan dan pemalu. Layanan istimewa bukan sahaja terhadap wanita Islam malah terhadap wanita bukan Islam.
Contohnya seperti pengasingan penggunaan bilik gymnasium mengikut hari-hari tertentu antara lelaki-perempuan yang diamalkan dikebanyakan IPTA di Malaysia. Dengan pengasingan tersebut kaum wanita dapat melakukan aktiviti sukan tanpa batasan.
Tiga: Menjaga pergerakan semasa bersukan.
Tidak boleh wanita perlihatkan liuk lintuk dan lenggang lenggok yang menggoda. Sukan wanita yang boleh membawa fitnah kepada lelaki seperti berenang, gimnastik, luncur ais , tarian ballet dan sebagainya boleh diadakan sesama wanita dengan syarat-syaratnya. Dr Yusuf Qardawi menyatakan:
Dalam menyokong pasukan, keganasan perlu dielakkan. Menang dalam pertandingan tidak semestinya menghina lawan yang kalah. Islam memandang sukan sebagai jalan meningkatkan kasih dan kerjasama antara manusia. Penyokong sukan wanita biarlah dari kalangan wanita sahaja, tidak dipertontonkan kepada lelaki.
Islam tidak membenarkan pertandingan atau permainan yang melibatkan kedua-dua jantina, dengan cara, membuka jalan hawa nafsu, syahwat dan keruntuhan akhlak. Nabi SAW bersabda. Maksudnya:
Sukan tidak melalaikan sehingga menyebabkan meninggalkan benda yang wajib seperti kewajipan bersolat. Firman Allah SWT:
Wanita yang bersukan perlu ada jati diri dan keimanan yang teguh agar tidak mudah membuka tudung semasa mempamerkan aksi sukan. Sesetengah atlet wanita yang berkecimpung dalam sukan sering kali dilihat membuka tudung semasa bersukan dan kembali bertudung selepas kejohanan atau pertandingan. Fenomena ini dilihat sebagai mencemar imej Islam dan jati diri yang goyah.
Perlu ada cara lain yang difikirkan bagi mengatasi syarat yang dikenakan oleh sesetengah peraturan sukan yang tidak membenarkan memakai tudung ketika kejohanan. Atlet juga boleh memakai tudung yang sesuai untuk bersukan. Contohnya, seperti memakai Sports Hijab rekaan Elham Seyed Javad dari Kanada semasa bersukan. Juga atlet tekong skuad wanita Indonesia Cahaya Permata Fahrani perlu dicontohi.
Mereka tampil dengan pakaian yang menutup aurat sama sekali tidak menghalang beliau melakukan libasan kencang ketika beraksi pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) tahun 2011 yang berlansung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Sebagai seorang muslim perlu ada jati diri dan tidak perlu meniru gaya orang barat untuk bersukan. Jati diri dan iman yang teguh tidak menjadi penghalang untuk seseorang atlet menutup aurat semasa bersukan walaupun di peringkat antarabangsa. Lihat ungkapan dari kitab Al-Hikam ini. iaitu..
Rumusan dan cadangan sukan bagi wanita.
Satu: Sukan yang dianjurkan untuk wanita perlu bersesuaian dengan keadaan. Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk persatuan pengguna atau lain-lain perlu bekerjasama dengan Jabatan atau bahagian agama kerajaan. Boleh ambil contoh negara Iran. Aktivis Iran sering tampil memperjuangkan hak wanita berpakaian menutup aurat ketika bersukan.
Pernah Persatuan Bola Sepak Iran memperjuangkan agar pasukan bola sepak wanita mereka diberi peluang berpakaian menutup aurat sepenuhnya pada Kejohanan antarabangsa di Singapura.
Dua: Golongan wanita yang melibatkan diri dalam sukan secara profesional perlu mempunyai jati diri yang kukuh berlandaskan syari’at Islam. Hal demikian menekankan bahawa segala hal ibadat wajib seperti solat dan puasa wajar ditunaikan walaupun atlet bertanding di peringkat antarabangsa.
Tiga: Batas aurat antara lelaki-wanita perlu dijaga. Jika perlu adakan stadium khas untuk wanita sahaja di mana atlet dan penonton adalah dari kalangan wanita sahaja. Allahyarhamah Dr Lo’ Lo’ Mohamed Ghazali (Pas-Titiwangsa) pernah mencadangkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri masa itu, agar mewujudkan ruang senaman eksklusif di komples sukan khas untuk golongan wanita Islam bersukan.
Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmod 2010 juga pernah menyarankan agar Kementerian Belia dan Sukan menyediakan prasarana sukan kepada wanita Islam.
Empat: Dari segi adab berpakaian, pengeluaran fesyen sukan atau pakaian sukan perlu mengarahkan berpakaian menutup aurat untuk menfaat masyarakat wanita bersukan. Pakaian dan trend masa kini yang kurang sesuai dengan syariat sedikit sebanyak telah mengurangkan minat wanita Islam untuk aktif dalam sukan walaupun mereka mempunyai minat dan bakat untuk dipamerkan.
Kejayaan Ruqaya Al- Ghasara dalam sukan Asia di Doha beberapa tahun lalu membuktikan bahawa pakaian menutup aurat bukan penghalang bagi wanita menempa kejayaan dalam sukan. Di negara kita, Sukan Nisa’ -acara sukan khas untuk wanita berjalan penuh meriah dan warna warni dengan kehadiran ratu pecut 200m sukan Asia Doha, Ruqayya al-Ghasara mencetus semangat peserta dan penganjur.
Lagi teringat saya semasa bersama bekas Setia Usaha Agung PAS di zaman Presiden PAS ke 6 Ustaz Fadzil Mohd Noor, iaitu Ustaz Abdul Halim Arshat. Kami pergi menemui seorang tokoh akademik di pejabatnya, yang waktu itu sedang berjinak-jinak dengan PAS. Banyak perancangan pembangunan dan Islam yang boleh beliau buat.
Kini beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan sekarang. Beliau adalah Datuk Ahmad Shabery Cheek. Mempukah beliau mengIslamkan aktiviti sukan wanita yang menjadi amanah masyarakat Islam melalui kementeriannya? Apakah bila masuk UMNO, semangat 'Malaysia Boleh', sudah tidak boleh lagi kalau berkait dengan hal-hal agama?
Atau UMNO sebenarnya telah berjaya mengkerdilkan cita-cita Islam pemimpin-pemimpinnya? Bagaimana hendak membersihkan najis melalui masuk ke dalam tong najis?
Sukan disebuah perkampungan Islam..
Sekian, terima kasih, di tahun Hijrah..

- Antaranya dengan izin suami bagi yang bersuami dan bapa bagi yang belum bersuami.
- Menutup aurat dengan memenuhi syarat-syaratnya seperti tutup kawasan yang wajib, tidak ketat, tidak nipis dan tidak menyerupai lelaki.
- Menjaga suara
- Dan menjaga pergaulan dengan lelaki.
- “Wanita itu adalah aurat, maka apabila ia keluar mendonggaklah syaitan memandangi dia.”- (Riwayat Ahmad, Thabrani dan Hakim). :
- “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan tapak tangannya.” (Hadis Riwayat Abu Dawud).
- “Perkara asas yang perlu dititikberatkan oleh seorang wanita Islam mengenai penyertaannya di dalam aktiviti sukan adalah menjaga auratnya. Aurat bagi seorang wanita Islam ialah keseluruhan anggota badan kecuali muka dan telapak tangannya….”.
- “Tidak dapat disangkal bahawa agama Islam tidak pernah menghalang kaum wanita melibatkan diri mereka di dalam sukan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa syarat yang perlu diambil kira. Syarat-syarat tersebut adalah:
- 1) Wanita dilarang memperagakan diri mereka dengan tujuan menarik perhatian kaum lelaki.
- 2) Wanita dilarang mendedahkan aurat mereka.
- 3)Wanita dilarang bergaul dengan kaum lelaki sehingga melanggar batas-batas pergaulan.”
Dua: Bersukan hanya di kalangan wanita
Mengambil kepentingan hak dan kemuliaan wanita dalam sukan adalah sesuai jika tempat dan waktu bersukan bagi lelaki dan wanita diasingkan. Wanita mempunyai hak yang perlu dilayan sesuai dengan fitrah dan kejadian wanita yang sopan dan pemalu. Layanan istimewa bukan sahaja terhadap wanita Islam malah terhadap wanita bukan Islam.
Contohnya seperti pengasingan penggunaan bilik gymnasium mengikut hari-hari tertentu antara lelaki-perempuan yang diamalkan dikebanyakan IPTA di Malaysia. Dengan pengasingan tersebut kaum wanita dapat melakukan aktiviti sukan tanpa batasan.
Tiga: Menjaga pergerakan semasa bersukan.
Tidak boleh wanita perlihatkan liuk lintuk dan lenggang lenggok yang menggoda. Sukan wanita yang boleh membawa fitnah kepada lelaki seperti berenang, gimnastik, luncur ais , tarian ballet dan sebagainya boleh diadakan sesama wanita dengan syarat-syaratnya. Dr Yusuf Qardawi menyatakan:
- “Permainan yang dilakukan wanita seumpama berenang, gimnastik, luncur ais, tarian ballet, lumba lari, lompat jauh dan sebagainya, hendaklah diadakan sesama wanita mengikut syarat-syaratnya. Tidak patut ada lelaki yang bukan mahram melihat sukan wanita seumpama ini. Oleh kerana itu sukan-sukan wanita seumpama berenang, gimnastik dan seumpama dengannya haram disiarkan dan ditonton oleh lelaki bukan mahram.”
Dalam menyokong pasukan, keganasan perlu dielakkan. Menang dalam pertandingan tidak semestinya menghina lawan yang kalah. Islam memandang sukan sebagai jalan meningkatkan kasih dan kerjasama antara manusia. Penyokong sukan wanita biarlah dari kalangan wanita sahaja, tidak dipertontonkan kepada lelaki.
Islam tidak membenarkan pertandingan atau permainan yang melibatkan kedua-dua jantina, dengan cara, membuka jalan hawa nafsu, syahwat dan keruntuhan akhlak. Nabi SAW bersabda. Maksudnya:
- “Dicucuk kepala seseorang dengan jarum besi lebih baik dari dia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (Hadis Riwayat Tabrani)
Sukan tidak melalaikan sehingga menyebabkan meninggalkan benda yang wajib seperti kewajipan bersolat. Firman Allah SWT:
- “Dan celaka bagi orang yang lalai dari melakukan solatnya (sehingga solat diluar waktu).” (4 : al-Ma’un).
Wanita yang bersukan perlu ada jati diri dan keimanan yang teguh agar tidak mudah membuka tudung semasa mempamerkan aksi sukan. Sesetengah atlet wanita yang berkecimpung dalam sukan sering kali dilihat membuka tudung semasa bersukan dan kembali bertudung selepas kejohanan atau pertandingan. Fenomena ini dilihat sebagai mencemar imej Islam dan jati diri yang goyah.
Perlu ada cara lain yang difikirkan bagi mengatasi syarat yang dikenakan oleh sesetengah peraturan sukan yang tidak membenarkan memakai tudung ketika kejohanan. Atlet juga boleh memakai tudung yang sesuai untuk bersukan. Contohnya, seperti memakai Sports Hijab rekaan Elham Seyed Javad dari Kanada semasa bersukan. Juga atlet tekong skuad wanita Indonesia Cahaya Permata Fahrani perlu dicontohi.
Mereka tampil dengan pakaian yang menutup aurat sama sekali tidak menghalang beliau melakukan libasan kencang ketika beraksi pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) tahun 2011 yang berlansung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Sebagai seorang muslim perlu ada jati diri dan tidak perlu meniru gaya orang barat untuk bersukan. Jati diri dan iman yang teguh tidak menjadi penghalang untuk seseorang atlet menutup aurat semasa bersukan walaupun di peringkat antarabangsa. Lihat ungkapan dari kitab Al-Hikam ini. iaitu..
- “Istiqamah itu lebih tinggi daripada Karamah kerana Istiqamah itu hakikatnya lebih sukar. Istiqamah memerlukan mujahadah sedangkan Karamah itu adalah anugerah. Mujahadah itu kerja kita dan Karamah itu ‘kerja’ ALLAH."
Rumusan dan cadangan sukan bagi wanita.
Satu: Sukan yang dianjurkan untuk wanita perlu bersesuaian dengan keadaan. Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk persatuan pengguna atau lain-lain perlu bekerjasama dengan Jabatan atau bahagian agama kerajaan. Boleh ambil contoh negara Iran. Aktivis Iran sering tampil memperjuangkan hak wanita berpakaian menutup aurat ketika bersukan.
Pernah Persatuan Bola Sepak Iran memperjuangkan agar pasukan bola sepak wanita mereka diberi peluang berpakaian menutup aurat sepenuhnya pada Kejohanan antarabangsa di Singapura.
Dua: Golongan wanita yang melibatkan diri dalam sukan secara profesional perlu mempunyai jati diri yang kukuh berlandaskan syari’at Islam. Hal demikian menekankan bahawa segala hal ibadat wajib seperti solat dan puasa wajar ditunaikan walaupun atlet bertanding di peringkat antarabangsa.
Tiga: Batas aurat antara lelaki-wanita perlu dijaga. Jika perlu adakan stadium khas untuk wanita sahaja di mana atlet dan penonton adalah dari kalangan wanita sahaja. Allahyarhamah Dr Lo’ Lo’ Mohamed Ghazali (Pas-Titiwangsa) pernah mencadangkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri masa itu, agar mewujudkan ruang senaman eksklusif di komples sukan khas untuk golongan wanita Islam bersukan.
Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmod 2010 juga pernah menyarankan agar Kementerian Belia dan Sukan menyediakan prasarana sukan kepada wanita Islam.
Empat: Dari segi adab berpakaian, pengeluaran fesyen sukan atau pakaian sukan perlu mengarahkan berpakaian menutup aurat untuk menfaat masyarakat wanita bersukan. Pakaian dan trend masa kini yang kurang sesuai dengan syariat sedikit sebanyak telah mengurangkan minat wanita Islam untuk aktif dalam sukan walaupun mereka mempunyai minat dan bakat untuk dipamerkan.
Kejayaan Ruqaya Al- Ghasara dalam sukan Asia di Doha beberapa tahun lalu membuktikan bahawa pakaian menutup aurat bukan penghalang bagi wanita menempa kejayaan dalam sukan. Di negara kita, Sukan Nisa’ -acara sukan khas untuk wanita berjalan penuh meriah dan warna warni dengan kehadiran ratu pecut 200m sukan Asia Doha, Ruqayya al-Ghasara mencetus semangat peserta dan penganjur.
Lagi teringat saya semasa bersama bekas Setia Usaha Agung PAS di zaman Presiden PAS ke 6 Ustaz Fadzil Mohd Noor, iaitu Ustaz Abdul Halim Arshat. Kami pergi menemui seorang tokoh akademik di pejabatnya, yang waktu itu sedang berjinak-jinak dengan PAS. Banyak perancangan pembangunan dan Islam yang boleh beliau buat.
Kini beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan sekarang. Beliau adalah Datuk Ahmad Shabery Cheek. Mempukah beliau mengIslamkan aktiviti sukan wanita yang menjadi amanah masyarakat Islam melalui kementeriannya? Apakah bila masuk UMNO, semangat 'Malaysia Boleh', sudah tidak boleh lagi kalau berkait dengan hal-hal agama?
Atau UMNO sebenarnya telah berjaya mengkerdilkan cita-cita Islam pemimpin-pemimpinnya? Bagaimana hendak membersihkan najis melalui masuk ke dalam tong najis?
Sukan disebuah perkampungan Islam..
Sekian, terima kasih, di tahun Hijrah..
mcm susah je kt Malaysia.hehehe tapi tak mustahil dan boleh dilaksanakan..atau haramkan je
ReplyDeletesaya setuju jugak ckp admin..kalau macam tu..kita suruh semua pemain bolasepak terutama dari kelantan pakai seluar panjang..atau 'tutup'sukan bolasepak kelantan dari menyertainya..atau tak payah hantar peserta langsung dalam apa juga acara sukan..kalau kita nak suruh anak2 dengar cakap kita..kita kena pastikan yg kita betul2 hebat..tak spt ketam mengajar anaknya berjalan betol..last2 semua /ramai org kita suka tengok bola dalam atau luar negeri..di dalam rumah di tengah malam buta atau di padang/stadium..??salah siapa??bukankah baik..beri usul atau cadangan secara lembut dan berhemah..tak usah nak tunding2 kesalahan pd org lain.Jika kita ikhlas menegur..insyaALLAH 1 masa akan ALLAH tunaikan juga impian kita itu.
ReplyDeleteDi mana saahnya pemain bolasepak kelantan? Kamu belajar tak aurat lelai dalam semua mazhab?
ReplyDeleteAllahu akbar. Sokong ibnu hasyim.
ReplyDeleteLarang wanita Islam terlibat dalam sukan habis cerita gerenti tidak melanggar batasan agama habis cerita
ReplyDelete