RAFAH: Israel makin memesatkan serangan ke atas selatan
Gaza, mensasarkan terowong-terowong berhampiran bandar Rafah,
mengakibatkan sekurang-kurangnya enam rakyat Palestin terbunuh. Tentera
Israel menjalankan satu siri serangan udara, mensasarkan "terowong dan
fasiliti senjata" di utara dan tapak pelancaran roket di selatan, lapor
pihak tentera Isnin lalu.
Medik Palestin berkata angka kematian
rasmi adalah seramai enam orang, selepas seorang anggota Jihad Islam
yang dinamakan sebagai Mohammed Shwikani, 20, terbunuh dalam serangan
udara berhampiran bandar utara Gaza, Jabaliya. Medik juga
melaporkan menemui mayat seorang lagi anggota Jihad, Mohammed Abed, 20,
yang terbunuh dalam satu lagi serangan udara timur Jabaliya.
Ashraf
al-Qudra, jurucakap kementerian kesihatan berkata 35 orang tercedera,
sambil menambah bahawa 10 orang telah menjalani amputasi. Beliau
menamakan empat orang awam terbunuh sebagai Matar Abul Ata, 20 tahun,
Mohammed Harara 17 tahun, Ahmed Harara 15 tahun dan Ahmed Dardasawy 18
tahun.
Pejuang Gaza membalas serangan dengan melancarkan roket
dan mortar ke selatan Israel, namun tiada kecederaan atau kematian yang
dilaporkan. (Hrkh)
No comments:
Post a Comment