Thursday, November 15, 2012

Jihad Selamat Melayu Dari Khurafat UMNO -A/Hadi

KOTA BHARU - Dewan Muslimat Pas Pusat digesa bersama-sama parti itu menyelamatkan masyarakat Melayu Islam di negara ini daripada terus terperangkap dalam "khurafat Umno". Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata: "Hari ini bukan musuh masuk dalam parti, musuh masuk dalam rumah, serangan pemikiran."

"Kita tidak boleh kawal anak-anak kita, maka jihad menjadi Fardu Ain, selamatkan orang Melayu kita yang mengaku Islam, yang tenggelam dengan khurafat Umno seolah-olah tidak ada kerajaan lain dalam dunia," kata Abdul Hadi ketika merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas kali ke-52 di sini, malam tadi.

Justeru menurut Abdul Hadi, adalah penting muslimat Pas mempunyai pemahaman dan ilmu agama yang tinggi bagi menyampaikan mesej Islam sebenar kepada rakyat di negara ini.

"Saya mahu supaya muslimat kita berilmu dan faham. Jangan berilmu sahaja (tapi) tak faham.
"Tak ada ilmu tapi buat-buat faham juga tak boleh khususnya ilmu hendak menyampaikan mesej Islam kepada orang Melayu Islam yang termakan dengan khurafat Umno.
"Islam adalah agama yang mendahului hak rakyat, menentang pemimpin-pemimpin yang berlagak jadi Tuhan, seolah-olah kerajaan itu maha suci, tak buat salah. Semua nabi-nabi menentang kerajaan yang seperti ini," kata Abdul Hadi lagi.

Abdul Hadi turut mengulas berhubung peranan parti itu dalam berdakwah kepada masyarakat bukan Islam terhadap agama ini.

"Kita perlu perkenalkan Islam kepada masyarakat bukan Islam... ajak mereka kepada Islam tanpa paksaan.
"Tapi kalau mereka (bukan Islam) tak mahu masuk Islam, perkenalkan kepada mereka konsep Islam adil untuk semua," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya pada sidang media mengapa beliau begitu menekankan aspek ilmu dan faham dalam ucapannya, Abdul Hadi berkata, "kita kalau hendak buat apa pun mesti kena ada ilmu."
"Nak bawa kereta mesti kena ada ilmu pandu kereta. Nak kena lulus lesen pula untuk lulus ilmu itu.
"Dan ilmu itu mengikut keadaan semasa. Perkembangan semasa itu berkembang dan kita kena ikut lah. Islam itu sendiri adalah agama yang selaras dengan perkembangan semasa," katanya.

Sementara itu, beliau turut ditanya apakah Dewan Muslimat akan diberi lebih kerusi pada pilihan raya kali ini.
Katanya, ia "telah ditimbangkan. Insya-Allah di samping kawasan yang sedia ada, ada tambahan lain." (SH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails