CATATAN SANTAI IBNU HASYIM
BANYAK cara bersedekah, walaupun tiada harta. Begitu hebatnya Islam yang memberi peluang untuk seseorang dapat bersedekah meski tanpa material. Tentu saja, bagi yang merasa kaya, ia tetap dianjurkan bersedekah dengan hartanya sekaligus menambah pundi kebaikan dengan melakukan perkara-perkara lain yang bernilai sedekah tanpa harta.
Dalam pemikiran dan masyarakat kita biasanya bila disebut sedekah tergambarlah dalam bentuk mengeluarkan wang, harta, atau apa saja yang memiliki nilai berharga. Ingat, jangan putus asa, bagi yang belum mampu, peluang masih terbuka luas. Ada banyak bentuk-bentuk sedekah tanpa harta yang mungkin masih sedikit dari kita sudah mengetahuinya.
Antara yang banyak itu..
1. Melakukan kebaikan: Segala bentuk kebaikan yang kita lakukan dalam hidup ini merupakan sedekah dan pelakunya dapat pahala bersedekah. Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda:
- كل معروف صدقة
- “Setiap kebaikan adalah sedekah.” (HR. Bukhari)
2. Bekerja dengan tangan. Memenuhi keperluan dengan bekerja, menjemput rezeki, termasuk kategori sedekah. Selain mendapat pahala juga terhindar dari sikap bermalas dan lepas tangan.
Bekerja dengan tangan menjadi sedekah, setidaknya untuk diri sendiri, dan menjadi suatu manfaat bagi orang lain. Rasulullah SAW mengatakan:
- على كل مسلم صدقة قالوا يا نبى الله فمن لم يجد قال يعمل بيده فينفع نفسه ويتصدق قالوا فإن لم يستطع قال يعين ذا الحاجة الملهوف قالوا فإن لم يستطع قال يأمر بالمعروف قال أرأيت إن لم يفعل قال يمسك عن الشر فإنها له صدقة
- “Wajib bagi setiap muslim bersedekah.”Mereka (para sahabat) bertanya: “Wahai Nabi Allah, bagaimana kalau ada yang tidak sanggup? Beliau menjawab: “Dia bekerja dengan tangannya sehingga bermanfaat bagi dirinya lalu dia bersedekah. ” Mereka bertanya lagi: “Bagaimana kalau tidak sanggup juga?” Beliau menjawab: “Dia membantu orang yang sangat memerlukan bantuan.” Mereka bertanya lagi: “Bagaimana kalau tidak sanggup juga?” Beliau menjawab: “Hendaklah dia berbuat kebaikan (ma'ruf) dan menahan diri dari keburukan kerana itu juga berarti sedekah baginya.”
3. Membantu orang lain. Di saat kita mempunyai kemampuan untuk membantu orang lain sekecil apapun bantuan itu, seperti membantu tolak keeta yang rosak. Bantu bawa barang dagangan orang lain, dan sebagainya, ini semua adalah sedekah, sedekah dalam konteks membantu orang lain. Tentukan dengan niat ikhlas kerana Allah SWT. Tapi jangan tertipu jadi 'kaldai dadah'.
Nabi Muhammad bersabda:
- يُعِينُ الرَّجُلَ فِى دَابَّتِهِ يُحَامِلُهُ عَلَيْهَا أَوْ يَرْفَعُ عَلَيْهَا مَتَاعَهُ صَدَقَة
- “Membantu orang lain mengikut kendaraan, untuk membawa atau mengangkut barang adalah sedekah.” (HR. Bukhari).
4. Amar ma`ruf nahi munkar. Amar makruf dan nahi munkar termasuk sedekah. Amar ma`ruf bererti menyuruh kepada kebaikan dan nahi munkar adalah mencegah terjadinya kemunkaran. Seseorang yang melakukan hal demikian, sejatinya ia telah bersedekah di jalan Allah.
Disebutkan dalam satu hadits:
- وَأْمُرُكَ بِالْمَعْرُوْفِ وَنَهْيُكَ عَنِ الْمُنْكَرِ صَدَقَة
- “Amar makruf dan nahi munkarmu adalah sedekah.” (HR. Timridzi dan Ibnu Hibban)
5. Berkata yang baik. Seseorang berkata-kata yang baik, ia telah menunjukkan salah satu manfaat sebagai manusia, juga termasuk sedekah. Rasul bersabda:
- وَالْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَ
- “Perkataan yang baik adalah sedekah.” (HR. Bukhari dan Muslim).
6. Berlaku adil. Kalau kita berlaku adil kepada orang lain dalam kehidupan ini, maka kitapun termasuk orang yang bersedekah meskipun harta tidak kita miliki, Rasulullah SAW bersabda:
- يَعْدِلُ بَيْنَ اْلإِثْنَيْنِ صَدَقَةٌ
- "Berlaku adil antar dua orang adalah sedekah." (HR. Bukhari dan Muslim)
7. Damaikan orang bermusuhan. Permusuhan antara seseorang atau kelompok tidak boleh kita biarkan terus berlangsung, perlu dilakukan usaha mendamaikan yang berselisih dan bermusuhan. Kitapun akan dapat salah satu dari sedekah yang paling utama, Rasulullah SAW bersabda:
- أَفْضَلُ الصَّدَقَةِ إِصْلاَحُ ذَاتِ الْبَيْنِ
- “Sedekah yang paling utama adalah mendamaikan orang yang bermusuhan.” (HR.Thabrani dan Bazzar).
8. Salam dan senyum berseri. Ini juga termasuk sedekah. Dalam satu hadits, Rasulullah SAW bersabda:
- من الصدقة أن تسلم على الناس وأنت طلق الوجه
- “Termasuk sebahagian sedekah adalah kamu memberi salam kepada orang lain dalam keadaan wajah berseri-seri.” (HR. Baihaqi).
9. Membimbing orang tersesat. Bila di jalan ada orang yang meminta diberi tahu tentang alamat atau lokasi sebuah tempat, dan kita memang tahu maka kita perlu tunjukkannya dengan sejelas-jelasnya. Kitapun boleh perolehi nilai sedekah dari kebaikan yang kita lakukan itu.
Rasulullah SAW bersabda:
- وَإِرْشَادُكَ الرَّجُلَ فِى أَرْضِ الضَّلاَلِ لَكَ صَدَقَة
- “Bimbinganmu terhadap orang yang berada dalam kesesatan adalah sedekah.” (HR. Tirmudzi dan Ibnu Hibban).
10. Singkirkan gangguan di jalan. Menyingkirkan gangguan berupa sampah, kulit pisang, duri, tanah yang longsor, dan beragam rintangan yang merintangai jalan publik, sekecil apapun itu, tetap bernilai sedekah. Bertamaddun rasanya, bila setiap orang memiliki kesedaran dalam menjaga kebersihan lingkungan masing-masing.
Tak perlu tunggu pihak Majis Daerah atau Dewan Bandaraya untuk buang gangguan dan sampah-sampah itu, kerana ia sehagin dari sedekah. Sabda Rasul:
- وَإِمَاطَتُكَ الْحَجَرَ وَالشَّوْكَةَ وَالْعَظْمَ عَنِ الطَّرِيقِ لَكَ صَدَقَة
- “Menyingkirkan gangguan, batu, dan duri dari jalan merupakan sedekah bagimu.” (HR. Tirmidzi).
11. Beri air. Berikan air kepada orang yang perlu termasuk sedekah tanpa harta. Ertinya toong menolong dalam ha minuman dan makanan adaah dituntut. Sabda Rasul:
- وَإِفْرَاغُكَ مِنْ دَلْوِكَ فِى دَلْوِ أَخِيكَ لَكَ صَدَقَةٌ
- “Menuangkan isi timbamu ke timba saudaramu adalah sedekah.” (HR. Tirmidzi).
12. Beri idea. Memberi saran atau idea yang baik, petunjuk tepat, dan pendapat yang mulia bernas adalah sedekah. Dalam kehidupan ada saja manusia yang dilanda masalah, masalah rumah tangga, pekerjaan, rencana pernikahan, dan lain-lain. Beri idea dan solusi penyelesaian juga sedekah.
- وَبَصَرُكَ لِلرَّجُلِ الرَّدِىءِ الْبَصَرِ لَكَ صَدَقَة
- “Bimbinganmu untuk orang yang lemah pandangannya adalah sedekah bagimu.” (HR. Tirmidzi).
13. Melangkah ke masjid. Langkah-langkah kaki kita tiap kali pergi ke masjid atau surau menunaikan ibadah shalat adalah sedekah. Begitu pula, apabila kita pergi ke masjid dengan menggunakan kendaraan roda dua atau empat, termasuk bahagian dari sedekah.
Maka, naïf sekali seseorang yang sudah le tidak bersedekah dengan harta, tidak pula mahu pergi ke masjid atau surau bagi melaksanakan ibadah di dalamnya. Kata Nabi
- وَكُلُّ خُطْوَةٍ يَمْشِيهَا إِلَى الصَّلاَةِ صَدَقَة
- “Setiap langkah yang diayunkan untuk pergi shalat adalah sedekah.” (HR. Bukhari-Muslim).
14. Dzikir: Aktiviti dzikir merupakan rangakaian ibadah kepada Allah SWT. Dalam Al-Qur`an misalnya, kita diperintahkan untuk berdzikir di saat duduk, berdiri, atau berbaring. Ketika kita berdzikir dengan lisan, selain dzikir dengan amal dan hati, saat itu pula lantunan dzikir kita merupakan sedekah di sisi Allah.
Bersedekah melalui dzikir dapat dilakukan oleh orang kaya mahuapun miskin, sehingga orang kaya tidak hanya mencukupkan diri dengan sedekah harta, sementara orang miskin tidak berkecil hati sebab iapun tetap dapat bersedekah dengan dzikir itu sendiri.
Rasulullah SAW bersabda:
- يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى
- “Setiap pagi semua anggota badan masing-masing dari kamu wajib disedekahi. Setiap kali tasbih adalah sedekah, setiap satu kali tahmid adalah sedekah, setap satu kali tahlil adalah sedekah dan setiap satu kali takbir adalah sedekah. ‘Amr ma’ruf pun sedekah dan mencegah kemungkaran pun sedekah. Semua itu terpenuhi dengan dua rakaa’at shalat dhuha.” (HR. Muslim).
2 comments:
Bro,
Boleh tolong sambung lagi pelajaran bagaimana bersedekah tanpa harta. Tak puas saja baca berkali-kali. Saya bersemangat nak sedekah! Kalau ada sambungnya, lagi best.
T.kasih.
Alhamdulillah.,sebelum ini saya tidak pernah tahupun kita boleh bersedekah dengan hanya berzikir..saya yakin ramai yang mampu melakukannya
Post a Comment