Monday, November 05, 2012

Jugun Ianfu: Kisah Hamba Seks Tentera Jepun.




KONFLIK perang bermula di Asia beberapa tahun sebelum pertikaian dimulai di Eropah.  Iaitu setelah Jepun menginvasi Cina tahun 1931 jauh sebelum Perang Dunia II, yang mulai di Eropah pada1 September 1939-14 Ogos 1945.

Pada 1 Mac 1931 Jepun mengarah Henry Pu Yi menjadi raja di Manchukuo, Negara boneka di Manchuria. Pada tahun 1937 perang telah dimulai saat Jepun mengambil paksa Cina. Tahun 1936 tentera Jepun menduduki kota Shanghai mulai melaju menuju kota Nanjing yang berjarak sekitar 360 km dari Shanghai. Balatentara Jepun yang berada di sana seluruhnya berjumlah sekitar 135,000 orang.

Oleh kerana terus menerus berperang, tentera Jepun mulai kehabisan persediaan makanan. Mereka menyusun strategi baru dengan cara mencari makanan dari musuh. Ertinya mereka mulai menasuki rumah-rumah penduduk untuk memperoleh makanan, sebagai upaya bertahan hidup. Hal.ini menimbulkan kemarahan rakyat Cina, yang dalam keadaan tersepit.

Rakyat Cina mulai melawan dengan memakai cara apa saja. Tindakan orang Cina ini tentu saja menimbulkan masalah baru bagi tentera Jepun yang sedang melakukan upaya kolonialisasi. Akibatnya tentera Jepun mengeluarkan perintah, “Bunuh saja orang Cina yang terjumpa di depanmu!”

Kini masih ramai orang berfikir bahawa dalam situasi perang segalanya dapat terjadi secara mendadak tanpa perancangan. Termasuk peristiwa pahit yang menimpa ratusan ribu perempuan Asia dan Belanda dalam praktek sistem perhambaan seksual dengan nama Jugun Ianfu

Benarkan praktik Jugun Ianfu sebuah peristiwa yang tidak berperancangan dalam situasi perang Asia Pasifik? Benarkan Jugun Ianfu sebuah profesyen prostitusi yang menerima upah atas khidmat layan seksual kepada tentera Jepun?



Secara praktikalnya tentera Jepun mula membunuh orang-orang Cina tanpa membedakan kelompok awam  atau tentera. Pembunuhan keji tanpa strategi ini mengakibatkan ramai tentera Jepun rosak mental dan jadi gila. Bukan hanya mereke melakukan pembunuhan awam, bahkan mula melakukan perkosaan secara brutal kepada semua perempuan Cina yang terlihat di jalan-jalan

Akibatnya sebahagian besar tentera Jepun mengalami penyakit kelamin, penyebab kekuatan mereka di Cina menjadi lemah. Sehingga Tokyo terpaksa mengirim seorang doktor bernama Aso Tetsuo untuk menyelidiki kes terebut. Kerana itu Jepun segera membangun fasilitas prostitusi khusus yang dikontrol langsung oleh pihak tentera. Sila lihat peristiwa bersejarah ini dalam buku 'Karyubyo no Sekkyokuteki Yobaho (Positive Precautinary Measure of Sexual Disease)' tahun 1939. Aso Tetsuo mengungkapkan peristiwa tersebut dalam tulisannya  'Shanghai kara Shanghai he (Shanghai to Shanghai)'

Prototipe Ianjo Pertama di Dunia


Pembentukan Ianjo yang menyediakan khidmat layanan seksual bagi tentera dan awam Jepun dimulai sejak tahun 1932, setelah terjadi kekejaman luar biasa tentera Jepun terhadap rakyat Cina di Shanghai. Hampir 1 dekad sebelum penggunaan istilah Jugun Ianfu meluas dan menjadi gejala umum di semua daerah dikuasai Jepun di Asia Pasifik, menjelang berakhirnya Perang Dunia ke II.

Penguasa Jepun terpaksa pertimbangkan disiplin dan moral tentera. Rancangan pusat hiburan pertama kali diperkenalkan tahun 1932 dibawah pengawasan tentera Jepun. Dikatakan  ada bukti tulisan tangan salah satu komandan kempen Shanghai, Letnan Jenderal Okamura Yasuji, yang mengakui dalam buku hariannya, bahawa ia menjadi pembuat usulan pertama kali Ianjo untuk tentera.

Jugun Ianfu

Jugun Ianfu (Hamba  Seks) pertama adalah orang Korea dari pulau Kyushu Utara di Jepun atas permintaan salah seorang penguasa tentera yang dikirimkan oleh Gubernur Prefektur Nagasaki. Dasar pemikiran dibalik pembentukan sistem formal Ianjo adalah pengembangan layanan seksual. Ianya perlu diawasi dan dikontrol untuk mengurangi jumlah terjadinya pemerkosaan yang dilaporkan dari tempat-tempat base tentera Jepun.

Dalam proses rekrut tersebut tidak hanya tentera terlibat  tetapi juga Jabatan Dalam Negeri di bawah Gubernur dan polis. Cabang khusus Shanghai menggunakan penghubung-penghubung di kalangan pedagang  Untuk memperoleh keperluan perempuan sebanyak-banyaknya pada akhir 1937 perempuan dipaksa bekerja di Ianjo-Ianjo terletak diantara wilayah Shanghai dan Nanking, dikelola langsung oleh tentera, dan menjadi model Ianjo-Ianjo selanjutnya. 

Oleh kerana pembangunan Ianjo terus mengalami perkembangan, pengelolanya tidak selalu menjadi tanggung jawab tentera. Sebahagian pengelola adalah orang-orang awam yang diberi pangkat tentera. Namun demikian pihak tentera tetap bertanggung jawab termasuk aspek kesihatan. Sementara perang terus berlangsung dan jumlah tentara Jepun yang berpangkalan di berbagai daerah Asia Pasifik terus mengalami peningkatan. 

Oleh sebab itu permintaan Jugun Ianfu untuk tentera juga meningkat. Sehingga cara-cara baru untuk mengurus perempuan diciptakan. Hal ini menyangkut peningkatan penggunaan cara-cara penipuan dan kekerasan di banyak tempat di kawasan Asia Timur (khususnya Korea yang telah dikolonisasi Jepun tahun 1910). 

 3 Jenis rekruitmen dapat diidentifikasikan, antara lain.
  • perempuan yang menyediakan diri mereka secara sukarela (pekerja seks komersial),
  • Tipu daya kepada perempuan dengan tawaran pekerjaan dengan upah tinggi di restoran sebagai tukang masak/tukang cuci 
  • dan penculikan disertai tindak kekerasan secara kejam di sejumlah negara di Asia Pasifik dibawah kekuasaan Jepun.


Maka Undang-undang Mobilisasi Umum Nasional dikeluarkan pada tahun 1932, namun belum sepenuhnya dilaksanakan sampai mendekati akhir perang. Dengan mendesaknya keperluan perang atas sumber daya manusia, setiap lelaki-perempuan dipanggil menyumbangkan tenaga. Maka Korps Pelayanan Sosial Perempuan didirikan sebagai dalih mengumpulkan perempuan bekerja di pabrik atau melakukan tugas-tugas berkaitan perang
Ianjo-Ianjo dapat ditemukan dimanapun tentara Jepun berada. Ianjo-Ianjo dikenal juga melalui berbagai sumber di Cina, Taiwan, Indonesia, Filipina, Kepulauan Pasifik, Singapura, Malaysia, Myanmar dan Indonesia. Peraturan dalam pengurusan Ianjo di berbagai wilayah di Asia Pasifik memiliki kesamaan sistem seperti harga masuk, belian tiket masuk ke Ianjo, jam berkunjung, kontrol kesihatan, pemberian kondom, larangan menggunakan senjata dan penggunakaan alkohol di lingkungan Ianjo.

Kini, di Shanghai masih ditemukan utuh bangunan Ianjo pertama di dunia yang dibangun tahun 1932 itu. Seorang ahli sejarahwan Cina Prof. Su Zhiliang melakukan penelitian selama 15 tahun mengenai lokasi Ianjo di Cina.  Sekitar 149 Ianjo di temukan menyebar di 20 provensi di Cina. Ia merupakan temuan memorabilia sangat penting. Daiich Saloon berada di Shanghai. Hingga saat ini Daiich Saloon masih ada meski dibeberapa bahagian bangunan telah berubah. 

Begitu kisah hamba seks tentera Jepun, bagaimana dengan hamba seks sekarang, makin banyak atau makin berkurang, walaupun penjajahan kononnya sudah tiada? (IH/pelbagai sumber)

No comments:

Post a Comment