Thursday, November 15, 2012

Keadilan Islam, Wanita B/Islam Jadi Calon -DMPP



Perwakilan Muslimat khusyuk mengikuti ucapan ketua mereka dengan melihat buku ucapan

KOTA BHARU: Dewan Muslimat PAS Pusat mengajak rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat menjadikan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) khususnya wanita DHPP sebagai sebuah entiti penting untuk menunjukkan keadilan Islam kepada golongan Non Muslim di Malaysia.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, Muslimat yakin PAS mampu memimpin rakyat dalam membentuk gelombang perubahan dan kemakmuran yang telah ditawarkan oleh Islam sejak sekian lama bagi merealisasikan sebuah masyarakat yang adil dan harmoni bagi mendapat rahmat dari Allah swt.

Berucap dalam Muktamar Muslimat Kali ke-52, Zailah berkata, PAS yang kini bersama rakan dalam Pakatan Rakyat sudah bersedia bagi menggantikan UMNO Barisan Nasional yang masih lagi mengekalkan ketidakadilan dalam segala sudut perjuangannya sama ada dalam bidang sosial, politik, pemerintahan, ekonomi dan sebagainya.

Tegasnya, PAS dilihat sebagai Parti yang terbaik untuk menggantikan UMNO yang hampir 53 tahun memerintah negara, namun sehingga kini UMNO masih tidak dapat membawa prinsip keadilan kepada orang Melayu dan bukan Melayu dalam agenda perjuangan mereka.

"Kita percaya akan ada wakil DHPP yang dipilih untuk bertanding pada PRU 13 sebagaimana dalam PRU ke-12. Ini menunjukkan penghargaan kepada orang bukan Islam yang telah menaruh harapan dan keyakinan yang tinggi kepada PAS bagi membawa keadilan untuk seluruh rakyat di Malaysia.
"Hal ini kerana orang bukan Islam kini jelas bahawa Islam yang diperjuangkan oleh PAS adalah satu perjuangan yang mulia, bersih, adil lagi berakhlak," katanya di hadapan 624 perwakilan dari seluruh negara.

Tambahnya, komitmen PAS untuk menegakkan keadilan adalah satu agenda utama yang tidak pernah padam dalam prinsip perjuangan PAS sejak dari awal penubuhannya lagi.

"Hanya dengan meletakkan prinsip keadilan yang dibawa oleh Islam dalam segala sudut kehidupan maka segala permasalahan yang timbul di dunia ini akan dapat diselesaikan," katanya. 

Sementara itu beliau juga menyarnkan, selepas berjaya dengan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), PAS melalui Dewan Muslimatnya bercadang untuk menubuhkan institusi nurseri pula. Muslimat cawangan dan kawasan akan mengambil inisiatif menubuhkan nurseri yang berdaftar atau membantu mengasuh anak-anak yang ibu bapa mereka bekerja. 

Syabas Dewan Muslimat! (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails