Tuesday, November 06, 2012

Keindahan Yang Jarang Ditemui..Mengapa?




Ungkap Rahsia Yang Maha Agung    

1. Moonbows / Pelangi Bulan:

Gambar di atas ini adalah Pelangi Bulan atau Moonbow.. Biasanya pelangi terjadi, kerana  matahari bersinar pada titisan-titisan air embun di atmosfir setelah hujan.  Tetapi Moonbow jarang terjadi. Ia hanya dapat dilihat pada malam hari ketika bulan ada pada titik rendah semasa bulan purnama sampai hampir ke purnama. Dikatakan satu tempat popular untuk melihat Moonbow adalah di air terjun Cumberland di Kentucky Amerika Syarikat.. (en.wikipedia.org)


2. Mirages / Fatamorgana: 

Fatamorgana digambar atas begini, muncul ketika cahaya terbias dan menghasilkan gambar dari suatu object atau langit, padahal sebenarnya tidak ada. Fenomena ini biasanya terjadi di permukaan panas, seperti jalan tar atau gurun pasir (en.wikipedia.org) . Kata pengembara padang pasir, "Jangan disangka air di kesesatan kepanasan gurun sahara, rupanya hanya fatamorgana!"

Segala-galanyanya Allah SWT jadikan dengan penuh makna, bagi orang-orang yang mahu berfikir.  Melihat kehebatan bahan ciptaan, maka ternampaklah hebat lagi Penciptanya. Allahu Akbar. (IH)

No comments:

Post a Comment