Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah membuat beberapa penyataan penting ketika membuat penggulungan Muktamar PAS ke 58 baru-baru ini.
Ucapan beliau kali ini disifatkan yang terbaik pernah beliau buat sepanjang memimpin PAS sejak mengambilalihnya dari Almarhum Datuk Fadzil Mohd Nor. Pelbagai isu penting dalam PAS dan negara digarap beliau.
Berikut adalah antara penyataan itu yang disiarkan semula secara verbatim.
Isu pelaksanaan Islam
Umar Abdul Aziz ditanya oleh anaknya, "Hai ayah kenapa tak buat itu, tak buat ini."
Umar Abdul Aziz jawab "Wahai anak. Ketika Allah hendak haramkan arak juga bukan sekaligus." Mula-mula diharamkan, jangan minum dalam sembahyang, lepas sembahyang hentam lagi, lepas itu diharamkan semua. Itu cara Allah Taala laksanakan haram arak.
Al Quran memang sudah lengkap, (tetapi) apabila ia hendak dilaksana, mesti ikut aulawiat.
Tak ada di kalangan kita ini yang tidak mahu laksanakan syariat. Alhamdulillah. Timbulnya pelbagai pandangan, itu ada, kerana kita didatangi oleh ahli yang banyak. Pelbagai kalangan yang masuk PAS. Namun PAS istiqamah dengan Ahli Sunnah wal jamaah.
PAS parti besar
Dalam perlembagaan jelas, hukum yang tertinggi dalam PAS adalah Al Quran, hadis dan qias. Dalam masa yang sama PAS terbuka kepada semua orang. Bukan sahaja mazhab Syafie, mazhab Hanapi masuk PAS walaupun Malaysia ini banyak mazhab Syafei. Hambali masuk PAS, Wahabi pun masuk PAS, Syiah nak masuk PAS, masuk. Khawarij nak masuk PAS, masuk. Takkan Umno tidak boleh masuk PAS. Umno pun masuk PAS juga.
Tetapi bila masuk PAS, kena ikut cara PASlah. Cumanya jadi bising sikit, rumah kita besar, bilik banyak. Masuk ramai-ramai, kadang-kadang bertukar bilik. Nak masuk bilik dan kadang-kadang tak kenal bilik air mana. Itu yang kecoh sekejap tu. Akhirnya istiqamah baik, jangan bimbang.
Kita ada hubungan dengan semua pihak, kita rapat dengan kumpulan-kumpulan Islam. Alhamdulillah, di Malaysia ini kita berjaya mewujudkan satu parti Islam sahaja. NGO banyak, parti Islam satu.
Di Indonesia dekat 20 parti Islam. Di Mesir empat lima enam parti Islam. Di Algeria, empat lima parti Islam. Di Morocco dua tiga empat parti Islam. Di Turki dah tiga parti Islam. Berpecah kerana adanya khilaf.
Kita ada macam-macam NGO, berbagai pandangan. Alhamdulillah kita berjaya menjadikan satu parti Islam. Kita terima kumpulan Islam yang berbagai-bagai ini masuk kita. Dia beri pandangan, beri pendapat. Macam-macam. Dulu ada yang masuk kita, dia kata pilihan raya haram. PAS tak patut masuk pilihan raya. Pasal apa, tiada dalam Al Quran dan hadis. Rupanya Umno dok jolok dia supaya PAS jangan masuk pilihan raya. Bila PAS tak masuk pilihan raya, senanglah Umno. Ini bukan masalah senang Umno, tanggungjawab kita.
Memang pilihanraya tidak ada dalam Al Quran dan hadis. Bukan semua perkara Islam ini ada dalam Al Quran dan hadis. Ada perkara baru yang kita kena ikuti. Nak pergi Mekah zaman dulu tidak paytah pasport tak payah visa, sekarang ini kena ada pasport, ada visa dan ada kouta. Itu sistem baru. Konsep baru. Cuba pergi Mekah, pasport takda dalam Al Quran dan hadis, pergi begitu, jawabnya sampai dekat Jeddah saja, kena hambat.
Kita terima semua kalangan. Abim, IRC, Jim, Ikram, bekas Arqam, tabligh, Hizbul Tahrir. Bila masuk PAS, jangan dok main khilafah-khilafah. Kita masuk pilihan raya.
Hubungan Antarabangsa
Pemerhati muktamar
Keterbukaan ini sampai ke peringkat antarabangsa dengan PAS melibatkan diri dalam isu antarabangsa.
Palestin, Filipina, Afghanistan, Aceh...kami pergi untuk selesaikan. Kami, saya Ustaz (Datuk) Fadzil (Mohd Nor), Datuk Mustafa (Ali), pergi untuk selesaikan Mujahidin yang berbalah tetapi tidak berjaya kerana kabilah. Habis mujahidin naik Taliban. Ini penglibatan kita.
PAS terlibat dalam apa yang berlaku di Syria sekarang. PAS menghadiri persidangan di Turki kalangan parti-parti Islam di Turki. Kita tuan rumah, tak perlu umum. Kita bincang nak tangani isu Syria. Kita berpendapat, Syria perlu diberi kepada rakyat Syria, Bashar Assad kena turun. Memang dia zalim, dia mesti turun. Dia minoriti, dia parti Baath, parti yang sangat kiri, rapat dengan Soviet, rapat dengan China. Barat mahu dia ada lagi, tak mahu kumpulan Islam naik.
Rakan-rakan mengamanahkan saya pergi ke Iran, jumpa Presiden Ahmedinajad. Kita sampaikan kepada dia, saya sampaikan kepada dia. Kita mahu Bashar turun, kita mahu kumpulan Islam naik. Kita mengharapkan Iran dan Hizbullah putus dengan Bashar. Ini yang kita mahu, sikap kita.
Kemudian kita juga terlibat dalam isu Filipina dan Aceh. Dalam isu Aceh, PAS ada hubungan rapat dengan kumpulan Islam di Aceh yang desak hendak laksanakan syariat di Aceh. Aceh merdeka tidak pernah dijajah oleh Belanda. Bila merdeka, di masukkan ke dalam Indonesia, berperang dengan Indonesia. Nak damaikan Aceh. Oleh kerana pemimpin jenerasi awal kita rapat dengan puak-puak Aceh semasa konfrontasi, mereka hargai PAS, kita gunakan peluang ini.
Maka saya dan rakan-rakan pergi ke Sweeden, jumpa pemimpin Aceh di bawah Lajnah Antarabangsa kita. Jumpa pemimpin Aceh, minta damai. Kita nak jumpa pemimpin Indonesia tidak boleh, sebab dia Umno. Umno Indonesia. Kita minta kerajaan BN, berjumpa dengan pemimpin Indonesia. Kita berjumpa dengan GAM (Gerakan Aceh Merdeka), Umno berjumpa dengan Umno Indonesia. Selepas bincang, bertemulah GAM dengan kerajaan Indonesia. Akhirnya berdamai.
Yang bagusnya, Umno Indonesia ini dia tidak rampas royalti Aceh. Dia bagi royalti kat Aceh lebih 40 peratus royalti minyak. Kelantan habuk pun tak dapat. Terengganu yang dapat dirompaknya. Patutnya belajarlah dengan Indonesia, belajarlah dengan negara lain.
Isytihar harta
Perwakilan, pemerhati dan tetamu muktamar
Kemudian saya nak tarik perhatian, Pemuda cadang nak isytihar harta...bagus. Saya orang yang pertama sokong. Nak bertanding dan jadi pemimpin kerajaan kena isytihar harta, kerana kita tidak mahu berperangai macam Umno, macam pemimpin BN bila memimpin negara. Kita mahu menjadi pemimpin yang adil, yang baik. Di mana Allah taala mendidik Nabi. Firman Allah Taala:-
"Wahai Muhamad bersabarlah dalam perjuangan ini bersama dengan orang-orang yang mendukung mu, yang berdoa kepada Allah di waktu pagi dan petang. Mereka ikhlas kerana Allah. Jangan engkau cenderung kepada orang-orang yang mengheretmu kepada perhiasan dunia. Jangan taat kepada mereka yang melalaikan mu."
Nak bagi rasuah macam-macam. Yang ikut hawa nafsu sehingga melampau batas. Allah didik Nabi yang diberi harta yang melimpah ruah. Tetapi Nabi membahagi hartanya kepada rakyat sehingga meninggal dunia dalam keadaan ada harta yang digadai dekat Yahudi. Kenapa bagi kepada Yahudi, kerana nak didik konsep muamalah.
Ramai Isteri Nabi yang nak harta, maka ramai yang nak jadi First Lady. Jumpa Rasulullah nak minta kekayaan sebagaimana isteri-isteri raja, isteri PM dengan kekayaan yang melimpah.
Semasa muktamar Muslimat saya baca ayat ini yang bermaksud:
"Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isteri kamu. Jika kamu hendak perhiasan dunia, aku nak bagi kepada kamu kemudian aku ceraikan kamu sebaik-baiknya. Jika kamu menghendakli Allah dan Rasul dan negeri akhirat, Allah menyediakan kepada orang-orang yang baik di kalangan mereka dengan pahala yang sangat besar."
Lalu Nabi panggil isteri dia dan beritahu ayat ini. Kalau nak jadi pemimpin mesti taat kepada ajaran Allah. Inilah barangkali Pemuda suruh isytihar harta, sedia payung sebelum hujan, bukan hujan dulu baru (cari) payung. (IH/Hrkh)
No comments:
Post a Comment