KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, beliau tidak bercadang untuk mengulas kenyataan naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kerana ia disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia.
"Saya ditanya tentang isu kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah berhubung isu bebas untuk memilih agama.
"Saya lihat akhbar yang meletakkan isu ini di muka hadapan ialah akhbar yang sudah berkali kali kalah di mahkamah kerana menyiarkan laporan palsu dan tidak tepat.
"Justeru, saya kira amat tidak wajar memberikan ulasan hanya semata-mata berasaskan laporan akhbar ini," katanya.
Nik Aziz berkata demikian melalui kenyataan ringkas yang disiarkan dalam facebooknya hari ini. Dalam masa sekejap sahaja beribu-ribu pengikut facebook beliau share kenyataan beliau itu dalam facebook mereka. Hampir 2,000 pula memberikan komen mereka mengenainya.
Utusan menjadikan berita Nurul Izzah tentang kebebasan agama di muka depannya. Nurul dalam kenyataan balasnya menafikan laporan Utusan itu dan akan menyaman kedua-dua akhbar yang memutarbelitkan kenyataan itu.
Sementara itu, di Kuala Lumpur, Pas tidak bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bersabit isu kononnya beliau dikatakan mengeluarkan kenyataan rakyat tidak harus disekat daripada mengamalkan ajaran tertentu termasuk orang Melayu.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ditanya wakil media
sama ada parti itu akan bertemu dengan Nurul Izzah bagi membincangkan
hal itu berkata, "kita banyak lagi hal lain nak selesai untuk hadapi
pilihan raya."
kena kat batang hidung sendiri....semua larikan diri
ReplyDeleteAku tak hairan dengan berita akhbar Utusan tu. Kalau Nik Aziz pun boleh dituduh mengajar ajaran sesat, apa saja Nurul Izah?
ReplyDeleteKlu taknak baca utusan. .Bacalh msiakini klu nk gambaran tepat tp faham x bahasa orang puteh..hehehe..
DeleteUtusan xpyh caya la.berita yg menhuru harakn rakyt..skrg da u-tube da blog org blh dgr sndr xpyh baca akhbar putar alam..utusan tuihh..
ReplyDelete