Saturday, November 03, 2012

K'tan Dapat RM46J Dari Projek Lembah Sireh



Sidang media selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri Kelantan

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan telah memperolehi pulangan sejumlah RM46 juta dari projek Pembangunan Lembah Sireh yang mula beroperasi 2007. Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, berkata pulangan itu termasuk RM3 juta untuk projek kos rendah dan bantuan kepada petani di Lembah Sireh.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas selepas mesyuarat exco, di Bilik Mesyuarat MMK, di Kota Darulnaim, di sini baru-baru ini. Sidang media itu khusus untuk menjawab tomahan pihak tertentu terhadap kelewatan projek pembangunan Lembah Sireh sehingga membuat laporan SPRM. Katanya,  peruntukkan itu tidak termasuk yang diperolehi oleh MPKB setiap bulan yang dianggarkan RM906,000 setahun untuk bayaran cukai pintu.

“Walaupun projek ini belum lagi berjaya sepenuhnya namun imbuhan telah diperolehi kerajaan negeri bukan sahaja modal tidak pernah dikeluarkan untuk projek pembangunan ini,”ujarnya.

Katanya lagi projek pembangunan Lembah Sireh dibangunkan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama pihak swasta, malah kerajaan negeri tidak mengeluarkan wang walau satu sen pun untuk pembangunan itu. Bagaimanapun kerajaan negeri menyediakan tanah dalam bentuk pajakan seluas 717 ekar dari 1,000 ekar mengikut perjanjian asal bagi memperolehi beberapa pulangan dalam bentuk seperti masjid, stadium tertutup seperti perjanjian pada tahun 2003.

“Apabila hanya sejumlah 717 ekar sahaja diperuntukkan, pulangan pada kerajaan negeri tidak akan diperolehi sebagaimana yang dijanjikan.

“Kerana kekurangan itu, terutama disebelah Zon B, iaitu dari Istana Kota Lama ke Kampung Cina, kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah 150 ekar kepada syarikat terbabit,”ujar Ahmad (gambar).

Bagaimanapun,  kerana projek tebatan banjir  seluas 100 ekar tanah di situ pula tidak dapat dilaksanakan projek pembangunan mengikut yang dirancangkan.

Ahmad seterusnya memberitahu, kelulusan projek pembangunan EIA pula diluluskan pada tahun 2006 dan seterusnya mendapat kelulusan pula dari pihak MPKB. Kerana itu, menurutnya pada tahun 2007 Pasaraya Tesco mula didirikan.

“Lagipun kerajaan negeri mempunyai masa yang panjang lagi untuk menyiapkan projek itu yang bermula pada tahun 2007 hingga 2019,”ujarnya.

Ahmad seterusnya memberitahu, selain kerajaan negeri tidak mengeluarkan wang, pada masa yang sama kerajaan negeri telah berjaya menyelamatkan wang sejumlah RM500 hingga RM600 juta untuk kos tebatan banjir sebenar di situ. Katanya, kebiasaannya kos untuk 2 kilometer sebanyak RM262 juta peruntukkan yang diperlukan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, bagaimanapun beranggapan laporan Ombak ke SPRM supaya menyiasat kelewatan pembinaan itu perkara biasa dan kerajaan negeri mengalu-alukannya.

Bagaimanapun, katanya kerajaan negeri berharap semua urusan siasatan perlu diserahkan pada SPRM sendiri dan tidak perlu dicampuri oleh pihak luar. Pada masa yang sama beliau menyeru semua pihak menerima keputusan yang dibuat oleh SPRM tanpa sebarang kenyataan tidak puas hati sehingga menganggap badan itu berat sebalah dan sebagainya.

Beliau turut mendedahkan empat perkara yang disyorkan oleh SPRM kepada Unit Pembangunan Ekonomi Negeri berhubung projek itu,  membuat penilaian terhadap sumbangan syarikat yang bekerjasama dengan kerajaan negeri dan penilaiannya hendaklah berdasarkan nilaian tanah semasa dan kemudahan yang disediakan.

Keduanya, kata Takiyuddin lagi setiap projek usahasama perlu dikaji dengan teliti oleh pakar dan agensi kerajaan negeri dilantik untuk mengurus dan memantau dan perlaksanaan projek.

“Pihak UPEN perlu mengambil tindakan segera untuk memastikan syarikat menyerahkan bon jaminan pelaksanaan sebagaimana dalam perjanjian.

“Ketiganya kerajaan negeri perlu meneliti setiap terma dalam perjanjian usahasama dengan terperinci supaya kepentingan kerajaan negeri dan rakyat terjamin,”ujarnya lagi.

Sambungnya, kaedah yang dilakukan oleh kerajaan negeri dalam setiap projek pembangunan adalah saluran biasa mengikut undang-undang. Sambungnya, mendakwa kegagalan projek itu suatu penyelewengan adalah suatu perkara yang tidak betul.

Malah, katanya tiada penyelewengan dalam projek Lembah Sireh ini seperti yang dihebohkan oleh pihak tertentu untuk tujuan-tujuan tertentu. Takiyuddin seterusnya memberitahu, jumlah keseluruhan projek yang dipersetujui untuk projek pembangunan 716.8 ekar, bagaimanapun syarikat hanya menebusguna tanah berkenaan sebanyak 230 ekar.

“Sehingga kini hanya lima peratus sahaja projek pembangunan telah dilaksanakan dikeluasan terbabit yang diberi milik melalui pajakan,”ujarnya. (Hrkh)

No comments:

Post a Comment