Friday, November 02, 2012

Lompat Parti Macam Kereta Ini, Perlu Enakmen..

Full screen preview

Kereta Terjunam Dalam Laut: Anggota penyelamat menaikkan sebuah kereta yang terjunam ke dalam laut di Jambatan Pulau Pinang, hari ini. Kejadian itu mengakibatkan pemandu kereta tersebut meninggal dunia akibat tersepit dalam kenderaan. - Foto Bernama

Pulau Pinang lulus enakmen elak lompat parti

Lim Guan Eng
Ketua Menteri Lim Guan Eng

GEORGETOWN - Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini meluluskan rang undang-undang 'Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2012' bertujuan membanteras amalan melompat parti untuk mendapatkan habuan.

Rang undang-undang yang dibentangkan Ketua Menteri Lim Guan Eng (DAP-Air Putih) itu dibahaskan dalam tempoh sehari sebelum diluluskan dengan undian dua pertiga.  Dalam pembentangannya Guan Eng berkata, rang undang-undang itu telah digubal dengan kerjasama dan sokongan penuh semua parti dalam Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Ia bertujuan membanteras budaya tidak sihat dan tidak beretika.

"Dari awal lagi dasar kami untuk membanteras budaya lompat telah ditentang keras tetapi pendirian kami adalah bahawa hak membuat keputusan muktamad dalam pilihan raya adalah hak rakyat.

"Rang undang-undang itu memperuntukkan bahawa seseorang anggota dewan yang telah dipilih sebagai calon sesebuah parti politik hendaklah mengosongkan kerusinya sekiranya dia melepaskan atau dilucutkan keanggotaannya atau berhenti daripada menjadi anggota parti politik tersebut atas apa-apa juga sebab," katanya.

Selain itu, katanya, seorang anggota yang dipilih sebagai calon bebas hendaklah mengosongkan kerusinya sekiranya beliau menyertai suatu parti politik. - Bernama

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini meluluskan rang undang-undang 'Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2012' bertujuan membanteras amalan melompat parti untuk mendapatkan habuan. Bagus dan syabas, kerajaan negeri Pulau Pinang! Jangan biarkan anggota dewan lompat parti macam gamabar kereta terjun Jambatan Puau Pinang di atas!

No comments:

Post a Comment