Stadium Sultan Muhamad penuh sesak.. CATATAN SANTAI IBNU HASYIM
KALAU benar majlis fatwa Maaysia bukan bisu dan pekak atau bukan 'syitan bisu (ulama yang diam tidak mahu memperkatakan yang benar)', mereka kena kaji dan jawab cabaran ini.
Pertama:
Saya petik berita 'HarakahDaily hari ini.. "Selepas 25 tahun buat dosa SB minta maaf pada PAS'
"Saya nak cabar Majlis Fatwa dan Mufti, kalau menipu dalam pilihan raya kemudian menang. Jadi Perdana Menteri, jadi menteri-menteri, bagaimana dengan gaji mereka.
"Saya tanya tuan-tuan gaji yang mereka dapat halal atau haram?" soal Abdullah terus dijawab para perwakilan 'haram'
"Kalau haram, kenapa Majlis Fatwa tidak keluarkan Fatwa?"
"Ya gaji yang mereka dapat tidak halal, jawablah di akhirat esok," soalnya balik ketika berucap menyokong usul pilihan raya oleh PAS Pusat.
Tambahnya, daripada banyak-banyak pilihan raya negara diadakan Malaysialah yang paling teruk.
Ditambah pula katanya, pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing seperti Thailand, Bangladesh, Myanmar dan paling malang mereka ini didaftarkan sebagai pengundi.
Beliau juga membayangkan jika pilihan raya negara ini dijalankan dengan bersih sudah lama Umno BN terkubur.
"Kalau bersih! sudah tentu kita sapu bersih Umno BN. Kita sudah lama jadi pemerintah," tegasnya diringi takbir para perwakilan.
Itu persoalan pertama yang majlis fatwa perlu jawab. Tapi saya rasa kena tunggu kucing bertanduk, baru majlis fatwa mampu jawab.
Pencabarnya iaah seorang bekas polis yang bertugas dengan Cawangan Khas (SB) selama 25 tahun. Namanya ialah Abdullah Omar. Beliau memohon maaf secara terbuka sewaktu menyampaikan ucapan penangguhan di Muktamar Tahunan PAS kali ke-58 di Putik Kelantan kali ini.
Menurutnya, beliau memohon maaf atas segala dosa yang telah beliau lakukan terhadap PAS sepanjang bertugas sebagai polis.
"Dosa apa yang saya tak buat terhadap PAS sepanjang lima pilihan raya yang lepas...saya tidak mahu sebut di sini, biar saya dan Allah sahaja yang tahu.
"Tetapi maafkanlah saya, saya sudah bertaubat," katanya yang tampil sebagai perwakilan Taiping yang menyokong usul Pilihan Raya yang dibawa PAS Pusat.
Abdullah juga merupakan bekas OCPD Taiping pernah bertugas sebagai SB selama 25 tahun berterima kasih kepada PAS kerana sanggup menerima beliau yang pernah berdosa dengan PAS dan rakyat.
"Saya berbesar hati hari ini diangkat untuk berucap di Muktamar walau pun baru dua tahun bersama PAS, paling terharu PAS boleh terima orang yang berdosa seperti saya," katanya.
Kedua:
Adakah kerja pegawai polis itu..
- 'sepanjang bertugas sebagai polis'
- 'Dosa apa yang saya tak buat terhadap PAS sepanjang lima pilihan raya yang lepas ...saya tidak mahu sebut di sini, biar saya dan Allah sahaja yang tahu.', ertinya terlampau banyak dosa yang beliau buat..
Ini perlu dan amat pentig dijelaskan oleh Majis Fatwa, supaya pegawai-pegawai polis semua jelas kedudukan kerja mereka, bukan seperti keadaan polis-polis Islam yang bekerja di bawah kerajaan Israel atau Amerika Syarikat yang menentang Islam. Mereka juga ingin menjadi pegawai polis yang bertaqwa kepada Allah SWT, hidup mulia di dunia dan di akhirat. Moga-moga, insya Alah!
Sekian, harap maklum.
Catatan Santai Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com 18 Nov 2012KL
Sila lihat...
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012
1 comment:
selepas bertobat, gaji yg dia dapat bagi mengkedarah anak bini dah halal?
Post a Comment