Tuesday, November 06, 2012

MB S'ngor Menurut Dr Rani.... Liabiliti?



Khalid Ibrahim menjadi sasaran Umno

KLANG:
"Jika (Tan Sri) Khalid (Ibrahim) seorang liabiliti (bebanan), sudah tentu Umno akan membiarkannya kerana ia menguntungkan Umno,” kata Dr Rani Osman. Tetapi ternyata, MB Selangor itu diserang bertubi-tubi oleh Umno sebagaimana MB Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Itulah pandangan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman terhadap kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor. Bagi beliau, Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor cumalah seorang insan biasa.

“Jadi, kalau orang, terutamanya Umno kata Tan Sri ada kelemahan tu betullah, cuma kalau Tan Sri Khalid 10 kelemahan, yang dari Umno ada 100, tu saja,” kata Dr Rani (gambar sebelah) kepada Harakahdaily.

Dr Rani berkata demikian ketika diajukan soalan mengapa Umno memilih untuk menyerang Khalid bertubi-tubi di Selangor berbanding para pemimpin yang lain. Kata Dr Rani, Khalid tak akan diserang Umno kalau beliau seorang liabiliti kepada Pakatan Rakyat dan negeri Selangor.

“Disebabkan kehebatan Khalid mentadbir dan menguruskan kewangan sehingga rakyat Selangor sendiri mendapati Selangor di bawah Pakatan Rakyat adalah lebih baik, maka Umno akan serang,” kata Dr Rani.

Gambar dari kiri Adnan, Dr Rani, Abu Hanifah, Ibnu Hasyim & Tuan Junuh

Kepimpinan Khalid dalam pengurusan ekonomi Selangor, kata Dr Rani, bukan sahaja dirasai rakyat jelata tetapi juga diperakui Ketua Audit Negara.

“Seperti kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, Khalid cemerlang sebagai MB Selangor berbanding mana-mana MB Selangor daripada Umno,” kata beliau. (IH/Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails