Friday, November 23, 2012

N/Aziz Cadang Limkokwing Banyakkan Kemahiran.

Nik Aziz seeks smart partnership with Limkokwing to innovate Kelantan

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyarankan Limkokwing Academy serta kolej-kolej lain memperbanyakkan kursus kemahiran di tempat masing-masing. Katanya, ianya bertujuan untuk memudahkan golongan muda memilih bidang yang mereka minati untuk dipelajari.

Menurutnya, selain memberi peluang pada golongan muda meningkatkan ilmu kemahiran mereka dalam bidang yang diminati, ianya juga dapat ‘menyejukkan’ hati pelajar yang tidak dapat memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

“Apabila keputusan peperiksaan dikeluarkan setiap kali kita akan berhadapan dengan pelajar yang kecewa kerana tidak memperolehi keputusan yang cemerlang.
“Kerana itu hasrat untuk melanjutkan pengajian di IPT begitu sukar, kerana itu saya sarankan supaya Limkokwing menyediakan banyak peluang untuk berbanding yang telah sedia ada,”ujarnya.

Beliau seterusnya berkata, untuk menjadi seorang insan yang berjaya tidak semestinya mempunyai pendidikan yang tinggi.

“Andainya kita rajin berusaha, mengikuti kursus kemahiran di mana-mana insyaallah kita akan berjaya di suatu hari nanti,”ujarnya.

Namun apa yang penting, tambahnya ilmu untuk mengenali Allah perlu diterapkan pada apa yang dipelajari, khususnya sains. Tuan Guru berkata demikian ketika berucap pada majlis taklimat Limkokwing kepada Tuan Guru, di akademik itu tengahari tadi.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Pengarah Akademinya, Haji Zainal Rahman, memberitahu sejak ianya ditubuhkan, akademi telah berjaya ditubuhkan cawangannya sama ada dalam dan luar negara. Menurutnya, selain Melaka cawangan terbarunya, Bali, Indonesia dan Kemboja.

Katanya, selain kursus komputer, pihaknya turut memperkenal kursus warisan tempatan, keusahawanan dan perniagaan juga kraf.

“Ianya memberi peluang anak muda memilih mana-mana kursus yang mereka minati.
“Selepas memperolehi diploma, mereka berpeluang membuka perniagaan sendiri, bekerja atau melanjutkan pengajian di Universiti Limkokwing,”ujarnya. (IH/Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails