Thursday, November 29, 2012

Nenek Jadi GRO Di 'Bar Korek'. -K/Islam M'sia?

TAHAN...dua wanita warga emas dicekup kerana disyaki berkelakuan tidak bermoral di sebuah pusat hiburan.

BUTTERWORTH : Seorang nenek tiga cucu memberi alasan kesempitan wang sehingga terpaksa bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ketika ditahan pihak berkuasa di sebuah pusat hiburan di Taman Chai Leng, Perai, di sini. kelmarin.

Nenek berusia 59 tahun itu ditahan sepasukan 15 penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dalam operasi cegah maksiat di beberapa lokasi pusat hiburan berkonsepkan ‘bar korek’, pada jam 11 malam.

Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman berkata, ketika pemeriksaan di sebuah bilik kecil tidak bernombor di belakang premis itu, pihaknya menemui wanita terbabit bersama seorang rakan lingkungan 50-an sedang duduk dan disyaki menunggu pelanggan di pusat hiburan berkenaan.

Menurutnya, siasatan mendapati, kedua-dua mereka beragama Islam dan bekerja di premis berkenaan. Katanya, kedua-dua mereka kemudian diberitahu kesalahan dan ditahan sebelum dibawa ke Pejabat Agama Butterworth untuk diambil keterangan diri.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nenek atau warga emas jadi GRO di 'Bar Korek'. Inilah 'kerajaan Islam Malaysia' banggaan UMNO, Fasal 3 Perlembagaan Malaysia, 'Islam agama bagi Persekutuan'...

2 comments:

Anonymous said...

bila orang kerajaaan tangkap pesalah kerana melanggar akta kesalahan maksiat maka ada orang kata UMNO punya pasal jadi begini.umno cegak bukan biar begitu saja. Apa? bomba datang tolong padam api tiba2 bomba pula dipersalahkan....ada otak ka

Anonymous said...

Dorang ni igt sema salah krajaan..ini kn kt penang..tnya la ketua mentri PKR depa buat apa...bodoh btul puak hamPAS PR ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails