Monday, November 19, 2012

Pattani Sambut Obama Dg Bom. Al-hamdulillah!

SEKUMPULAN pegawai polis memeriksa gerabak kereta api yang musnah akibat letupan bom buatan sendiri pemberontak di sebuah stesen kereta api di daerah Reu-so, Narathiwat semalam.

Dua terbunuh kereta api dibom
PATTANI - Kumpulan pemberontak disyaki meletupkan bom buatan sendiri, mengakibatkan sebuah kereta api tergelincir dan membunuh dua orang pengawal kereta api di selatan Thailand, beberapa jam sebelum Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama melawat negara tersebut.

Serangan pada Ahad berlaku di daerah Rue So, wilayah Narathiwat dan menyebabkan gangguan perkhidmatan kereta api di tiga wilayah selatan yang bergolak itu. Jurucakap polis, Dulyaman Yaena berkata beberapa pemberontak berbalas tembakan dengan pengawal kereta api sebelum melarikan diri.

Dua pengawal kereta api maut akibat letupan, sementara 15 mangsa yang cedera dimasukkan ke hospital.
Lebih 5,000 orang terbunuh sejak pemberontakan meletus di wilayah selatan Thailand pada 2004. Insiden tersebut merupakan serangan kedua pada hujung minggu ketibaan Obama ke Thailand. Obama turut dijadual melawat Myanmar dan Kemboja. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim   Mengapa perlu disebut Al-hamdulillah? Kerana Obama (AS)lah dalang kekuatan Israel menyerang Palestin dan HAMAS. Marilah sama-sama berdoa untuk kehancuran Israel dan kuncu-kuncunya..

No comments:

Post a Comment