Sunday, November 18, 2012

Pemuda Tetapkan Mekanisme I/Harta.. Syabas!

KOTA BHARU: Syabas Pemuda! Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) sanggup menetapkan mekanisme berhubung pengisytiharan harta yang diumumkan minggu lalu. Perwakilan DPPP Syahir Sulaiman berkata, ketetapan itu dibuat bagi memudahkan proses pengisytiharan harta yang disifatkan sangat wajar bagi menjaga integriti dan amanah di kalangan pemimpin pemuda.

"Seluruh pemuda bersetuju dengan pengisytiharan harta untuk menjaga nilai integriti dan amanah dengan mengambil tiga ketetapan.

"Pemuda akan menggunakan format yang digunakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam iaitu pengisytiharan harta di setiap agensi diserahkan kepada ketua pemuda dan ketua pemuda akan menyimpan maklumat tersebut dan dipantau oleh sebuah badan hizbah.

"Dari semasa ke semasa akan diserahkan kepada presiden dan mursyidul am. Selesai proses pemilihan calon pilihan raya, pemuda secara sukarela akan mempamer borang deklarasi pengisytiharan harta untuk dinilai secara keseluruhan," katanya sewaktu membahaskan ucapan dasar presiden di Muktamar Tahunan PAS Kali ke-58 di Putik, semalam.

Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan mengisytiharkan hartanya kepada khalayak ramai semasa ucapan penggulungan di Muktamar Pemuda PAS Khamis lalu. Nasrudin, 42 mengisytiharkan, beliau bersama isteri mempunyai pendapatan sebanyak RM2,800 and RM4,000 sebulan. Beliau juga memberitahu bahawa beliau mempunyai RM9,000 di dalam simpanan semasa.

Sementara itu, Syhir berkata, DPPP akan menyediakan kepakaran dalam pelbagai bidang bagi membantu ahli parlimen dan Adun merangka dasar dan polisi negara.

"Pemuda berbesar hati mengukuhkan kumpulan pakar di kalangan pemuda dalam agenda mengisi kemenangan dan kami menawarkan sukarelawan cerdik pandai pemuda untuk ahli parlimen dalam merangka polisi," katanya. (IH/Hrkh)

Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails