KL: Pusat karaoke dan kolam memancing yang menjadi tumpuan segelintir warga emas untuk memancing sambil berhibur dengan pelayan pelanggan (GRO) dipercayai bersekongkol menawarkan pakej maksiat kepada pengunjung termasuk beragama Islam.
Ini berikutan tinjauan wartawan Metro Ahad mendapati segelintir pengunjung beragama Islam dilihat selamba meneguk minuman keras di gerai minuman yang dikendalikan kolam memancing terbabit, manakala sebuah premis snuker bersebelahan pusat karaoke dijadikan tempat berjudi di kalangan pengunjung. Lebih mencurigakan, bahagian dalam pusat karaoke berkenaan diawasi lebih lapan kamera litar tertutup (CCTV) seolah-olah khuatir kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa.
Pakej melalaikan itu jelas menarik perhatian pengunjung hingga sanggup menipu keluarga kononnya memancing. Pemerhatian wartawan mendapati beberapa penunggang motosikal yang baru tiba di kolam itu dengan membawa bersama joran, meninggalkan kelengkapan memancing mereka di kenderaan atau kaunter dan terus memasuki pusat karaoke terbabit.
Seorang pekerja warga asing di kolam memancing itu bagaimanapun berdolak-dalik mengenai kaitan kedua-dua premis berkenaan. Dia mendakwa premis pusat hiburan terbabit disewakan dan pihak pengurusan kolam tidak campur tangan dalam sebarang aktiviti dijalankannya.
Bagaimanapun, kebanyakan pelanggan tetap kolam memancing itu ketika ditanya mendakwa kedua-dua premis berkenaan mempunyai kaitan di antara satu sama lain dan aktiviti yang disediakan sebagai pelaris bagi menarik perhatian pengunjung supaya tidak beralih ke kolam pancing lain. (myMetro)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah sebab perlunya negara Islam atau negara kebjikan yang memainkan peranan supaya rakyatnya ditarbiah kearah kebaikan sesuai dengan kehendak semua agama, yang membawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Puak-puak yang otaknya dijajah oleh maksiat memang sukar faham apa yang dijelaskan ini.. Maaf!
No comments:
Post a Comment