Wednesday, November 07, 2012

Sukan Ekstrem Gaza, Untuk Pembebasan Rakyat?

TIGA pemuda melompat semasa menunjukkan kemahiran parkour yang dimiliki mereka di Khan Yunis, Gaza pada 7 Oktober lalu.

SUKAN
 Kumpulan anak muda perkenal parkour di Gaza
KHAN YUNIS, Palestin - Sukan ekstrem parkour yang menggabungkan kombinasi berlari, melompat dan gimnastik diperkenalkan sekumpulan anak muda di Genting Gaza. Sebuah kumpulan yang dianggotai 12 lelaki berusia dalam lingkungan 20-an membuat demonstrasi sukan tersebut di Hospital Nasser, Genting Gaza baru-baru ini.

Sejumlah penonton termasuk pesakit dan doktor melihat aksi kumpulan anak muda itu. "Dia seperti Superman," kata seorang penduduk yang melihat seorang anggota kumpulan itu, Mohammed Jakhbir berlari ke arah dinding dan membuat lompatan.

Seorang pemuda, Jihad Abu Sultan, 24, berkata, dia menyertai kumpulan itu empat tahun lalu selepas melihat klip video Mohammed di laman YouTube. "Saya kagum dengan parkour terutamanya ketika melibatkan aksi lompatan," katanya yang mempunyai latar belakang seni mempertahankan diri kungfu.

Anggota-anggota kumpulan itu melakukan latihan di kem pelarian Palestin di sini. Parkour diperkenalkan oleh kumpulan Yamakasi di Perancis pada 1980-an. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Perlu difikirkan apakah sukan ekstrem ini baik untuk kepentingan perjuangan pembebasan rakyat dan Islam Palestin? Jangan-jangan buang masa sahaja..

No comments:

Post a Comment