Wednesday, November 07, 2012

Tak Paksa Beragama, Galak Murtad? -Dr Mujahid


SHAH ALAM - Tindakan mengaitkan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung “tiada paksaan dalam agama” seolah-olah menggalakkan gejala murtad adalah satu rumusan tidak bertanggungjawab.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kenyataan  “tiada paksaan dalam agama” adalah prinsip kemuliaan Islam tetapi ini bukan bermakna ia menggalakkan kemurtadan.

"Mengaitkan prinsip ini dengan rela murtad menunjukkan kecelaruan pemikiran golongan sempit agama termasuklah sesiapa yang mengulangnya tanpa fahaman. Saya ada dalam majlis itu sebagai pembicara.

"Kenyataan ahli Parlimen Lembah Pantai itu dianggap seolah-olah menggalakkan kemurtadan adalah satu rumusan yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dr Mujahid merupakan antara panel yang hadir bersama-sama Nurul Izzah dalam forum Islamic State: Which version? Whose responsibility? di Subang Jaya Sabtu lalu. Ahli Parlimen Parit Buntar ini berkata, Nurul Izzah dalam forum tersebut juga menyebut tentang perlunya pendidikan dan dakwah supaya agama Islam dipelihara.

"Tiada paksaan bukan bermakna orang Melayu sewenangnya memilih agama lain kerana Islam itu penghayatan. Itulah semangat ucapan Izzah apabila menjawab soalan dari peserta tentang 'no compulsion'," katanya.

Menurutnya, tindakan sesetengah pihak yang mengaitkan prinsip mulia 'tiada paksaan' sebagai promurtad telah mencemarkan nama baik Islam.

"Itu bukan apa yang diperkatakan oleh ahli Parlimen Lembah Pantai," katanya. (IH/SH)

11 comments:

  1. Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim, Jalur Tiga, Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Lembaga Penasihat Pelajaran Islam, Institut Kajian Islam dan Strategi (ISSI), aktivis Pas dan bekas aktivis Angkatan Belia Islam Malaysia ni faham bahasa Melayu ke tak ni? Itu la... dulu suruh belajar elok supaya jadi orang Melayu yang betul-betul faham Bahasa Melayu tak mau......

    Faham la betul2 susun atur kata-kata Nurul Izah tu dan fahami betul2 tafsiran ayat al-Quran yang dirujuk oleh beliau. Jangan 'membabi buta' nak hentam apa bila sesuatu kenyataan itu dikeluarkan oleh pihak yang dikatakan 'pembangkang'. Gunakan akal fikiran yang waras yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita, jangan mudah melatah tanpa sebab bila orang yang kamu tak persetujui dan sebulu dengan kamu.

    Jabatan Agama juga sebelom mengambil tindakan, bertindak dulu keatas orang-orang yang secara terang-terangan menghina dan mempersenda al-Quran serta sunnah Nabi pada satu ketika dulu, yang berkata Nabi s.a.w. menyimpan janggut kerana tak ada pisau cukur, orang Malaysia akan makan sup tangan,, melacur dihalalkan jika dalam keadaan 'darurat' dan berbagai lagi......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan butakan hati saudara..ketepikan politik nilai kata2 nurul itu ape yg tersurat dan tersirat dr mata kaca seorang muslim.

      Delete
  2. diorang tak faham ke ko yang tak faham? Artikel dalam Malaysiakini tu dalam Englishlah bodoh, bukannya dalam Bahasa Melayu. Fahamkan la betul2 susun atur kata-kata Nurul Izah dalam artikel tu. Nak aku tolong translate kan ke?

    Tulah, dulu cikgu suruh ko belajar English malas. Ni dah jadik hamba abdi Kristian DAP pon bangang lagi tak tahu nak baca artikel tu.

    Fahami betul2 tafsiran ayat al-Quran yang dirujuk oleh Nurul Izzah tu. Nilah jadinya bila ayat Al-Quran amik sekerat-sekerat untuk ditafsir. Ni lah padahnya bila puak2 PAS dengan bangga bersorak tepuk tangan macam bagai bila orang Kafir petik ayat Al-Quran dengan berterabur sampaikan ayat tu sebenarnya tak wujud pon dalam Al-Quran.

    Gunakan akal fikiran yang waras yang telah dikurniakan oleh Allah kepada ko, jangan mudah melatah membabi buta tanpa sebab untuk pertahankan seseorang just semata-mata orang tu sama fahaman politik dengan ko.

    So, ko nak Jabatan Agama tutup jelah kes ni? sama cam kes cubaan Gereja DUMC yang tak berdaftar tu cuba murtadkan orang Islam & JAIS pulak dipersalahkan? Tahniah! Tak sia-sia Kristian DAP tarbiahkan ko selama ni.

    Terlupa pulak, Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh, anak Nik Aziz sendiri tu pun tempelak Nurul Izzah. Korang tak nak buang dia tanpa bicara jugak ke? Macam korang buat pecat Hassan Ali hanya kerana dia defend Islam?



    ReplyDelete
  3. Kepada Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Jalur Tiga, Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Lembaga Penasihat Pelajaran Islam, Institut Kajian Islam dan Strategi (ISSI), aktivis PAS, aktivis Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan semua rakyat Malaysia yang beragama Islam yang corcern dan ambil berat pasal kesucian Islam tanpa ambil kira kepentingan politik, tahniah diucapkan!

    Kepada para penjilat DAP dan hamba abdi Kristian DAP, selepas korang gadaikan kalimah Allah dalam Bible kepada Kristian, pertahankan Gereja DUMC yang tak berdaftar untuk murtadkan umat Islam dan hentam JAIS, hantar wakil pemimpin Parti untuk join forum2 anjuran think-tank Kristian & Gereja untuk kutuk Islam dan seronok bila peserta tepuk tangan konon2 atas dasar kebebasan bersuara, aku tak nak ucapkan apa-apa...

    Biar Allah je yang balas....

    ReplyDelete
  4. Kalau buta sangat, cuba cek artikel2 lain dalam Malaysiakini, contohnya artikel Steve Oh 'Nurul's watershed idea for the nation'. Tengok pula komen para pembaca dalam Mkini pasal isu ni.

    semuanya amat-amat 'berbesar hati' dan 'berterima kasih' kepada Nurul Izzah sebab dah buka pintu supaya orang Melayu diberi kebebasan beragama termasuk untuk mengaut selain dari agama Islam.

    Korang ni buta hati ke, atau tak paham nak baca English macam anon kat atas tu?

    ReplyDelete
  5. kepada para penyokong tegar PAS & Pakatan, kalau masih ada cebisan2 akal kat otak korang, & masih ada iman dalam hati cuba check siapa sebenarnya Oriental Hearts and Mind Study Institute (OHMSI) dan Islamic Renaissance Front yang anjurkan dialog tu?

    Macam mana pulak pemimpin dari PAS & PKR ni boleh bagi ceramah dalam Gereja Full Gospel Tabernacle USJ yang dah terang2 Kristian & ada isu murtad yang berkaitan dengan gereka tu?

    agama pon korang sanggup gadai sebab seronok Kristian tepok tangan dengar korang hentam agama sendiri yek?

    ReplyDelete
  6. Macam bagus korang smua nih.. Orang cerdik pandai pergi mana skrg nih?? Skrg2nya DAP lg fhm islam dr MCA, tarbiyah tu berjalan x kira dimana..

    ReplyDelete
  7. Oh, DAP lagi faham Islam dari MCA, tarbiyah berjalan, konon...

    Ni kes terbaru, apesal DAP tentang hasrat PAS Kedah nak buat garis panduan supaya semua billboard tampil dengan imej sopan? berjaya sangat la ko punya tarbiyah tu ye?

    Yang pasti, DAP berjaya tarbiah PAS untuk gugurkan Negara Islam yang jadi tonggak perjuangan parti selama ni kepada Negara Kebajikan (Sosialis) yang jadi asas perjuangan DAP.

    Ni sape berjaya tarbiah sape ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oklah saudara..kalau saudara kata pakatan yg tak memperjuangkan islam..boleh saya tau adakah selama nie Umno perjuangkan islam bersama barisan nasional..kalu jawi tak mengambil tindakan pada pemimping yg bebetul terang terang mengutuk sunah nabi..kalu selama nie kata pas buat hudud yg tak betul..suruh je lah kerajaan sekarang keluarkan hudud yg dibuat ulamak yg ada sekarang...kalu rasa pakatan diperkudakan oleh dap..jgn pulak kata umno tak diperkudakan oleh mca dan mic...

      Delete
  8. ni sape yang buta mata sebenarnya? ko ingat aku nilaikan kata2 Nurul tu dari kacamata muslim ke Kristian? Bongok eh?

    kalau aku nilaikan dari kacamata Kristian, dah lama aku sambut sorak bagai kata2 Nurul tu bodoh!

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah Dr Mujahid ada semasa forum tersebut. Sudah tentu Ulamak UMNO akan terkejut beruk bila mendapati komen dan kutukan mereka terhadap YB Nurul Izzah tak kena tempat dan lebih memalukan UMNO sendiri yang cepat melatah tanpa usul periksa.
    Lebih malang komentar dari mereka yang tidak faham Bahasa Inggeris dan memberi terjemahan salah.

    ReplyDelete