Thursday, November 08, 2012

Tektik Pelacuran, Guna Salun Hias Kuku


 
KSEBAHAGIAN daripada 10 pelacur yang ditahan dalam serbuan di salun menghias kuku di Jalan Klang Lama kelmarin.

KL: Taktik licik satu sindiket pelacuran yang menjalankan aktiviti persundalan dengan berselindung di sebalik salun menghias kuku terbongkar apabila diserbu sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman kelmarin.

Serbuan pukul 10.45 malam di Jalan Mega Mendung, Jalan Klang Lama di sini itu berjaya menahan lapan wanita Vietnam dan dua warga China berusia antara 18 hingga 31 tahun yang disyaki pelacur. Turut ditahan seorang penjaga premis berusia 48 tahun.

Ketua operasi, Inspektor Muhammad Md. Jais berkata, ketika serbuan, seorang pelacur didapati sedang ghairah melayan seorang lelaki Bangladesh berusia 39 tahun. Lelaki itu dibebaskan selepas keterangannya diambil. (Kosmo)

1 comment:

Anonymous said...

Pelacuran seperti di Salun kuku ini berkembang biak kerana terlalu ramai pelanggan yang mencari tempat jualannya.
Jangan terkejut jika data pelanngan pelancuran jenis ini hampir separuh dari yang berugama Islam dan tidak kurang yang kerap ke mesjid. Tetapi masih mahu mencari lokasi perzinaan.
Adakah semudah itu berzinaan di Malaysia?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails