KEADAAN semakin tegang di Timur Tengah dengan Israel dan Hamas, terus
berbalas tembakan dalam keganasan terburuk sejak serangan Israel ke
atas wilayah itu hampir empat tahun lalu. Tiga rakyat Israel meninggal dunia di bandar utara, Kiryat Maleakhi
Khamis lalu selepas roket yang dilancarkan dari Gaza melanda sebuah
bangunan apartmen.
Sumber Israel berkata dua roket dilancarkan ke Tel Aviv - dengan
sebuah peluru berpandu mendarat di laut manakala peluru berpandu lain
melanda kawasan yang tidak didiami , kawasan pusat komersial Israel. Siren serangan udara menyebabkan penduduk mencari perlindungan di Tel
Aviv, sebuah bandar Mediterranean yang tidak pernah diserang roket
sejak Perang Teluk 1991.
Jihad Islam, satu lagi kumpulan yang berpangkalan di Gaza berkata
mereka telah melancarkan salah satu roket yang menyerang Tel Aviv. Walaupun kawasan selatan Israel berhampiran Gaza telah lama berhadapan
situasi tersebut, namun serangan ke atas kawasan Tel Aviv menggambarkan
keupayaan Hamas yang telah meningkat.
Pejuang Palestin pernah menyerang Rishon Lezion sebelum ini tetapi
tidak pernah sampai ke Tel Aviv, kira-kira 70 km utara Sttrip Gaza. Sekurang-kurangnya 16 rakyat Palestin, termasuk dua kanak-kanak,
telah terbunuh dan lebih 150 yang lain cedera Khamis dalam pertempuran
yang bermula dengan serangan udara yang membunuh Ahmad Jabari, komander
tentera Hamas yang dituduh Israel menjadi dalang serangan terhadap orang
awam.
"Ia adalah penting untuk memahami satu perkara yang mudah: tiada
moral yang simetri antara pengganas di Gaza dan Israel," ujar Binyamin
Netanyahu, Perdana Menteri Israel, Khamis lalu.
"Mereka telah melakukan jenayah perang berganda: mereka menyerang
orang awam Israel dan bersembunyi di belakang orang awam Palestin."
(aljazeera.com)
No comments:
Post a Comment