Wednesday, November 28, 2012
UMNO, Doa Muhyiddin, Kembali Ke Pangkal Jalan.
UMNO doakan orang Islam kembali ke pangkal jalan
KUALA LUMPUR - Perhimpunan UMNO malam tadi mendoakan supaya orang Islam di negara ini tidak menjahanamkan sesama sendiri, dan memohon supaya mereka yang tersasar kembali ke jalan yang diredhai.
Doa yang dibacakan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu jelas menunjukkan niat UMNO jauh berbeza dengan Pas baru-baru ini yang mengadakan solat hajat dan mendoakan kehancuran UMNO dan Barisan Nasional.
Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri melafazkan doa itu pada penghujung ucapan beliau bagi merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di sini.
Doa Muhyiddin: "Ya Allah Ya Tuhan kami, terimalah doa kesejahteraan buat sekalian kami, jauhkanlah hati kami daripada menjahanamkan sesama sendiri, kembalikanlah mereka yang tersasar ke jalanMu yang diredhai.
"Ya Allah, bimbinglah kami di jalan yang lurus, redhakanlah jalan perjuangan kami, tetapkanlah kami di jalanMu Ya Allah." (Kosmo)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ya, memang jelas perbedaan UMNO dengan PAS. Macam langit dengan bumi. Lihat perlembaggan PAS Fasal 3, Dasar PAS adalah Islam.(DASAR DAN TUJUAN) dan (FASAL 7 -Fasal 7 (1)(2)(3) Hukum, Kekuasaan dan MAJLIS SYURA ULAMAK). Sedangkan dasar UMNO ialah Kebangsaan (asobiaih Melayu), berdasarkan perlembagaan ciptaan penjajah Lord Reid.
Nabi SAW membawa perjuangan Islam, sedangkan masyarakat jahiliah di zamannya membawa faham kebangsaan dan qaumiah Arabiah. Kerana Islam menolak kebangsaan asobiah sempit, maka jelaslah UMNO berada di jalan yang salah dan sesat. Oleh itu, kalau sesat ke hujung jalan, kembaiah ke pangkal jalan, wahai UMNO, kesian!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment