Monday, November 05, 2012

UMNO Haram Purdah? Karpal Singh Pembela!


Kuala Lumpur - by @tiewnama 
Pada awal tahun 80an dahulu, parti UMNO telah mengharamkan pemakaian purdah 
oleh para muslimah. Keratan akhbar berkenaan pengharaman purdah adalah seperti dibawah 
oleh the star 1985,  Arakian seorang muslimah bernama Hajah Halimatus saadiah yang bertugas sebagai kerani di pejabat SUK Perak telah DIPECAT oleh Umno & Barisan Nasional kerana memakai purdah. 

Muslimah ini telah membawa kes pemecatan beliau ke mahkamah. Peguam yang mewakili 
Hajjah Halimatus saadiah ini tidak lain tidak bukan adalah Encik KARPAL SINGH iaitu PENGERUSI DAP! Benar, Karpal Singh yang sama yang diserang dan dinista oleh penyokong serta pemimpin  Barisan Nasional kononnya Karpal ini anti Islam. 

yang amat menghairankan adalah, ada dua hakim ahli umno yang di katakan bermazhab 
ahlul sunnah wal jemaah yang mendengar kes ini yang juga mengaku Islam iaitu Abdul 
Hamid Omar dan Hakim Dzaiddin juga telah turut sama menzalimi muslimah yang hanya 
mahu memakai purdah. 

Hakim hakim yang mengaku Islam pengikut mazhab ahlul sunnah wal jemaah. Di waktu 
yang sama, tiada pula arahan dari umno dan barisan nasional untuk memecat atau 
membuang pekerja yang tidak menutup aurat ataupun memakai pakaian seksi yang 
bermazhab ahlul sunnah wal jemaah. 

Kes Hajjah Halimatus sadiah ini adalah salah satu bukti permusuhan umno dengan agama 
Islam sehingga sanggup menzalimi seorang Muslimah yang hanya mahu memakai purdah. Walaupun purdah itu hukumnya hanya sunat, tapi BN tiada hak untuk mengharamkan pemakaiannya.

Karpal yang dihina dan dicaci BN kononnya anti Islam telah bertungkus lumus membela 
muslimah yang dizalimi kerajaan Barisan Nasional ini. Kes ini jelas menunjukkan bahawa 
umno itu lebih anti Islam dari Karpal Singh. Dan berbeza dengan Karpal singh yang telah 
meminta maaf atas kenyataan beliau mengenai islam, 

UMNO sehingga sekarang tidak pernah meminta maaf kerana mengharamkan purdah. 
1malaysia rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan.

KERATAN AKHBAR THE STAR 1985.


by @tiewnama - Kita Tahu Hudud itu undang undang Tuhan, tapi kita takkan laksanakan 
Hudud - Najib Razak pemimpin ahlul punah ranah umno. kahkahkahkah. (Diangkat dari Era Pasca)

No comments:

Post a Comment