Saturday, December 01, 2012

2 Perompak Pelajar M'sia Di London Dibebeskan.


KAFUNDA (kiri) meraikan pembebasannya bersama Donovan di Mahkamah Wood Green, semalam. Gambar kecil, Muhammad Ashraff baru sebulan berada di London ketika kejadian.
KAFUNDA (kiri) meraikan pembebasannya bersama Donovan di Mahkamah Wood Green, semalam. Gambar kecil, Muhammad Ashraff baru sebulan berada di London ketika kejadian.

LONDON: Dua lelaki yang dipenjara kerana merompak penuntut Malaysia dalam rusuhan tahun lalu, dibebaskan semalam selepas tuduhan ke atas mereka dibatalkan. John Kassongs Kafunda, 23, dari Ilford, timur London, dan Reece Donovan, 25, dari Romford, Essex, dituduh merompak Muhammad Ashraff Haziq Rossli di Jalan Queen, London.

Kafunda dijatuhi hukuman penjara empat tahun tiga bulan kerana merompak, manakala Donovan dijel lima tahun selepas disabitkan kesalahan merompak, berkelakuan ganas serta mencuri. Kedua-dua mereka membuat rayuan dan semalam, sabitan mereka dibatalkan Ketua Hakim England, Igor Judge, yang bersidang bersama dua hakim kanan lain.

Kejadian menimpa Muhammad Ashraff disaksikan jutaan orang di seluruh dunia melalui video kamera litar tertutup (CCTV) yang merakamkan bagaimana dia dirompak beberapa lelaki yang menyamar sebagai penyelamat. Muhammad Ashraff, 21, adalah penuntut bidang akauntan sebelum itu mengalami kecederaan akibat diserang perusuh ketika berbasikal di Barking, London Timur. Dia baru saja sebulan berada di London apabila diserang pada 8 Ogos 2011.

Sidang semalam berlangsung secara tertutup di Mahkamah Rayuan, tetapi keputusannya diumumkan secara terbuka. Kafunda dan Donovan sebelum ini mendakwa imej dalam rakaman CCTV itu bukan mereka, tetapi hakim menerima keterangan saksi tidak didedahkan identitinya untuk menyabitkan kesalahan berkenaan.

Ketika menjatuhkan hukuman Mac lalu, hakim James Patrick berkata, tindakan Kafunda dan Donovan menjadi imej ikon terhadap rusuhan yang menyaksikan kedai dan premis perniagaan dijarah, manakala orang awam ketakutan. “Kamu adalah sebahagian daripada golongan yang dianggap mengancam dan amat mengejutkan apabila kumpulan ini turut membabitkan kanak-kanak.

“Apa yang lakukan dirakam dan apabila disiarkan di seluruh dunia, ia mengaibkan negara ini,” katanya.
Pendakwa tidak memohon untuk perbicaraan semula selepas Judge membacakan keputusannya - DM

3 comments:

  1. mana pekida.. mana brahim anak ali ...mana zul anak noddin...mana perkasa....anak melayu dipukul di england..dan mahkamah england membebaskan penjenayah itu...babi punya mahkamah queen...

    ReplyDelete
  2. mana pekida.. mana brahim anak ali ...mana zul anak noddin...mana perkasa....anak melayu dipukul di england..dan mahkamah england membebaskan penjenayah itu...babi punya mahkamah queen...

    ReplyDelete
  3. mana pekida.. mana brahim anak ali ...mana zul anak noddin...mana perkasa....anak melayu dipukul di england..dan mahkamah england membebaskan penjenayah itu...babi punya mahkamah queen...

    ReplyDelete