KL
9 Dis 12: Kerajaan Negeri Aceh digesa supaya memikirkan untuk menghidupkan eksport tanaman ganja keluar negara secara sistematik dan terancang sebagai sumber pendapatan negara.
Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Persatuan Kebajikan Bangsa Aceh Malaysia (PKBAM), Tgk Mansur Din (gambar).
"Bumi Aceh adalah bumi yang subur bagi tanaman ganja, mengapa kita bazirkan tanaman rakyat yang sudah berpengalaman turun temurun menghasilkan ganja?
"Kita boleh fikirkan untuk jadikan tanaman ganja bagi tujuan perubatan, ada daun ganja yang tidak mabuk.
"Kurma dan anggur asalnya buahan yang halal, tapi dijadikan minuman keras. Sedangkan ganja juga asalnya baik untuk tujuan perubatan disalahgunakan jadi barangan memabukkan. Kini dunia mula mengalihkan tanaman ganja ke arah tujuan perubatan.
"Maka ada baiknya, kerajaan Aceh memikirkan untuk manfaatkan perusahaan ganja sebagai perusahaan 'halal' dan boleh menjana ekonomi negara." Saran Tgk Mansur.
Sementara itu di Settle, Agensi melaporkan beratus-ratus orang dilihat menghisap ganja selepas penggunaan dadah (berasaskan ganja) itu dibenarkan di negeri Washington, Amerika Syarikat (AS). Pengambilan ganja bukan lagi satu jenayah di Washington berkuat kuasa selepas pukul 12 malam Khamis lalu susulan keputusan satu referendum mengenainya pada bulan lalu.
Negeri berkenaan bersama Colorado menjadi dua negeri pertama AS yang membenarkan pengunaan ganja. Secara teknikal, undang-undang baharu itu masih melarang pengunaan ganja di tempat awam dengan denda akan dikenakan terhadap mereka yang melanggar peraturan itu.
"Tetapi penggunaan ganja sebagai dadah itu tidak patut dilulus dan diamalkan. Ia bertentangan dengan hukum Islam, yang menjadi pegangan dan budaya rakyat Aceh." Jelas beliau lagi. (IH)
Lihat sebelum ini..
- Ladang Ganja Canggih & Mewah Di Kota London
- Israel Cipta Daun Ganja Yang Tidak Mabuk, Ubat....
- Tanam Pokok Ganja Untuk Tujuan Perubatan
- Demontrasi Ganja & Negara Penyalurnya.
- Universiti Ganja Diserbu, Tapi Patut Ada Di Aceh.
- AS Batal Haram Ganja, Peluang Niaga Bagi Aceh ...
- Masa Depan Perusahaan Ganja di Aceh…
- Aceh, Perlu Jadikan Ganja Sebagai Sumber Eko Halal...
- Lihat Taman Pokok Ganja, Bisakah Aceh Manfaatkan?
- Misteri Pulau Puaka Di Aceh.
No comments:
Post a Comment