Ironinya, sejak pertandingan itu diperkenalkan pada tahun 1952, ratu cantik AS telah lapan kali meraih gelaran tersebut. Tambah menarik, kesemua mereka dinobatkan ketika AS menjadi tuan rumah, sama seperti yang terjadi kepada Ratu Puerto Rico pada tahun 2001, yang mendapat kemenangan di tempat sendiri.
Secara profesional, ketahanan fizikal dan mental amat diperlukan sepanjang pertandingan itu kerana setiap peserta tidak hanya dinilai berdasarkan paras rupa malah kecantikan peribadi secara menyeluruh.
Kemenangan Ratu Cantik Universe 2000, Lara Dutta dari India boleh dijadikan contoh mudah. Meskipun saingan keduanya, Claudia Moreno dari Venezuela memiliki kejelitaan yang jauh lebih tinggi berbandingnya, Lara berjaya menambat hati juri atas tiket kebijaksanaannya menjawab soalan selain memiliki personaliti yang disenangi. Turut diakui, bukan mudah berdepan dengan jutaan mata yang memerhati sosok tubuh dan penampilan diri. Ditambah pula senyuman manis yang harus dilemparkan sepanjang waktu terutamanya saat lensa kamera mengekori pergerakan.]
[Kepelbagaian identiti para juri tidak menghilangkan seri Ratu Cantik Universe 2012 apabila ia terus meninggalkan momen indah buat setiap peserta dan penyokong. Ia turut memberi kenangan bermakna buat peserta Malaysia, Kimberley Leggett, 19, yang berusaha sehingga ke titik akhir walaupun dicanang bakal memberi persaingan getir dalam edisi kali ini.
Kimberley dengan yakin melangkah bersama persalinan indah rekaan Jovian Mandagie ketika malam pusingan awal. Kostum kebangsaan yang diperagakan juga menarik perhatian ramai sehingga diramalkan bakal menempah slot dalam kelompok Top 16. Kelibat Kimberley turut kelihatan dalam surat khabar antarabangsa dan blog-blog fesyen sebagai peserta pilihan dalam pertandingan yang dimiliki oleh hartawan hartanah AS, Donald Trump itu.
Perjuangan Kimberley masih belum bernoktah kerana perjalanan gadis kelahiran Pulau Pinang itu masih panjang dan terbentang luas di hadapannya. Bidang peragaan mahupun industri seni tempatan dan antarabangsa akan ternanti-nanti kehadiran Kimberley berbekalkan aset wajah yang mulus dan senyuman manis.
Wakil Malaysia pada tahun depan, Carey Ng, 23, baru sahaja dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Malaysia Universe 2013. Adakah gadis kelahiran Kuala Lumpur itu bakal mencatat sejarah sebagai anak Malaysia pertama membawa pulang mahkota Ratu Universe? Segalanya tidak mustahil untuk diimpikan. Untuk rekod, pencapaian terbaik negara dalam pertandingan Ratu Cantik Universe setakat ini ialah Yasmin Yussuf pada tahun 1978 (tempat kedua kostum kebangsaan) dan Josephine Lena, tahun 1970 (Top 15).]
No comments:
Post a Comment