HALAMAN HIBURAN
KL: Jelas terpancar senyuman kegembiraan di
wajah seorang bekas pelakon tanah air yang kini sedang terlantar sakit
di hospital sejak 3 bulan lalu apabila menerima kunjungan Ketua
Penerangan PAS Kawasan Larut, Mohd Akmal Kamaruddin, baru-baru ini.
Pelakon tersebut, Radi Mat Isa, 50, pernah membintangi beberapa buah
filem pada era 80-an, antaranya ‘Panglima Badul’, ‘Hong Kong Angel 2’,
‘Tuan Besar’ dan lain-lain lagi.
Akmal yang juga merupakan Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak berkata,
pelakon tersebut yang sebelum ini banyak membuat persembahan di
pentas-pentas Felda selepas tidak lagi terbabit dalam dunia lakonan
telah dimasukkan ke Hospital Selama pada bulan Julai yang lalu bagi
menjalani satu pembedahan membuang satu ketumbuhan di bawah punggung.
Walau bagaimanapun jelas Akmal, selepas pembedahan itu Radi telah
mengalami satu komplikasi yang mengakibatkan kedua-dua kakinya lumpuh.
Sebak melihat penderitaannya itu, Akmal berkata pihaknya amat
berharap agar Persatuan-persatuan seperti Seniman, Karyawan dan
mana-mana persatuan yang ditubuhkan untuk membela nasib golongan artis
di negara ini agar mengambil perhatian serius akan hal yang menimpa
bekas pelakon tersebut.
“Pihak kami mengalu-alukan juga sumbangan daripada orang ramai yang
prihatin dan sumbangan tersebut boleh disalurkan terus ke akaun Maybank
bernombor 158305335259 atas nama Madrazhid bin Isa,” jelas Akmal lagi. -
http://persepsikitaberbeza.blogspot.com
No comments:
Post a Comment