Tuesday, December 18, 2012

Bohong! BN Jamin Masa Depan -Komen Pres. PAS

 
KL: BN jamin, atau masa depan negara terjamin di bawah BN?  Lihat apa komen presiden PAS. PAS menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terus membohongi rakyat dengan slogan kosong.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kenyataan Najib yang menyebut 'masa depan negara hanya terjamin di bawah BN' adalah satu rayuan undi penuh pembohongan luar daripada batas-batas politik sihat. “Rakyat semakin bijak menonton kerosakan negara di tangan BN selama 55 tahun memerintah,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, kedudukan ekonomi rakyat yang merudum dengan hilangnya aset-aset berharga negara semuanya berlaku semasa pemerintahan BN. Beliau menambah, Bank Bumiputera yang diwujudkan untuk membantu rakyat hilang terus di bawah pemerintahan BN.

Kini, kata beliau pemimpin negara semakin rakus memfaraidkan harta peneroka Felda dengan penyenaraian di bursa saham yang penuh dengan kontroversi. Begitu juga, ujarnya dengan kedudukan agama dan bahasa yang semakin lemah. Semuanya berlaku dibawah pemerintahan BN.

“Soalnya mengapa begitu sekali takut Perdana Menteri akan kejatuhan BN. Kita memahami amalan demokrasi membenarkan naik dan jatuhnya sesebuah parti,” ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Marang.

Menurutnya, jika jatuh sekalipun dalam pilihan raya terdekat, BN masih berpeluang untuk menyertai pilihan raya akan datang. Tetapi, ujar beliau pelik apabila mereka begitu bimbang dengan kekalahan. Justeru, kata beliau PAS ingin mengingatkan BN khususnya Najib supaya menghentikan tabiat buruk berbohong kepada rakyat kononnya hanya BN boleh menjamin masa depan negara.

“Kita juga ingin mengingatkan Najib supaya sedia untuk kalah secara terhormat kerana peluang masih terbuka di masa depan, bukannya jatuh dalam keadaan hina sebagaimana yang berlaku di negara-negara Timur Tengah,” katanya lagi. (IH)

1 comment:

Anonymous said...

Lupakah UMNO/BN pada takdir, Qadha' dan Qadar Allah? Allah Maha Berkuasa untuk memberi dan nmengambil apa saja yang dikehendakiNya.... inilah nada percakapan manusia yang mengaku Islam tapi tidak berlandaskan agama yang dianutinya....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails