Tuesday, December 11, 2012

Dedah Payudara,Inikah Idola Artis & Remaja M'sia?


 

 CYRUS memakai pakaian yang seksi pada komsert Christmas Creampies di Teater Fonda, Hollywood pada Sabtu lalu.

Cyrus tampil dengan imej seksi
LOS ANGELES - Bekas bintang siri televisyen Hannah Montana, Miley Cyrus (gambar) memakai pakaian seksi semasa dia membuat persembahan di Teater Fonda Hollywood, lapor akhbar The Sun semalam.

Cyrus memakai baju berwarna hitam dengan terdapat belahan di bahagian dada serta seluar ketat berzip panjang. Belahan itu hampir menampakkan payudaranya.
Bintang berusia 20 tahun itu turut memakai kasut but mempunyai corak belang harimau kumbang paras lutut.
Dia yang merupakan tunang aktor Liam Hemsworth turut memakai seutas rantai di leher.

Cyrus, 20, yang tampil berambut pendek menyanyikan beberapa lagu pada konsert Christmas Creampies yang diadakan pada Sabtu lalu. Para penonton dilaporkan terkejut dengan pakaian yang dipakai Cyrus.

Aktres itu juga membuat tarian seksi bersama deejay Burgore. Cyrus juga menari bersama seorang penari wanita yang mendedahkan payudaranya. Sebelum ini, Cyrus terkenal sebagai seorang pelakon yang mempunyai imej bersih dan berpakaian sopan semasa dia membintangi siri Hannah Montana. 

 Sebelum ini, Cyrus dilaporkan mempunyai perjanjian sebelum berkahwin dengan Hemsworth yang merupakan pelakon filem The Hunger Games. Berdasarkan perjanjian itu, penyanyi tersebut dibenarkan untuk menjaga seekor anjingnya. - Agensi

Komen Weblg Ibnu Hasyim:  Inilah wabak atau 'bala' yang menyerang negara-negara umat Islam, bila 'artis disanjung-sanjung' dan menjadi idola masyarakat. Lihat saja peruntukan kerajaan Maaysia dalam membelai artis-artis bermaksiat. Tak cukup yang dalam negeri, diimport dari luar negara. Na'auzubillahi min zalik!

Renunglah peringatan di bawah ini di angkat dari Blog 40 Hadisth Akhir Zaman 15 Maksiat yang Akan Menurunkan Bala. Hadis, ertinya: Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda:

  • "Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
  1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
  2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
  3. Zakat dijadikan hutang.
  4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
  5. Anak derhaka terhadap ibunya,
  6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
  7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
  8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
  9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
  10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
  11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
  12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
  13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
  14. Muzik banyak dimainkan.
  15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain". (H.R Termizi)
(IH)

2 comments:

Anonymous said...

mula pulak dah...

Anonymous said...

Kerajaan umno mengaku kerajaan Islam tetapi hakikatnya semua orang tahu umno jauh dari Islam. Kalau kita hendak Islam dilaksanakan di Malaysia kenalah umat Islam menolong PAS mendapat kuasa untuk memerintah. Tetapi ramai pihak tidak mahu Islam dipraktikkan di Malaysia cuba survey banyak blog dibuat oleh individu atau ngo tertentu yang memburukkan Islam dan menyebarkan ideologi sesat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails