Saturday, December 08, 2012

Demo Medan Tahrir, Mereka Penyokong Morsi?

Aku masuk ke himpunan anti Morsi dan aku tidak rasa mereka ini adalah para aktivis REVOLUSI satu ketika dahulu. Mereka tidak solat dan membuat bising ketika azan. Berbeza dengan aktivis REVOLUSI Mesir tidak lamu sebelum ini.

Pengalaman solat Asar dekat Medan Tahrir 15 Dis 12. (Diangkat dari jeminghassan blogspot.com)


SEBELUM ke Masjid Al-Azhar aku singgah di Medan Tahrir untuk melihat sendiri para anti Morsi berkumpul. Aku ingin lihat dan ingin menyelidik apakah benar para anti Morsi ini adalah para penyokong Morsi ketika Revolusi. Apakah benar para pemuda berkumpul ini berkumpul kerana marah dengan tindakan Morsi atau mereka ini hanyalah pendemostran upahan.

Aku berlapang dada dan cuba untuk mencari kebenaran. Aku tidak taksub pada Morsi dan aku hanya mahukan kebenaran. Setibanya aku disana aku lihat beberapa pemuda memegang kayu dan dipercayai ahli keselamatan para pendemostran yang berkhemah disitu.

Dari jauh aku cuba mengira bilangan mereka yang masih menduduki dataran Tahrir itu. Jika sebelum ini para anti Morsi pernah berkumpul sehingga mencecah 100 000 pendemo. Namun para kini para anti Morsi di dataran Tahrir sudah berkurangan. Aku anggar 5000 masih belum cukup. Cuma mereka terlalu ganas. Ada yang membakar tayar sehingga berkepul-kepul asap hitam keluar dan ada mat rempit dengan aksi motornya di sekitar medan Tahrir tanpa menghiraukan keselamatan orang lain.

Kini bilangan anti Morsi tidak sampai pun 5000 orang. Bulan Februari ini merupakan musim sejuk di Mesir, kita tengok adakah mereka akan terus berkhemah di sini atau tidak

Aku cuba amati khemah-khemah yang mereka dirikan. Kebanyakkan khemah-khemah mereka terlalu baru dan ketika revolusi Mesir sebelum ini khemah-khemah yang didirikan terlalu buruk. Kebanyakkan khemah-khemah terdahulu dibawa para penyokong Morsi sendiri satu ketika dahulu. Aku beranggapan khemah-khemah ini diberi dan siapakah yang memberi khemah-khemah ini?


Kiri dan kanan adalah khemah yang kelihatan baru dan berbeza dengan khemah-khemah aktivis Revolusi sebelum ini. Adakah Zionis yang menaja khemah-khemah dan makanan para pendemostran ini?

Aku bersolat asar di masjid berhampiran dengan medan Tahrir. Para anti Morsi tidak turut serta dan masih membuat bising ketika kami sedang bersembahnyang. Mereka tidak menghormati azan bahkan ketika kami solat mereka memasang lagu dengan kuat sehingga menganggu kami bersembahyang. Di dalam masjid pula berpuluh orang sedang tidur dan ketika kami bersolat mereka terus tidur dan aku yakin mereka ini juga kumpulan anti Morsi.

Adakah ini peninggalan Ultras ketika Revolusi. Betulkah Ultras diantara pelopor Revolusi Mesir?

Berbeza dengan kumpulan penyokong Morsi di era Revolusi. Umat islam solat berjemaah dan orang kristian para penyokong Morsi pula berjaga ketika umat islam sembahyang. Bagi aku, mereka yang berkumpul ini bukan penyokong Morsi ketika Revolusi dan aku berpendapat mereka ini adalah pro Mubarak. Dan mereka bukan membenci tindakan Morsi yang melaksanakan kekebalan kuasa tetapi mereka semua tidak mahu Morsi menjadi Presiden dan mahu Ikhawan menjadi seperti di era Mubarak. Oleh yang demikian, kerana sudah ada konspirasi jahat pro Mubarak. Morsi terpaksa melaksanakan polisi tersebut untuk seketika bagi menyelamatkan keadaan dan bukan melaksanakan polisi itu kerana tamatkan kuasa atau dendam.


Akhbar muka hadapan kelmarin. Bayangkan jika ini akhbar Utusan dan gambar Anwar begini ketika beliau sudah pun menjadi Perdana Menteri.

Seperti mana kita tahu, Morsi sudah pun menjadi Presiden namun media massa Mesir masih menganggap Morsi pembangkang dan tajuk-tajuk akhbar masih menghina beliau. Namun Morsi tidak melayan kerenah-kerenah bodoh itu terus dengan agenda beliau iaitu menyelamatkan Mesir daripada kembali ke zaman rejim.

Jika Morsi adalah diktotor, sudah tentu akhbar yang menyiarkan berita-berita yang menghina Morsi itu dikenakan tindakan. Dan jika Morsi itu tidak demokrasi, sudah tentu para pendemo itu dihalau dan ditangkap. Lihat sahaja tindakan Morsi, walaupun beliau mempunyai penyokong sehingga mencecah 6 juta yang pernah berhimpun tanda menyokong beliau, namun beliau tetap tidak mahu bertembung dengan pendemostran yang anti beliau. Buka kerana takut, tetapi menjaga keamanan Mesir.


Dibelakang aku itu adalah pejabat Kerajaan. Jika di Kelantan namanya adalah wisma persekutuan dan di hadapan bangunan inilah pendemostran berkumpul.

Oleh yang demikian, maka aku berharap kita semua tidak mudah menerima maklumat dan mempercayai berita-berita di internet, Sedangkan media Mesir sendiri masih mengeluarkan berita palsu apatah lagi media daripada CNN atau TV3. Ayuhlah kita semua berdoa moga-moga konspirasi Zionis dan Amerika tidak akan berjaya. Semoga Mesir akan berjaya seperti mana Turki. Wallahualam.

1 comment: