Friday, December 28, 2012

Demo: Sebat Isa Samad, Selamatkan FELDA

 
KEMASKINI
KUALA LUMPUR: 3.20 pm- Salahudin berucap sejurus selesai menyerahkan memorandum. Melahirkan kekecewaan kerana Isa takut untuk turun menerima sendiri memorandum tersebut.

"Kita datang dengan baik, tanpa provokasi. Kita kecewa kerana bukan Isa yang menerima memorandum hari ini," kata Salahudin.

Mazlan juga turut sekali lagi menyampaikan ucapan.

"Sepatutnya tidak ada masalah pada kita. Kita sudah hantar surat awal menyatakan hasrat kita untuk menyerahkan memorandum.
"Tetapi Isa takut, sehingga tidak sanggup menerima memorandum daripada kita," kata Mazlan.

Himpunan kemudiannya bersurai kira-kira jam 3.30 petang selepas bacaan doa oleh Ust Mohd Nor.

3.10 pm - Polis membenarkan beberapa pemimpin melepasi sekatan untuk menyerahkan memorandum.

Gambar: Beberapa pemimpin himpunan dibenar masuk menyerahan memorandum.

Kelihatan Salahudin bersama Mazlan Aliman masuk untuk menyerahkan memerandum tersebut. Bagaimanapun memorandum itu hanya diterima oleh pegawai Felda di luar pagar. Sebelum ini mereka menyatakan harapan agar Isa sendiri menerima memorandum tersebut.


2.40 pm - Lebih 2000 orang sudah memenuhi perkarangan luar pagar Ibu Pejabat Felda Jalan Semarak. Sambil membawa kain rentang bantahan terhadap Isa, mereka juga melaungkan 'Undur Isa'

Sementara menunggu kebenaran menyerahkan memorandum, beberapa pimpin turut berucap kepada para peserta yang hadir. Dr Hatta dengan berkerusi roda menyampaikan ucapan di hadapan Wisma Felda.


"Isa Samad pernah disabitkan dengan rasuh politik, tetapi beliau masih diberi memegang jawatan Pengerusi Felda.
"Pengerusi Felda adalah jawatan yang besar, perlu orang amanah dan bersih.
"Kita cintakan Felda. Kita mahu Felda menjadi milik peneroka sepenuhnya, tetapi sekarang menjadi milik korporat," kata Dr Hatta.


2.30 pm- Peserta himpunan kini tiba di Wisma Felda. Polis menghalang beberapa peserta yang cuba mendekati pintu pagar.

Penganjur kini sedang berbincang dengan pihak keselamatan bagi membenarkan beberapa wakil mereka masuk menyerahkan memorandum. 2.20 pm- Peserta himpunan kini sedang bergerak menuju ke ibu pejabat Felda. Kira-kira 100 orang penyokong pemuda yang dipercayai penyokong Umno dilihat berhimpun bagi menghalang perserta himpunan ke pejabat Felda. Polis juga membuat sekatan di hadapan pintu masuk ke pejabt Felda.

2.10 pm- Hampir 1000 orang sudah berada di perkarangan Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur Jalan Semarak menyertai Himpunan Oren Selamatkan Felda 2.0 hari ini. Difahamkan mereka akan bergerak ke Ibu Pejabat Felda yang kira-kira 500 meter dari masjid tersebut sebentar lagi bagi menyerahkan memorandum kepada Pengerusi Felda Tan Tan Sri Isa Samad.

Di perkarangan masjid ketika ini sedang berlangsung ucapan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Antara pimpinan yang kelihatan setakat ini termasuklah Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, AJK PAS Pusat Dr Hatta Ramli, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman

Himpunan hari ini adalah anjuran Gerakan Selamatkan Felda (GSF) yang diketuai Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman. Kelihatan juga, patung berwajah mirip Isa turut diarak oleh peserta dengan di ikat pada kayu dan seorang peserta dilihat memegang rotan dengan gaya mahu memukul belakang patung tersebut.

3 comments:

Unknown said...

adoiiii sakit

Anonymous said...

wa tabik kat puak puak ni. sebelah pusat latihan polis tuuuuu...........

Anonymous said...

Bodoh btul!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails