Saturday, December 22, 2012
Hutang RM500B, M'sia Diambang Bankrap -M/Sabu
Gambar: Mohamad menandatangani plak perasmian Pasti dan Surau As-Sakinah di Kampung Gong Tengah, Merang.
SETIU: Kerajaan Pakatan Rakyat bakal menanggung bebanan hutang melebihi RM500 bilion jika Umno dan Barisan Nasional (BN) kehilangan kuasanya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata kerajaan Pakatan Rakyat dapat Putrajaya pun tidak seronok sebab negara ini di ambang bankrap.
Ini kerana, katanya, hutang negara kini mencecah lebih RM500 bilion di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurutnya, sewaktu pemerintahan bekas PM terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi hutang negara berjumlah RM250 bilion.
“Ini bermakna, hutang negara tiga tahun di bawah Perdana Menteri Najib mengatasi jumlah hutang yang dibuat oleh lima PM terdahulu,” jelasnya ketika berucap pada majlis minum petang sempena perasmian Pasti dan Surau As-Sakinah di Kampung Gong Tengah, Merang, petang semalam. (IH)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Nasihat ikhlas kepada PR, jangan pulun nak ambil alih pemerintahan Malaysia, dah la duit tak dak yang tinggal hampa nak rompak, hutang pula biliun-biliun tu hampa kena tanggung pula! Bagi 'walk-over' gerenti hampa tak susah punya! kan...kan...kan..?
Takpa...hutang tu akan dikutip dari perompak-perompak yang telah merompak harta negara selama 55 tahun. Akaun mereka baik di dalam negara atau swiss bank akan dibekukan kerana ianya adalah 'ill gotten' dan 'illicit money flow' dan hasil dari 'money laundry'. Mereka juga akan di pastikan menetap di Bamboo River Resort untuk mengatasi masalah ketagihan Rasuah yang tegar dan atasi Hobi buruk membunuh orang Monggolia tanpa sebab!!
Tak pe nuar aljuburi banyak rompak simpan d luar negara boleh bawa balik.
Post a Comment