Saturday, December 08, 2012

Inilah Contoh Bahagianya Cinta Selepas Berkahwin


Ally: 'Cinta selepas kahwin lebih indah'
Ally dan Farah disatukan pada 20 Januari lalu di Masjid Kristal, Kuala Terengganu.

Ally: 'Cinta selepas kahwin lebih indah'
Ally bersama isterinya Farah.

INI suatu contoh kisah cinta selepas berkahwin. Walaupun tidak menjalinkan hubungan cinta sebelum berkahwin, namun pasangan ini berjaya membuktikan pilihan keluarga mampu memberi kebahagiaan. Bagi pengacara terkenal, Ally Iskandar, tidak pernah mengungkap rasa cinta sebelum disatukan bukanlah halangan untuk membahagiakan isteri tercinta, Nurfarahin Romli, 22.

Membina bahtera rumah tangga bersama insan pilihan keluarga, Ally atau nama sebenarnya, Ally Iskandar Mirdza Mohd Radzi, 36, tidak pernah menduga mampu memiliki insan istimewa seperti Farah sebagai pendamping hidup. Malah, bagi Ally, hubungan yang dibina tanpa berpandukan cinta sebelum kahwin ini mampu memberikan seribu satu nikmat buatnya.

"Alhamdulillah, saya menerima jodoh yang ditentukan keluarga dan terbukti mereka membuat perkara tepat dalam memilih Farah sebagai isteri. Walaupun sudah hampir setahun hubungan perkahwinan ini, namun ia masih 'baru' dan indah.

"Mengenali Farah membuatkan saya kenal diri sendiri. Segala kelemahan dan kekurangan sama-sama kami perbaiki dalam kehidupan. Kami sama-sama belajar memahami diri masing-masing dan cuma memberikan yang terbaik.

"Maklumlah, cinta kami disemai selepas kahwin, jadi di saat ini kami masih bercinta. Namun bagi saya, cinta selepas kahwin lebih indah berbanding cinta tanpa ikatan," katanya yang disatukan pada 20 Januari lalu di Masjid Kristal, Kuala Terengganu. (IH/SH)

No comments:

Post a Comment