Beliau membidas mufti-mufti yang mendesak Presidennya, Datuk Abdul Hadi Awang menarik balik "Amanat Haji Hadi" sambil menegaskan mufti tidak harus "bermain politik." Menurutnya, Presiden Pas memiliki ilmu yang lebih tinggi berbanding mufti kerana mempunyai kelulusan Madinah yang cemerlang.
Sehubungan itu katanya, para mufti tidak harus menganggap Hadi tidak mengetahui hukum-hakam agama Islam semasa mengeluarkan amanat itu.
"Saya membaca kenyataan beberapa orang mufti yang mendesak agar Presiden Pas menarik balik apa yang didakwa sebagai Amanat Haji Hadi.
"Saya kira, ilmu yang dimiliki oleh Presiden Pas tidak lebih rendah dari ilmu yang dimiliki oleh para mufti, bahkan beliau merupakan lulusan Madinah yang cemerlang.
"Jadi saya menyeru kepada para mufti, jangan beranggapan Presiden Pas sebagai orang yang tidak tahu hukum hakam," kata beliau dalam reaksinya diperoleh dari laman sosial Facebook.
Kelmarin, dua orang mufti termasuk Tan Sri Harussani Zakaria menggesa Abdul Hadi menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang dikeluarkan lebih tiga dekad lalu. Mengulas lanjut, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, mufti boleh berbincang dengan cara yang elok dan tidak perlu bermain politik.
"Mufti boleh berbincang jangan bermain politik partisan di dalam jubah mufti," katanya.
(IH/SH)
4 comments:
selama ni sendiri kata Islam dan politik tak boleh berpisah...
selama ni selalu kutuk alim ulamak sebagai ular mamak yang bisu...
tapi bila kena batang hidung sendiri, melatah pulak...
bila Nik Aziz nak jawab pendedahan dokumen rasuah bagi tanah seluas 10,256 ekar di Kelantan pada Ngeh Koo Ham & Nga Kor ming dari DAP???
Anak Kelantan buka tanah korang halau pulak? Mohon tanah tak dapat pulak?
agaknya PAS lupa ramai anak muda hari ni membesar era 80-an..
aku ingat lagi dulu PAS tuduh orang lain kafir sebab bekerjasama dengan parti diterajui bukan Islam.
PAS kata haram umat Islam pangkah calon bukan Islam..
HAri ni, PAS sendiri gugurkan perjuangan negara ISlam, ikut kehendak DAP dibuatlah negara Kebajikan (Sosialis).
Hari ni PAS bukan takat sokong, sanggup mati untuk pertahankan Karpal Singh..
Hari ni PAS akan sanggup menyalak kalau tuan dia DAP disentuh...
Tahniah!
Itu-itu salakan UMNO. sekok aja.
Nasihat tidak diperlukan oleh orang bijaksana dan tidak diambil oleh orang bodoh.
Post a Comment