Monday, December 31, 2012

Kawal Hamil Gereja Roman Katholik Bantah.

MANILA:Gereja Roman Katholik.membantah keras Presiden Filipina menandatangani undang-undang bagi menggalakkan kaedah pencegahan kehamilan secara semula jadi dan buatan manusia di samping pendidikan seks serta program perancangan keluarga.

Timbalan jurucakap Presiden, Abigail Valte berkata, Presiden Benigno Aquino III menandatangani undang-undang itu pada 21 Disember lalu tetapi pengumuman mengenainya hanya dibuat semalam ekoran isu tersebut dianggap sensitif di Filipina.

Menurut Valte, perkembangan tersebut "menamatkan percanggahan (pendapat) ketara dalam sejarah negara kami" dan "membuka peluang jalinan kerjasama dan perdamaian" dalam kalangan mereka yang menentang dan menyokong undang-undang itu.

Bekas Presiden Persidangan Biskop Katholik Filipina, Bsikop Besar (Besara) Oscar Cruz yang mengecam kerahsiaan dalam menandatangani undang-undang tersebut.
Tegasnya, Aquino III berbuat demikian kerana malu dan takut akan akibatnya. Gereja Katholik menganggap undang-undang itu tidak bermoral dan akan menggalakkan seks bebas.
Undang-undang itu ditandatangani bagi mengekang pertambahan penduduk Filipina yang kini berjumlah 94 juta orang. (IH)

1 comment:

Anonymous said...

Saya dah kahwin selama 23 tahun. Tapi saya hanya punya 6 orang anak. Kini isteri saya pun dah berhenti period. Tak mungkin dapat anak lagilah.
Selama berkahwin, purata saya akan menyetubuhi isteri saya sebanyak 3 kali seminggu. Maknanya selama 23 tahun berkahwin, saya telah menyetubuhi isteri saya lebih kurang 3,000 kali. Logiknya, saya boleh dapat 23 orang anak. Tapi daripada 3,000 kali persetubuhan itu, hanya 6 kali sahaja yang menghasilkan anak. Soalnya, apakah pencegahan hamil benar-benar perlu jika kita percaya kepada adanya Tuhan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails