Thursday, December 13, 2012
Kedai Gunting: PAS Buktikan Toleran Beragama.
Dr Fadzli, Takiyudin dan Anuar Tan dalam sidang media hari ini
KOTA BHARU: PAS buktikan toleransi beragama di Kelantan. Semua penguatkuasaan syarat-syarat Lesen Kedai Gunting Rambut MPKB yang berkaitan dengan Orang Bukan Islam ditangguhkan sementara sehingga satu kajian dan penilaian dibuat semula. Penguatkuasaan Undang-Undang Kecil Ke Atas Orang Bukan Islam yang telah diguna pakai sejak tahun 1991 itu ditangguhkan serta merta hari ini selepas mesyuarat exco bersetuju untuk berbuat demikian.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata penangguhan itu mengambil kira pandangan hasil perjumpaan wakil kerajaan negeri dengan pemimpin organisasi yang dianggotai masyarakat bukan Islam baru-baru ini.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat exco yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tengahari tadi. Katanya, kerajaan negeri sebelum inipun membuat dasar berhubung perkara itu pada tahun 1991 selepas diadakan perbindangan, perbincangan dan pandangan umum.
Peraturan dibuat ketika itu ekoran dari penyalahgunaan kedai gunting rambut unisex sebagai pusat aktiviti tidak sihat termasuk pelacuran di Kelantan.
“Hasil perbincangan akhirnya penguatkuasaan syarat-syarat kedai gunting rambut misalnya dibuat setelah ianya dipersetujui.
“Bagaimanapun, pada tahun ini selepas 21 tahun ianya berjalan, isu yang melibatkan perkara yang sama timbul semula, maka cara yang kita buat sama juga, iaitu perundingan,”ujarnya.
Sambungnya, sebelum keputusan kerajaan negeri diambil hari ini, perbincangan dengan pimpinan organisasi masyarakat bukan Islam diadakan untuk mendapatkan gambaran atau hasrat mereka. Pertubuhan Gabungan Tionghwa Kelantan dan Dewan Perniagaan Cina Kelantan turut hadir baru-baru ini yang diwakili oleh pemimpin mereka.
“Selain itu juga kita turut mendapat pandangan dari pelbagai pihak, iaitu pihak kedua dan ketiga juga,”ujarnya.
Sambungnya, perkara itu dilaporkan dalam mesyuarat exco hari ini dan akhirnya keputusan telah diambil untuk diistiharkan keputusan kepada mereka berkenaan melalui dua orang lagi wakil anggota exco kerajaan negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah dan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan. (IH)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
'in the first place' yg pi buat undang2 kecil tu pasai apa?
penyalahgunaan kedai gunting rambut unisex sebagai pusat aktiviti tidak sihat termasuk pelacuran di Kelantan.
ada yg dibawa pi mahkamah?
Post a Comment