Saturday, December 15, 2012

Lagi, RM100,000 Unt Gaza -NGO Cakna Palestin


Nazri menyerahkan mok cek kepada wakil Palestin Ahmed Abu Ayesh An-Najjar - foto Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU: NGO ‘Cakna Palestin’ (Palestine Care International) menyumbang RM100,000 kepada Tabung Kecemasan Gaza bagi meringankan bebanan ditanggung rakyat Palestin. Sekretariat Cakna Palestin, pada upacara penyerahan Sumbangan Tabung Kecemasan Gaza  berlangsung di Medan Ilmu di sini pagi tadi, menyerahkan wang sumbangan itu kepada wakil Palestin Ahmed Abu Ayesh An-Najjar.

Beliau adalah Pegawai Khas Perdana Menteri Gaza, Palestin, Ismail Haniya. Ketua Sekretariat Misi Cakna Palestin Nazri Deraman pada kenyataan media khasnya pagi semalam berkata wang sumbangan itu hasil kutipan derma orang ramai di seluruh negara termasuk Kelantan. Cakna Palestin bertindak secara proaktif serta drastik melancarkan Tabung Kecemasan Gaza sejak 1 Muharram 1434 yang lalu.

“Kejadian menyayat hati berlaku di Gaza sejak awal Muharam lalu amat meruntun ummah.
“Tindakan kejam Yahudi Zionis ke atas penduduk Gaza meragut nyawa ramai rakyat Gaza khususnya kanak-kanak dan wanita.  Kira-kaira 184 orang mati syahid dan lebih 2,000 rakyat Palestin tercedera," katanya.

Nazri yang juga Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) turut memaklumkan menerusi tabung dana tersebut bantuan juga diberikan kepada  usaha membina dua buah masjid di Palestin dan membantu lima pelajar IPTA rakyat Palestin yang menuntut di  universiti di negara ini.

Dalam rangka menggerakkan sokongan rakyat, pihak Sekretariat Cakna Palestin mengatur ceramah khas disampaikan Ahmed Abu Ayesh An-Najjar dalam melawan kekejaman Yahudi Zionis itu. Melalui ceramah itu, rakyat negara ini berkongsi pengalaman pahit manis perjuangan rakyat Palestin khususnya yang dilalui Ahmed sendiri dalam ‘meredah peperangan’ di Gaza.

Di Kelantan sendiri, hari ini (Jumaat, 14 Disember) ceramah oleh Ahmed dan Sekretariat Cakna Palestin diadakan di Masjid Padang Padang Pak Amat, Pasir Puteh (selepas solat Jumaat), di Masjid Lama Semerak, Pasir Puteh (selepas solat Maghrib) dan di Kg Wakaf Bunut, Dewan Undangan Negeri Gaal, Pasir Puteh (selepas solat Isyak).

Menurut Nazri, orang ramai juga boleh terus menyumbang untuk tabung tersebut melalui akaun Cakna Palestin 0301 8010 1229 39 (Bank Islam), 0301 0000 9051 07 (CIMB), 5530 3803 3881 (Maybank) dan 3988 9949 14 (Public Bank).(Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails