Thursday, December 13, 2012
Musibatnya P/Hiburan, Pelacur Cemarkan Krismas!
PETALING JAYA – Tembelang pemilik sebuah pusat hiburan mempromosikan khidmat hubungan seks tanpa had selama 24 jam bersama pelacur dengan bayaran RM600 sempena sambutan Krismas pada 25 Disember ini terbongkar apabila premis itu diserbu di Kota Damansara di sini kelmarin.
Pelanggan boleh membawa pelacur yang disediakan oleh pusat itu ke tempat yang disukai tanpa sekatan oleh ‘majikannya’ dan boleh memilih sama ada mahu tidur dengan salah seorang daripada 20 wanita dari Thailand, Vietnam, Filipina atau wanita dari mana-mana negara yang ditawarkan.
Bagaimanapun, kegiatan persundalan sejak lima bulan lalu itu terbongkar apabila polis daripada Bahagian Cegah Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman menyerbu premis tersebut dan menahan 11 pelacur asing berusia antara 20 hingga 37 tahun.
Difahamkan, sembilan lagi wanita telah pulang ke negara masing-masing untuk memperbaharui pas lawatan sebelum kembali ke negara ini. Pegawai operasi, Inspektor Muhammad Mohd. Jais berkata, ketika serbuan, terdapat 15 pelanggan sedang asyik berhibur bersama pelacur di situ.
“Siasatan mendapati pelanggan boleh membawa pulang pelacur terbabit untuk melakukan seks tanpa sekatan dengan bayaran antara RM300 hingga RM600 semalam selain menjadi teman sosial,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Komen Weblofg Ibnu Hasyim: Islam agama bagi Persekutuan Malaysia (Pasal 3 Perlembagaan)? Malu kepada agama Kristian, kalaupun tak malu kepada Allah SWT yang menciptakan bumi Malaysia ini! Itulah antara musibat Pusat Hiburan yang dibelai dan tidak mahu dibersihkan oleh sistem perundangan Malayisa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment