Thursday, December 13, 2012
Najib & 1M4U Masih Tak Tentu Hala?
PUTRAJAYA:: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan sebanyak 100 buah pusat outreach 1Malaysia For Youth (1M4U) akan diwujudkan di semua institusi pengajian tinggi di negara ini secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2013 untuk merancakkan gerakan sukarelawan tersebut.
Najib berkata, kerajaan melalui 1M4U akan menganjurkan Konvensyen Sukarelawan Nasional 2013 pada Februari tahun depan untuk mengumpul semua ahli sukarelawan yang aktif dalam negara ini untuk berbincang mengenai hala tuju gerakan tersebut.
"Bagi merancakkan kegiatan sukarelawan di semua pusat outreach tersebut, 1M4U akan memberi sumbangan geran sebanyak RM5,000 kepada setiap pusat itu.
"Kita juga akan memberi penganugerahan kepada pusat outreach yang aktif termasuk mewujudkan anugerah khas Tokoh 1M4U," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pertemuan bersama para peserta akhir Pertandingan 1M4U My Uni Rocks di sini semalam.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Najib umum wujudkan sebanyak 100 buah pusat outreach 1Malaysia For Youth (1M4U) dan akan memberi sumbangan geran sebanyak RM5,000 kepada setiap pusat itu, bagi membincang mengenai hala tuju gerakan tersebut.
RM1/2 juta peruntukan, baru nak bncang hala tuju? Memng IM4U masih tak tentu hala? Aparaaa.. Najib..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment