Tuesday, December 18, 2012

Najib & Dr M Akan Tinggalkan Negara Ini -Husam




 KL: Datuk Seri Najib dan Tun Dr Mahathir, sibuk untuk meninggalkan negara ini..Begitu, PAS penuh keyakinan, perpindahan kuasa yang akan berlaku dalam pilihan raya ke 13 nanti bakal berjalan dengan penuh keamanan. Pihak istana akan memanggil pimpinan Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan seawal jam 10 malam hari pilihan raya nanti.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa membayangkan, pihak istana akan memanggil pimpinan Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan seawal jam 10 malam hari pilihan raya nanti.

"Ketika itu, Datuk Seri Najib dan Tun Dr Mahathir sibuk untuk meninggalkan negara kerana bimbang dengan kesalahan masa lalu mereka.
"Manakala rakyat keseluruhannya menyambut perubahan kerajaan dengan gembira," kata Husam dalam satu majlis bersama jentera pilihan raya PAS di Kota Bharu baru-baru ini.

Senario ini disebut sekali lagi oleh Husam yang juga Pengarah 'Roadmap  to Putrajaya' PAS ini kepada Harakahdaily. Oleh kerana semua rakyat menyambut baik perpindahan kuasa ini, beliau yakin semua pihak yang mendokong negara termasuk angkatan tentera dan polis tidak akan bertembung dengan kehendak rakyat.

"Apabila rakyat membuat keputusan yang jelas memberikan mandat kepada Pakatan, saya yakin semua aparatus negara akan bersama rakyat kerana terlalu tinggi risiko yang diambil kalau mereka tidak bersama rakyat," kata Husam penuh keyakinan.

80 kerusi

Maklumat terbaru yang beliau terima menunjukkan BN bakal mendapat hanya sekitar 80 dari 122 kerusi Parlimen sahaja dalam pilihan raya ke 13 nanti. Beliau juga diberitahu, para pengundi Melayu juga sudah berubah termasuk di kawasan Felda seiring dengan  kajian yang dibuat oleh sebuah badan di Selangor.

"Apabila ini berlaku, masalah yang bakal dihadapi oleh PAS dan parti-parti dalam Pakatan adalah menghadapi permohonan berbondong-bondong para wakil rakyat BN untuk menyertainya.

"Kita tidak akan mempunyai masa yang cukup untuk menapis mereka sedangkan kita perlu membuat keputusan segera," kata Husam yang merupakan antara pakar strategi PAS itu.

Sebelum ini, Husam yang mula-mula mencadangkan agar negeri-negeri Pakatan membuat pilihan raya berasingan dari kerajaan pusat jika tarikh yang dipilih BN tidak sesuai dengan Pakatan. Akibatnya, Selangor bertegas tidak mahu mengadakan pilihan raya awal dan menghalang Najib dari menetapkan tarikh pilihan raya bersendirian.

Oleh itu, bagi Husam, apa yang berlaku sekarang mencapai sasaran kenyataan beliau hari itu iaitu BN perlu berunding dengan Pakatan dalam menetapkan tarikh pilihan raya atau menolaknya sehingga ke hujung waktu.
(IH)

10 comments:

Anonymous said...

hebat sungguh mimpi basah para politikus pakatan nih...

teruskanlah dgn mimpi basah korang tu. kajian lah, hapelah, tah sape2 tah yang buat nak menyedapkan ati korang. macam mimpi konon2 16 September kerajaan BN tumbang. sampai ke sudah tak menjadik...

boleh la buat bacaan ringan time tgh2 boring nih...

Anonymous said...

pecacai mmg sakit telinga dan mata bila lihat kebangkitan rakyat sekarang...insyaallah PR akn tawan Putrajaya jika PRU dijalankan tnpa penipuan dr SPR...kebenaran akan mengatasi kebatilan...

Anonymous said...

Amin...semoga termakbul penyerahan pemerintahan BN kepada Pakatan Rakyat.Allahhuakbar!

Anonymous said...

Nasib baik x jd....kalau tk korang dh dok bwh pakatan rakyat..

Anonymous said...

Pengerusi r.map ka,apa yg dia buat....

Anonymous said...

Ya Allah..selamatkanlah kami dari manusia yang membawa fahaman pluralisma..kami lemah wahai Allah..satukanlah hati dan fikir pemimpin2 kami yang berteraskan islam ASW sebagaimana dibawa oleh nabi s.a.w..dan bangkitkanlah kekuatan iman hamba2mu untuk bangun mempertahankan agama islam yang telah kau redhai

Anonymous said...

mata pencacai dah juling tu

Khalid Al-walid said...

sedih penyokong PR tak nampak kemenangan mereka Hanya akan memenangkan Dap dan Kristian Sahaja..lagi lagi kalau anwar jadi PM..DAP dah lama pegang anwar sebab semua rahsia dia ada dalam tangan Peguamnya iaitu dari DAP..bila PR menang anwar akan jd PM dan DAP mengkudakan Anwar dari belakang tabir..tak pelik ke napa DAP pun Nak anwar jadi PM?sebab mereka tahu meraka boleh kawal Anwar..buka mata wahai saudara IslamKU

Unknown said...

wooW!

Anonymous said...

Tidak semudah itu UMNGOK-BeEnd akan menyerahkan kuasa pemerintahan, mereka akan pertahankan sehingga ke titisan darah yang terakhir lagipun raja-raja melayu kebanyakkan adalah pro umngok walaupun mengaku neutral silap haribulan dia orang paksa pakatan rakyat dan umngok tubuh kerajaan perpaduaan kalau tidak tak boleh tubuh kerajaan. Banyak lagi cara umngok dan raja-raja melayu ni boleh buat untuk halang pakatan rakyat dari tubuh kerajaan antaranya Yang Dipertuan Agong ada kuasa untuk isytihar darurat tanpa nasihat perdana menteri dan kuasa tentera adalah dibawah raja-raja melayu. Umngok lahir dalam istana dan Najib adalah golongan bangsawan takkan raja-raja melayu nak biarkan umngok dan Najib mampus.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails