Galloway kritik larangan pakai hijab di Parlimen Britain
LONDON: Kekangan baru terhadap hijab dipakai wanita Islam di Dewan
Rakyat Britain dikritik ahli Parlimen, George Galloway semalam.
Galloway yang mewakili kawasan barat Bradford dan mempunyai populasi
besar pelbagai etnik berkata, peraturan itu akan mendiskriminasi wanita
Islam.
Peraturan bagi setiap orang yang bekerja di Parlimen
menetapkan: “Anda perlu membuka sebarang penutup yang menutup muka.”
Galloway berkata: Semua orang tahu perlunya kawalan keselamatan.
“Namun, peraturan ini seperti satu paksaan dan mengelirukan saya. Kita
hidup dalam masyarakat berbilang agama dan perlu sensitif mengenainya,”
katanya.
Bagaimanapun, seorang ahli Parlimen berkata, ia mungkin lebih baik
untuk pelawat: “Ia mungkin lebih baik jika mereka disapa seseorang
dengan wajah yang dapat dilihat dengan jelas,” katanya. - DM
No comments:
Post a Comment