Muka depan Sinar Harian edisi Perak hari ini.
KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan akui sudah dimaklumkan terdapat pimpinan
Dap yang memegang saham syarikat yang menjalankan projek usaha sama di
Hutan Simpan Relai, Gua Musang diluluskan kepada Yayasan Islam Kelantan
(YIK).
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk
Mohd Amar Nik Abdullah bagaimanapun berkata, keputusan persetujuan
dibuat tanpa dipengaruhi kedudukan dalam politik sebaliknya berdasarkan
perjanjian perniagaan.
“Kita tidak ambil soal politik, sebaliknya urusan perniagaan sahaja,
sebab itu kita tidak mengambil kira sama ada dia DAP ke, dia MCA, dia
Umno pun tak jadi masalah, sebab sebelum ini pun banyak yang kita tahu
latar belakang dan kita luluskan, sebab ia perniagaan.
“Kalau ia (syarikat) ada kemampuan, mengikut prosedur, tak ada masalah
walau siapa pun, kita juga, malah kita juga bagi kepada (usahawan) Tan
Sri Syed Mokhtar al-Bukhary, kenapa tidak persoalkan?,” katanya kepada
media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kota Darul Naim di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan sebuah akhbar yang
memetik sebuah blog yang menyatakan terdapat tanah di Gua Musang asalnya
diserahkan oleh Kerajaan Negeri kepada YIK pada 13 September 2000 dan
telah dipajak oleh syarikat Upayapadu Plantation.
Dakwanya, tanah itu diberikan kepada dua Adun DAP itu sebagai balasan
pelantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar
Perak selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) lalu.
Mohd Amar juga Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri berkata, tanah itu
diluluskan kepada sebuah syarikat untuk menjalankan projek pembangunan
tetapi gagal dan ia diambil semula oleh YIK.
Menurutnya, selepas itu syarikat Upayapadu Plantation pula
menandatangani perjanjian dengan YIK untuk memajukan tanah itu namun
mengalami nasib sama apabila gagal melaksanakan projek pembangunan di
situ.
“Bila Upayapadu ambil alih, dia mulakan separuh jalan, lepas itu
syarikat ada masalah, jadi projek itu macam tertangguh. Bila tertangguh
nak pergi tak boleh dia mencari rakan kongsi baru, atau jual saham itu,”
katanya. (IH/SH)
No comments:
Post a Comment