Tuesday, December 25, 2012

Seorang Maut, Bantah Rogol Ganas Di India. Islam?

BEBARAPA penunjuk perasaan menolak sebuah kereta dalam tunjuk perasaan membantah seorang pelajar wanita dirogol di New Delhi semalam.

NEW DELHI - Satu tunjuk perasaan yang membantah kejadian rogol dan pencabulan bertukar menjadi ganas di sini semalam apabila polis tertembak mati seorang wartawan semalam. Sebelum ini seorang wanita yang berusia 23 tahun yang dirogol dalam sebuah bas pada 16 Disember lalu kini berada dalam keadaan kritikal di sebuah hospital.

Dia dicampak dari sebuah bas selepas dirogol oleh enam lelaki. Polis menyatakan, enam lelaki yang dipercayai melakukan kejadian tersebut telah ditangkap. Bagaimanapun, ribuan orang, kebanyakannya pelajar, mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan itu manakala parti Kongres yang memerintah berjanji akan bertindak dengan segera terhadap kumpulan perogol itu.

Jalan-jalan raya menuju ke Istana Presiden dan ibu pejabat kerajaan disekat namun, kumpulan penunjuk perasaan cuba untuk merempuh sehingga mengakibatkan pertempuran dengan anggota polis berlaku dengan menyebabkan sejumlah orang cedera, lapor agensi berita IANS. Polis menggunakan gas pemedih mata dan meriam air ketika para penunjuk perasaan mendekati sekatan yang dibuat anggota-anggota pihak berkuasa.

"Beberapa samseng mengetuai penunjuk perasaan untuk supaya melanggar undang-undang. Kami merayu kepada para penunjuk perasaan untuk tidak bersatu dengan mereka (samseng-samseng itu) dan mengadakan tunjuk perasaan secara aman," kata seorang pegawai polis Delhi, Dharmendra Kumar.

Menurutnya, semua permintaan para penunjuk perasaan sudah dipenuhi pemerintah. "Mereka (para penunjuk perasaan) sepatutnya membenarkan kami untuk melakukan tugas kami," tambahnya.

Sebelum ini, pihak pemerintah menyatakan perbicaraan kes rogol akan dipercepatkan mulai 2 Januari depan manakala kawalan polis dipertingkatkan bagi melindungi keselamatan wanita. Pihak pemerintah juga menyatakan ia akan mengambil langkah-langkah untuk memperkenalkan hukuman yang lebih tegas terhadap pesalah rogol. Kebanyakan penduduk menuntut hukuman mati terhadap pesalah rogol.

Ketika ini hukuman kesalahan merogol ialah hukuman maksimum penjara seumur hidup. Presiden Kongres Kebangsaan India, Sonia Gandhi yang mengetuai perikatan parti yang memerintah India menemui sekumpulan penunjuk perasaan dan berjanji akan mempercepatkan hukuman terhadap pesalah yang merogol wanita tersebut.

Menurut data polis, sebanyak 661 kes rogol dilaporkan di New Delhi sejak Januari lalu. Para aktivis menyatakan, sekurang-kurangnya 40,000 kes sedang menunggu untuk diselesaikan di mahkamah. 

Sementara itu, Wartawan penyiaran itu tertembak selepas polis melepaskan tembakan dalam tunjuk perasaan yang diadakan di Imphal, timur laut India. Jurucakap polis berkata, wartawan tersebut membuat liputan tentang tunjuk perasaan bagi meminta pencabul seorang aktres India ditangkap. - Agensi

Komen Weblog Ibn Hasym: Elok juga kita lihat hukum rogol pada pandangan Islam. 

Hukuman Islam Berkenaan Rogol

Soalan:
Apakah hukum atas jenayah rogol dalam Islam?

Jawapan:
Rogol ialah jenayah yang hina dan dosa besar. Jenayah terkutuk ini dilarang bukan sahaja dalam Islam tetapi dalam semua agama, dan semua manusia yang berfikiran waras dan naluri manusia yang suci menolaknya.

Menjawab persoalan tersebut, pensyarah Islam Saudi terkenal dan penulis Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan yang berikut:

Perkataan Arab ightisab (rogol) merujuk kepada mengambil sesuatu secara salah dengan kekerasan. Perkataan itu sekarang digunakan khasnya untuk merujuk kepada pencabulan terhadap maruah wanita dengan kekerasan.

Rogol ialah satu jenayah yang hina yang dilarang dalam semua agama dan dalam minda semua manusia baik dan mereka yang memiliki naluri manusia yang suci. Semua sistem dan undang-undang dunia menganggap perbuatan ini sebagai hina dan mengenakan hukuman paling berat atasnya.

Islam mempunyai pendirian jelas yang menyatakan yang perbuatan terkutuk ini haram (dilarang) dan mengenakan hukuman pencegahan atas seseorang yang melakukannya.

Islam menutup pintu kepada penjenayah yang ingin melakukan jenayah ini. Kajian barat menunjukkan kebanyakan perogol ialah penjenayah sedia ada yang membuat jenayah mereka dibawah pengaruh alkohol dan dadah, dan mereka mengambil kesempatan atas keadaan mangsa mereka berjalan sendiri di tempat terlindung atau tinggal sendirian di rumah. Kajian itu juga menunjukkan apa-apa yang penjenayah saksikan di media dan gaya pakaian separuh-bogel yang perempuan pakai semasa keluar juga mendorong kepada perlakuan jenayah hina ini.

Hukum Islam datang untuk melindungi maruah dan kehormatan wanita. Islam melarang perempuan memakai pakaian yang tidak sopan. Bahkan, Islam menggalakkan lelaki dan permpuan muda berkahwin awal, dan banyak lagi hukum yang menutup pintu rogol dan jenayah lain. Maka tidaklah mengejutkan apabila kita dengar atau membaca yang kebanyakan jenayah ini berlaku dalam masyarakat yang bebas, yang dipandang oleh sebahagian Muslim sebagai contoh ketamadunan dan kecemerlangan! Perlu dinyatakan disini yang di Amerika , contohnya, Amnesty International menyatakan dalam satu laporan 2004 yang bertajuk “Hentikan Keganasan Terhadap Wanita” yang setiap 90 saat seorang wanita dirogol sepanjang tahun itu.

Hukuman rogol dalam Islam sama dengan hukuman zina, iaitu rejam jika penjenayah berkahwin, dan satu ratus sebatan dan buang negeri untuk satu tahun jika dia belum berkahwin.

Disamping itu, Ibn `Abdul-Barr (semoga Allah merahmati ruh nya) berkata:

Para ulama bersepakat bersetuju yang perogol tertakluk kepada hukuman hadd jika terdapat bukti jelas terhadap nya yang dia sepatutnya diberi hukuman hadd, atau jika dia mengakui. Sebaliknya, dia dihukum (iaitu, jika tiada bukti yang hukuman hadd untuk zina boleh dilaksanakan terhadapnya kerana dia tidak mengakui dan tiada empat saksi, maka hakim boleh menghukumnya dan menetapkan satu hukuman yang akan mencegahnya atau yang lain sepertinya). Tiada hukuman untuk perempuan jika benar yang lelaki memaksanya dan mengatasinya. (Al-Istidhkaar, 7/146).

Disamping itu, perogol itu tertakluk kepada hukuman hadd untuk zina, walaupun jika rogol itu tidak dilakukan dengan pisau atau senapang. Jika senjata digunakan untuk mengancam, maka dia ialah muharib, dan tertakluk kepada hukuman hadd yang dinyatakan dalam ayat Allah berfirman  
  • Sesungguhnya pembalasan terhadap orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuat kerusakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik, atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya). Yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka didunia, dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar) (Al-Ma’idah 5:33).
Jadi hakim mempunyai pilihan empat hukuman yang disebutkan dalam ayat ini dan boleh memilih mana-mana yang beliau fikirkan paling sesuai untuk mencapai matlamat, iaitu untuk menyebarkan keamanan dan keselamatan dalam masyarakat, dan mencegah penjenayah dan pencabul.

Terjemahan daripada: Islamic Punishment for Rape
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1125407868541&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaEAskTheScholar

Hukuman Untuk Perogol

Soalan:
Dalam Shari`ah, adakah terdapat hukuman tertentu untuk perogol?

Jawapan:
Menurut Islam, wanita yang dirogol tidak bersalah akan sebarang dosa kerana dia dipaksakan melampaui kawalannya. Menekankan hal ini, Rasulullah (SAW) diriwayatkan bersabda,  
  • “Allah memaafkan Ummah ku kesalahan mereka,apa yang mereka terlupa dan apa yang mereka dipaksa lakukan.” 
Jadi, wanita yang dirogol ialah mangsa dan seluruh ahli masyarakatnya sepatutnya berurusan dengannya dengan hormat dan mulia dan sepatutnya menggalakkannya untuk mendapatkan haknya melalui semua cara yang mungkin.

Menjawab soalan anda, kami ingin memetik untuk anda fatwa berikut yang dikeluarkan oleh Dr. Ahmad Yusuf Sulaiman, professor undang-undang Shari`ah Islam di Universiti Kaherah:

Jika seorang perempuan dirogol, dia sepatutnya menyaman terhadap orang yang merogolnya. Jika terbukti yang dia dirogol, maka mahkamah mesti mengenakan hukuman ta`zir (mengikut budi-bicara hakim) atas perogol. Hukuman ta`zir itu boleh mencapai hukuman mati, mengikut beberapa mazhab. Hal ini sama sekali berdasarkan atas bukti yang rogol itu disahkan melalui ujian perubatan dan proses mahkamah, tanpa pengakuan perogol itu sendiri.

Dalam kes yang perogol mengakui jenayah itu, maka hukuman zina dikenakan atasnya. Jika dia tidak berkahwin, maka dia disebat 100 sebatan. Jika dia berkahwin, maka dia direjam hingga mati.

Untuk mangsa rogol, tiada hukuman dikenakan atasnya. Dia mesti dilayan dengan mulia dan hormat, dan semua bentuk pertolongan mesti diberi kepadanya untuk mendapatkan haknya.


Terjemahan daripada: Punishment for Rapists

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1122819225850&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaEAskTheScholar


Lihat Sebelm ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails