Tuesday, December 04, 2012

Skandal Seks Di Mossad: Halal Bersetubuh Dg....

Redam asmara pendam rahasia

Satu:  Kisah Mantan agen Mossad Tzipi Livni. (theurbn.com)

Sorok Rasa Cinta, Pendam Rahsia.

SETELAH setengah tahun undur dari politik, awal bulan ini, nama Tzipi Livni menghiasi berita utama pelbagai media di seluruh negara Arab. Bukan kerana dia kembali ke tempat yang pernah menaikkan namanya, tetapi atas tuduhan skandal seks semasa  ia menjadi agen Mossad, agen rahsia luar negara Israel

Mantan ketua Partai Kadima ini sempat menjadi pemimpin pembangkang setelah tidak berhasil membentuk pemerintahan selepas pilihan raya Februari 2009. Jabatan perdana menteri akhirnya direbut oleh Benjamin Netanyahu yang berhasil menggandeng pemimpin Partai Yisrael Beitenu Aviddor Lieberman dan Eli Yishai dari Partai Shas.

Tuduhan itu dilontarkan oleh akhbar independen paling berpengaruh di Mesir, Al-Masri al-Yaum.  Dalam berita utama mereka, akhbar ini menulis judul "Livni: Saya pernah bercinta dengan tokoh-tokoh Arab buat konsesi politik."

Surat khabar the Times of Israel melaporkan berita itu, sekejap saja sudah heboh. Dalam sehari, berita bekas ketua Partai Kadima itu tersebar 20 ribu melalui media sosial Facebook dan mendapat 1,800 tanggapan melalui Twitter.

Harian Mesir itu mendasarkan berita mereka pada hasil wawancara Livni dengan akhbar the Times of London tiga tahun lalu. Ketika itu Livni mengakui pernah bercintar, namun dia membantah pernah berhubungan seks buat memudahkan tugasnya. 

"Tapi jika saya diminta untuk melakukan itu, saya tidak tahu apa yang akan saya katakan," ujar L, nama samaran Livni semasa bertugas di Mossad.

Orang-orang dekat Livni menyebut berita itu sangat tiada dasar. "Ada pihak-pihak yang takut Livni kembali ke politik kerana dia dapat membuat Israel kuat secara domestik dan internasional," ujar sumber-sumber itu.

Livni yang ketika itu berusia 22 tahun bekerja sebagai agen Mossad (jabatan rahsia luar negera Israel). Gadis dengan kode "L" ini merupakan anggota Bayonet, unit paling elite dalam Mossad yang bertugas sebagai pembunuh. Pada 1982, ia menjalankan misi rahsia di kota Paris, ketika ketegangan antara Israel dan Libanon sedang meningkat. Di kota ini pula banyak hidup para pejuang Palestin.

Bagi L, bekerja sebagai agen rahsia ibarat hidup dalam dua dunia. Ia mesti menjalani kehidupan normal saban hari namun mesti mengunci rapat identiti dirinya dari orang lain, bahkan dengan keluarga terdekat. Ayahnya, Eitan Livni, yang mengunjunginya di Paris terkejut hairan tidak pernah melihat puterinya itu ke pejabat.

Tapi L menikmati profesyennya itu. "Anda dipenuhi adrenalin sepanjang waktu namun saya kehilangan semua spontaniti saya. Anda perlu selalu fokus dan penuh perhitungan," katanya. 

Sarjana perundangan dari Universiti Bar Ilan, Tel Aviv, ini pun tidak ragu membunuh atas nama tugas negara. Namanya juga gadis normal. L pun tidak dapat menyembunyikan hasrat seksualnya. Ia merasa kesepian hidup di Paris yang dikenal sebagai kota romantis.

Dia sedar tidak boleh membina hubungan serius yang jujur. Meski begitu ia sempat bercinta sebentar. "Seperti memaksa diri anda tidak mabuk agar dapat mengontrol lisan," katanya.

L pun keluar dari Mossad pada 1984 setelah bergabung selama empat tahun. Ia berkahwin dan telah dikaruniai dua putera, Omri dan Yuval. Pada 1996. Ia mulai terjun ke politik melalui Partai Likud yang berhaluan keras. Ia juga ikut pindah ke Kadima saat mantan perdana Ariel Sharon mendirikan partai baru itu.

Livni kini telah merdeka, bebas memuaskan ghairah bercinta.

Pukat syahwat buat pengkhianat

DuaPembocor Rahsia Nuklear Israel, Mordechai Vanunu. (thesundaytimes.co.uk) 

Pukat Syahwat Buat Penkhianat.
SEMBILAN tahun terperap dengan nuklear dalam laboratorium reaktor Dimona di gurun Negev, selatan Israel, tidak membuat Mordechai Vanunu dingin terhadap perempuan. Mossad (Agen rahsia luar negeri Israel) faham benar soal itu.

Vanunu bekerja sebagai teknisyen nuklear di sana sejak 1976. Tiga tahun kemudian, dia mengambil kuliah jurusan geografi dan filsafat di Universiti Ben Gurion, Kota Beersheba. Di kampus, dia terlibat kegiatan politik yang menentang politik Israel terhadap Palestin, termasuk mengutuk Perang Libanon 1982. Dia akhirnya diberhentikan pada awal 1985 setelah ikut tunjuk perasaan menyokong terbentuknya negara Palestin. 

Sebelum keluar, dia berhasil mencuri dokumen program nuklear rahsia Israel serta menghasilkan 57 jepretan secara rahsia. Sebab itu, Mossad menggunakan agen perempuan cantik dengan nama sandi Cindy buat menjebak Vanunu. Perempuan bernama lengkap Cheryl Bentov itu menyamar sebagai pelancong asal Amerika Syarikat.

Hasilnya memang tidak mengecewakan. Vanunu yang ketika itu 32 tahun terpikat dengan paras menawan dan tubuh molek Cindy, seperti dilapor akhbar the Times.

Vanunu dituduh sebagai pengkhianat lantaran mempublikasikan projek nuklear Israel setelah wawancaranya dengan akbran the Sunday Times terbit awal September 1986. Masyarakat internasional yang sudah curiga terhadap Israel kian gempar lantaran Vanunu berani membuka rahsia itu. Sejak itu, Vanunu masuk daftar incaran nomor wahid Mossad.

Singkat cerita, Vanunu dan Cindy menjalin asmara. Namun, Mossad tidak maHu gegabah menangkap Vanunu di England. Jika itu terjadi, merosak hubungan kedua negara. Satu-satunya cara adalah bagaimana agar lelaki Yahudi keturunan Maroko itu keluar dari England. Itu menjadi tugas utama Cindy selanjutnya.

Di akte, perempuan kelahiran 1960 ini bernama Cheryl Hanin. Dia dilahirkan di keluarga keturunan Yahudi dan sempat tinggal di kota Pennsylvania dan Orlando, Negara Bahagian Florida, AS. Menginjak remaja, dia bersama orang tuanya pindah ke Israel. Di negara Zionis itu, di menemui pendamping hidup, agen Mossad bernama Ofer Ben Tov. Mereka berkahwin pada 1985 dan Cindy ikut direkrut serta dilatih menjadi pois rahsia..

Kelihaian Cindy membuat Vanunu terbuai. Akhir September 1986, keduanya sepakat terbang ke Ibu Kota Rome, Italy, buat liburan. Kapal intai milik Angkatan Laut Israel, INS Noga, diperintah bersiap di pantai Italiy. Dari bandar udara, Cindy bersama Vanunu menumpang taksi menuju sebuah apartemen yang sudah mereka sewa. 

Di apartemen itulah, tiga agen Mossad lainnya menunggu. Di sanalah Vanunu dilumpuhkan. Dia dibuat pingsan dengan suntikan obat bius. Tugas Cindy selesai sampai di situ. Malamnya, dengan minibas putih sewaan Kedutaan Besar Israel di Rome, ketiga agen Mossad itu membawa Vanunu ke dermaga. 

Lantas menumpang bot laju menuju INS Noga, yang akhirnya mendarat di pantai antara Ibu Kota Tel Aviv dan Haifa di Israel. Vanunu diadili secara rahasia, tanpa saksi dan pembela. Dia diivonis 18 tahun, termasuk 11 tahun dalam penjara isolasi. Dia dibebaskan pada 2004 dengan status tahanan kota.


Halal bersetubuh dengan musuhmu

Tiga:  Markas Besar Mossad Di Atas Bukit Di Ibu Kota Tel Aviv, Israel. (timeidol.com)

Halal Bersetubuh Dengan Musuhmu
Para agen rahsia dibekali prinsip menggunakan segala cara untuk memperoleh informasi soal kelemahan dan kekuatan musuh. Dari cara paling mengenakkan, seperti berhubungan seks, hingga menyiksa. Dasar itu pula yang harus dipegang pois rahsia Mossad (agen rahsia luar negera Israel). 

Tentu saja, seks menjadi senjata andalan kaum perempuan. Kerana itu pula, Rabbi Ari Shvat mengeluarkan fatwa: agen Mossad perempuan boleh bersetubuh dengan musuh untuk mencapai misinya. Kesimpulan rabbi dari Tzomet Institute itu berdasarkan hasil kajian yang dilapor awal bulan ini. 

"Dibolehkan berhubungan badan dalam beberapa kes ekstrem dan jarang jika itu merupakan solusi paling cepat dan efisien untuk memperoleh informasi atau menghentikan tindakan membahayakan negara," kata Rabbi Shvat, seperti disiar surat khabar Haaretz dua tahun lalu.

Ia mendasarkan fatwa pada cerita-cerita yang digali dari sejarah kaum Yahudi zaman dulu. Seperti yang dilakoni Ratu Esther yang melayani hasrat Raja Ahashverosh untuk menyelamatkan bangsa Yahudi pada tahun 500 Sebelum Masehi. Contoh paling mutakhir diterapkan terhadap pembocor nuklear Israel Mordechai Vanunu. 

Bekas teknisyen nuklear di reaktor Dimona itu berhasil ditahan di Ibu Kota Rome pada 1986 setelah terbuai bujuk rayu dan kehangatan tubuh agen Mossad perempuan. Sehubungan soal misi syahwat itu juga muncul dalam kes terbunuhnya salah satu pentolan Hamas, Mahmud al-Mabhuh di Dubai, United Emirat Arab, Januari tahun ini.

Yang disarankan memakai taktik seks adalah agen bujang. Mereka juga tidak perlu meminta izin rabbi untuk itu. 

"Jika perlu menggunakan agen bersuami, lebih baik suaminya menceraikan dia dulu. Setelah itu rujuk lagi," ujar Rabbi Shvat.

Tentu saja ada syarat mutlak agar misi syahwat itu berhasil. Agen perempuan mesti berwajah memikat dan memiliki lekuk tubuh mempesonakan. Dijamin korbannya akan bertekuk lutut. Dengan seks, kedua pihak sama-sama untung.

Ada kesempatan, kita sambung lagi kisah-kisah skandal seks di Mossad, agen rahsia Israel yang ganas itu. Insya Allah. (IH)

3 comments:

  1. HE!HE!HE!

    TAK ADA KISAH MAT SABU DENGAN MAH ?

    ReplyDelete
  2. ADUUHHH....PAK HASHIM.... CERITA SEKS LAGIII.....!!!! TAK BOLEH KAH KALAU TAK ADA CERITA SEKS...??!!!

    ReplyDelete
  3. Kerana kamu suka baca. he heh he.. baru epas mesyuarat ke.

    ReplyDelete