Monday, December 17, 2012

S'ngor Banyak Judi & Pusat Maksiat,Mengapa?



SHAH ALAM: Mengapa di Selangor masih banyak kegiatan judi haram dan pusar maksiat? Hal ini dapat dilihat apabila Kerajaan negeri Selangor hari ini meminta pasukan polis dan Tenaga Nasional Berhad bekerjasama untuk membanteras judi haram dan pusat maksiat di negeri ini.

Bagi mereka, badan penguatkuasaan pusat ini seharusnya menjadi penggerak utama dalam membendung aktiviti perjudian haram dan pusat hiburan di Selangor. Ini kerana kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terhad berbanding polis yang mempunyai kuasa bagi menahan pesalah dan membawa kes ke mahkamah. Begitu juga dengan TNB, dimana syarikat itu boleh memotong bekalan elektrik ke premis yang menjalankan perjudian bagi melumpuhkan operasi mereka, kata pegawai Kerajaan Negeri Selangor sebagaimana dilaporkan oleh Selangorku, media rasmi kerajaan negeri Selangor.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu Tian Khiew (gambar) berkata setakat ini, PBT di seluruh negeri sudah memainkan peranan dengan menyita premis dan merampas perkakas judi.

Tidak Keluarkan Lesen Judi Baru.

Malah, katanya, Kerajaan Negeri juga tidak mengeluarkan lesen bagi premis itu sejak tahun 2006 dan dasar itu diteruskan sehingga kini. Tegasnya, semua lesen bagi rumah urut dan pusat hiburan di Selangor dikeluarkan semasa pentadbiran Umno-BN sebelum ini bukan dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. Jika ada pun pusat yang baru, ia beroperasi secara haram tanpa lesen.

“Isu aktiviti premis berkenaan terletak pada penguatkuasaan, oleh itu polis lebih berkuasa daripada penguatkuasa PBT.
“Penguatkuasaan daripada polis adalah sangat penting berbanding PBT.
“Tetapi Umno-BN masih membangkitkan perkara ini sedangkan mereka tahu, bagi Kerajaan Negeri, pengeluaran lesen bukan daripada pihak kita,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan bahawa pusat judi tumbuh seperti cendawan di Selangor dan ini membimbangkan penduduk. Menurut akhbar tersebut premis-premis tersebut banyak terletak di Petaling Jaya, Klang, Sungai Buloh, Selayang, Batu Caves, Rawang, Gombak dan Kepong.

Manakala, Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) Azmizam Zaman Huri (gambar kiri) berkata undang-undang berkenaan bekalan elektrik perlu diketatkan di peringkat pusat bagi mengekang pertumbuhan premis judi haram.

Salahguna Lesen Premis

Beliau berkata premis perjudian haram sukar untuk dibendung kerana pengusahanya menyalahgunakan lesen premis.

“Kalau sekat lesen premis baru beberapa ratus sahaja. Tetapi mereka beroperasi sahaja tanpa lesen perniagaan.  Cuma perkara asas yang perlu dibekalkan adalah elektrik dan air.  Operasi ini (pembenterasan) dibuat oleh pihak polis dan dibantu oleh PBT,” kata Azmizam. (IH)

4 comments:

  1. Kalau dah memang kaki maksiat, kau tarik lesen semua pusat hiburan pun, dia orang akan buka premis haram. Di Kelantan tak banyak pusat maksiat, dia orang pergi ke seberang sana, ke Thailand.

    Jadi, daripada menyalahkan pihak-pihak tertentu elok Tuan berdakwah lebih gigih untuk mempertingkatkan keimanan di kalangan umat Islam di negara ini.

    ReplyDelete
  2. umno yang salah rasanya

    ReplyDelete
  3. Nak salah kerajaan UMNO dulu je x boleh gk kan.. sejak 2006.. so, dua tahun sblum PR ambil alih.. nak kata krjaan BN je yg salah.. Segala premis dan kbenarn pengeluaran lesen terletak d bwh bidng kuasa krjaan ngeri.. maknanya, kalau krjaan PR x suke byk2.. boleh je arah tutup.. ke nk terus slahkan BN tapi pada msa yg sma terus ambil cukai dr premis ni..
    nak main politik pon agk2 laa.. *maaf klau ayt agk kasar..

    ReplyDelete
  4. dah nama pun pusat hiburan haram... mmg secara haram laa dia bukak.... so klo xde aduan dari org rmai... xde tindakan boleh diambil... tp ni x jadi masalah, sbb kerajaan selangor perbanyakkan majlis2 ilmu dan dakwah, boleh menjauhkan dari maksiat

    ReplyDelete