KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Umno, parti yang diketuai sejak Mac 2009, sudah mengalami perubahan sepenuhnya dan kini bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang akan diadakan tahun depan.
Mesej beliau itu disambut dengan laungan para perwakilan parti agar Parlimen dibubar sekarang bagi mendapatkan mandat rakyat.
"Umno sudah berubah (sepenuhnya)," kata Presiden Umno dan Perdana Menteri ini memulakan ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno (AGM) 2012 di Dewan Merdeka hari ini.
[UCAPAN DASAR PRESIDEN UMNO 2012]
Ketika Najib mengajukan soalan sudah bersedia tiga kali, perwakilan dan pemerhati yang membanjiri Dewan Merdeka melaungkan, "bubar, bubar, bubar..."
Dengan senyuman Najib menjawab,"sudah bersedia? Sudah bersedia? Sudah bersedia?
Disambut perwakilan "sudah"
Bila? Esok? Tahun depan?," tambah Najib
Kemudian Najib berkata, beliau mahu dan yakin Umno akan kembali
bersidang di Dewan Merdeka tahun depan dengan membentuk kerajaan.
"Kita akan kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat dan kita
akan kembali berhimpun di dewan ini tahun depan dengan membentuk
kerajaan," kata beliau lagi.
"Jelas sekali terasa, parti kita telah semakin pulih semangatnya. Kita yakin bahawa jentera parti pula, daripada peringkat cawangan, bahagian, perhubungan sehinggalah ke peringkat Kebangsaan telah pun bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum yang bakal diadakan.
"Namun begitu, dalam pada kita sedang memupuk semangat juang yang marak dan membara ini, janganlah alpa pada kisah-kisah lalu.
"Beringatlah, Pilihan Raya Umum ke-12 Mac 2008 merupakan pengalaman yang sungguh pahit, sungguh kelat, dalam episod politik Umno dan Barisan Nasional," kata beliau.

Kata Najib, "apa yang pasti, kita tidak boleh banyak berbicara dan
bertangguh-tangguh lagi. Kita perlu memperhebatkan tindakan dan
menggandakan usaha."
Mandat Kerajaan Pusat akan berakhir 28 April depan. Ketika berucap pada sesi Taklimat Presiden kelmarin, Najib dikatakan
mengesahkan PRU13, yang sebelum ini Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin
Yassin menyifatkan sebagai "ibu segala pilihan raya", tidak akan
diadakan bulan depan.
AGM Umno tahun ini dilihat akan memberi tumpuan dan fokus mendalam ketika seluruh negara bersiap sedia untuk menghadapi PRU13. BN dan Umno, pada tahun 2008, diketuai oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi. (IH/SH)
1 comment:
bersedia utk jadi pembangkang dan masuk penjara...huhuhuu
Post a Comment