Saturday, January 07, 2012

Restoran, Nak Masuk Makan Kena Bogel.. Giler!

NUDE Restaurant, sebuah restoran pengunjungnya datang dan makan mesti dalam keadaan telanjang. Dengan mengusung slogan "No hot Soup" restoran yang hanya menyediakan 50 tempat duduk ini memang diperuntukkan untuk kalangan tertentu sahaja.

"Restoran ini biasanya hanya kami sewakan untuk private party, untuk kalangan sosialitas di kota ini," ujar John Ordover, manager restoran du New York.

Mengapa mesti bogel? "Kami hanya lakukan hal yang membuat tamu kami merasa nyaman di restoran kami. Bogel adalah satu keadaan yang membuat mereka merasa nyaman." ujarnya lagi.

sumber: kaskus.us

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel

Ha, Peluang Baik, Remaja! Game Disediakan Dijamban.




London 7 Jan 11: Bar di London sediakan Video Game di Toilet. The Exhibit bar membuat terobosan dengan memasang video game yang dikendalikan dengan air seni di urinoir pada toilet mereka; game-game tersebut diberi nama menggeletek seperti Clever Dick dan On The Piste.

Sistem yang dikembangkan di instalasi game ini dikatakan yang pertama di dunia. Selain membuat perjalanan ke toilet lebih menyenangkan, hal ini juga memungkinkan wadah baru bagi pengiklan untuk mempromosikan produk mereka. Dikembangkan oleh Captive Media berpusat di England, urinoir berteknologi tinggi ini disertai dengan layar LCD 12 inci yang terpasang di atasnya.

Iklan akan diputar terlebih dahulu sampai pelanggan mendekati urinoir. Setelah mendeteksi adanya pemain siap pada posisi untuk kencing, sistem lalu berubah pada mode bermain.

“Algoritma canggih dari perangkat game tersebut akan memudahkan pemainnya melakukan hal yang sangat sederhana, namun sangat mencabar. Iaitu mengendalikan game hanya dengan membidik ke kiri atau ke kanan!” ujar iklan pada website dari Captive Media.

Jadi dengan game ski ini, anda dapat mengendalikan jalur laju ski dengan pergerakan halus namun tangkas. Seberapa baik kamu dalam permainan ini akan mutlak tergantung pada kemampuan pengendalianmu.

Game urinoir ini merupakan gagasan dari Gordon MacSween, kena bayar untuk kencing. “Kami cenderung minum lebih banyak agar kami dapat menguji produk ini lebih kerap,” ujarnya pada majalah Time Out dari London.

MacSween mengatakan, ketika game ini di ujicoba di sebuah bar di Cambridge baru-baru ini, beberapa perubahan tingkah laku pada orang-orang yang kencing di toilet berhasil dicatat.

“Ada lebih sedikit kekacauan, dan itu sesuai dengan harapan kami kerana kami memang merancang game ini agar mereka lebih mengendalikan air kencing mereka, dan lebih sedikit vandalisme,” ujar penjelasan MacSween.

“Ketika pertama kali kami pasang, kami kira orang-orang akan segera melepasnya dari dinding dalam waktu seminggu, tapi ternyata masih bertahan hingga empat bulan. Kerana ternyata orang-orang menikmatinya dan bersenang-senang, mereka cenderung berperilaku lebih sabar.”

Di satu titik MacSween terheran-heran dengan kemampuan pemain dalam meraih nilai jauh lebih tinggi di atas nilai yang dia cetak. Setelah berbicara dengan beberapa pelanggan, dia pun akhirnya tahu, pelanggan tersebut mempelajari beberapa trik terbaru dalam mengendalikan air kencing mereka sebaik mungkin.

The Exhibit telah membuka toilet baru mereka pada hari Jumaat lalu. Sangat mungkin bahawa untuk pertama kalinya di pub/bar di England akan ada lebih banyak orang berbaris untuk ke toilet berbanding berbaris untuk minuman.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ha, ini peluang baik bagi remaja lagha.. Bagaimana kalau hal ini masuk ke Malaysia? Pemimpin-pemimpin negara ini perlu fikirkan, bagaimana untuk menjadikan ianya bermanfaat di dunia dan di akhirat (IH)

A/Hadi, Menangkan Dulu, Itu Cakap Layak Jadi PM

KL 7 Jan 12: Itulah cakap orang yang layak jadi PM Malaysia, apabila Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) menegaskan, apa yang penting sekarang untuk semua ialah memenangkan Pakatan Rakyat dalam Pilihan raya Umum ke 13 dan bukannya berbincang mengenai siapa menjadi Perdana Menteri.

Dalam satu posting di Facebook pagi ini, Abdul Hadi berkata soal menjadi Perdana Menteri ialah ketentuan Allah. “Apa yang penting kita mesti menangkan dulu PR dalam pilihan raya ke 13, soal siapa menjadi PM tidak penting, yang penting negara kita selamat, segalanya ketentuan Allah,” kata beliau.

Sementara itu, dalam temubual bersama Malaysiakini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat sekiranya memenangi pilihanraya ke 13 akan melantik seorang Perdana Menteri sementara.

“Kita sudah bincang perkara ini dengan kepimpinan Pakatan (jika beliau dipenjarakan). Adalah ia satu masalah? Tidak. Sekiranya kita menang, kita akan ada satu Perdana Menteri sementara. Sudah tentu, kerana saya yakin jika kita menang, saya tak akan berada di penjara untuk lama,” kata beliau.

Pada 9 Januari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan perbicaraan kes liwat versi II selepas perbicaraan yang penuh kontroversi berlangsung tahun lepas. Anwar, 64, dituduh telah melakukan liwat terhadap Mohd Saiful di sebuah kondominium di Damansara Heights pada Jun 2008, beberapa bulan sebelum kembali dan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan orang ramai yang sudah mempunyai tanggapan di minda untuk Januari 9 ini bahawa kesemua manusia akan dihukum semula dengan hukuman yang pasti adil di hadapan Allah di akhirat.

“Dalam duniawi, apapun, yang berharap akan terus menanti, yang tidak percaya akan terus tidak yakin, yang menang hari ini tidak semestinya akan terus menang, yang tewas hari ini tidak semestinya akan kalah selalu dan yang akan dihukum akan terus menjalani hukuman.

“Namun, yang pasti kesemua kita akan dihukum semula dengan hukuman yang pasti adil di hadapan Allah di akhirat. Beringatlah pada Allah selalu,” pesan Tuan Ibrahim.

"Dengan kenyataan Presiden PAS itu, jelaslah pada saya Ustaz Hadi layak jadi Perdana Menteri Malaysia, kalau PR tawan Malaysia." Jelas editor Weblog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim.

Katanya lagi, "Kalau di Iran kuasa tertinggi adalah pimpinan ruhani Ayatullah, tetapi yang melaksanakan ialah presidennya Ahmadinejad, yang hidup secara sederhana.

"Apalagi bila saya sudah kenal peribadi-peribadi pemimpin PAS itu seperti Ustaz Abd Hadi dan Tok guru Nik Aziz yang tawadhu' dan hidup sederhana. Juga seperti Mohd Sabu, Datuk Husam dan lain-lain, maka layak sangatlah Pimpinan PAS dilantik sebagai PM samada sementara atau seterusnya ika perlu.... Itu pandangan saya yang kerdil ini.. Lihat juga pandangan Datuk Hasan Ali di bawah!" Jelas seditor Webog ini lagi.

Lihat sebelum ini...

Friday, January 06, 2012

Jangan Bimbang PAS Jaga Kepentingan Melayu. Kajian Ini..

KL, 5 Jan 12: Orang Melayu jangan bimbang kerana PAS diyakini menjaga kepentingan bangsa Melayu. Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Malaya terhadap negeri Selangor, daripada 795 orang responden berbilang kaum, 32 peratus dari mereka yakin PAS boleh menjadi alternatif kepada Umno bagi menjaga kepentingan orang Melayu di negeri itu.

27 peratus mengatakan tidak manakala 41 peratus lagi menyatakan tidak pasti. Kajian terhadap etnik melayu sahaja pula menunjukkan 37 peratus orang Melayu di negeri itu bersetuju PAS mampu menjaga kepentingan Melayu lebih baik berbanding Umno.

Hanya 27 peratus orang Melayu yang dikaji itu mengatakan tidak, manakala selebihnya adalah tidak pasti. Kajian berkenaan dijalankan oleh Pusat Kajian Dan Demokrasi Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) di Selangor.

Kajian dibuat dari 3 hingga 11 Disember lalu dan meliputi kawasan parlimen Puchong, Sepang, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Selayang, Gombak, Ampang, Hulu Langat, Pandan, Subang dan Shah Alam.

Enam puluh peratus daripada responden terdiri daripada bangsa Melayu manakala Cina dan India pula masing-masing mewakili 25 dan 12 peratus responden.

Jadi, jangan ragu-ragu lagi, undilah PAS diyakini menjaga kepentingan bangsa Melayu. Insya Allah! (IH)

'Artis 'Cinta Muka Buku' Buat Persembahan Di K'tan

HALAMAN HIBURAN
PENGKALAN CHEPA, 6 Jan: Artis baru yang terkenal dengan lagu ‘Cinta Muka Buku’ Najwa Latif bakal membuat persembahan di Kelantan sempena program ‘Kelantan Got Talent, Ladies Night’.

Program tertutup khusus untuk golongan wanita sahaja itu akan diadakan di Kelantan Trade Cantre kira-kira 2.30 petang dan pukul 8.45 malam untuk Ladies Night, pada 23 Januari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar (gambar kanan) ketika memberitahu media berkata, program berkenaan dianjur bertujuan untuk mencari bakat-bakat baru dalam hiburan.

“Saya sedar ramai anak-anak kita serta kaum wanita kita yang boleh menyanyi atau membuat persembahan, cuma bakat saja tidak dicungkil.

“Program ini kita anjur juga untuk menghibur kaum wanita, kerana hiburan itu fitrah manusia yang memerlukan hiburan, cuma program ini tertutup macam biasalah khusus untuk kaum wanita sahaja,” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis rebranding Perdana Resort oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam.

Katanya lagi, majlis itu bermula jam 2.40 petang dan ianya terbuka kepada kaum wanita berusia 15 tahun ke atas, termasuk rakan media di kalangan wanita. (IH)

Sekarang, Mahasiswa Serah Bukti Polis Ganas!

Safwan Anang  (dalam kerusi roda) menunjukkan laporan polis beliau yang dibuat semalam berhubung keganasan polis yang menimpa dirinya di UPSI pada 1 Januari, 2011. — Gambar oleh Jack Ooi
Safwan Anang (dalam kerusi roda) menunjukkan laporan polis beliau yang dibuat semalam berhubung keganasan polis yang menimpa dirinya di UPSI pada 1 Januari, 2011. — Gambar oleh Jack Ooi

KL, 6 Jan 12: Kumpulan mahasiswa yang terlibat dalam demonstrasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini akan menyerahkan bukti keganasan polis di Bukit Aman selepas solat Jumaat. Menurut aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim, selain serahkan bukti keganasan polis kumpulan mahasiswa itu juga akan menyerahkan memorandum.

“Kita akan serahkan bukti penting keganasan polis di UPSI pada petang ini di Bukti Aman.

“Kita ada banyak bukti keganasan polis, kita ada dalam bentuk video dan juga gambar yang menunjukkan polis bertindak kasar terhadap mahasiswa,” katanya selepas memberikan keterangan berhubung insiden menurunkan kain rentang bergambar Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini.

Turut hadir peguam Adam Adli (gambar), Fadiah Nadwa Fikri dan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) Muhammad Safwan Anang — yang mendakwa dipukul polis semasa polis cuba menghuraikan demonstrasi aman menuntut kebebasan akademik di UPSI.

Muhammad Safwan yang mengalami kecederaan dalam insiden itu hadir dengan berkerusi roda.

Adam Adli, 22, menjadi perhatian dan dikritik kerana bertindak menurunkan kain rentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di luar ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur bulan lalu.

Dua kumpulan mahasiswa yang akan menyerahkan bukti keganasan polis adalah Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Bebas.

“Muhammad Safwan mempunyai tesmoni dan saksi yang dapat buktikan polis telah bertindak ganas semasa menahannya.

“Kita mempunyai bukti-bukti ini dan kita akan dedahkan pada petang ini,” kata Adam Adli yang menuntut di UPSI.

Justeru beliau berharap dengan pendedahan itu dapat menutup mulut individu-individu yang mengkritik dan menuduh mereka membuat cerita palsu berhubung perkara itu.

“Saya nak tanya pada malam ini berapa ramai anggota polis yang cedera? Tiada sesiapapun yang cedera malah mereka menahan aktivis mahasiswa dengan ganas dan kasar.

“Sekarang kita ada bukti itu, kita nak tutup mulut orang yang tidak bertanggungajwab... kami akan buktikan,” katanya.

Polis sebelum ini telah menafikan dakwaan memukul beberapa aktivis mahasiswa semasa menghuraikan demonstrasi aman di UPSI, menegaskan “tiada pergelutan” berlaku apabila tangkapan dibuat.

Mahasiswa dan ahli politik pembangkang telah mendakwa beberapa mahasiswa yang terlibat dalam demonstrasi aman menuntut kebebasan akademik telah dipukul dan ditangkap awal pagi selepas ingkar arahan agar bersurai.

Seramai 17 aktivis mahasiswa telah ditahan dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi dan kesemua mereka dibawa ke balai polis Tanjung Malim.

Dalam demonstrasi yang diadakan pada malam sambutan tahun baru itu, Muhammad Safwan dikatakan dipukul, ditumbuk dan ditendang sehingga tidak sedarkan diri.

PKR mendakwa Muhammad Safwan telah dipukul oleh lapan anggota polis dan anggota Unit Cawangan Khas. (IH)

Himpunan Aman 901, Abdul Hadi Turun Padang..

KL, 6 Jan 12: "Saya akan hadir," dan untuk ahli PAS pula, "terserah masing-masing," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau sendiri akan 'turun padang' , ketika ditanya apakah beliau akan hadir dalam perhimpunan aman 9 Januari ini. Perkara ini disampaikan Setiausaha Politik beliau, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada Harakahdaily.

Manakala itu Dewan Muslimat PAS, Dewan Pemuda dan PAS Selangor membuat keputusan akan menyertai perhimpunan aman di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 9 Januari ini.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi meminta mana-mana pihak tidak salah faham dengan perhimpunan tersebut dengan menganggap ianya merupakan sokongan peribadi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Muslimat PAS akan memberi sokongan kepada perhimpunan pada 9 Januari bukan semata-mata atas isu Anwar.

"Isu Anwar adalah sebahagian yang menampakkan kepincangan sistem kehakiman negara, tetapi lebih daripada itu ianya adalah manifestasi kebencian rakyat terhadap kezaliman Umno BN yang mencampur adukkan sistem pengasingan kuasa iaitu Eksekutif, Perundangan, Legislatif dan Kehakiman," katanya kepada Harakahdaily, hari ini.

Pimpinan PAS Selangor juga memutuskan untuk turun 9 Januari ini, kata Pesuruhjayanya, Dr Rani Othman.

"Kita akan bersama presiden di sana. Dalam perbincangan di peringkat negeri juga, kita sudah putuskan akan turun," katanya kepada Harakahdaily.

Pemuda PAS pula sedang memobilisasi ahlinya untuk turun pada perhimpunan tersebut. (IH)

Ada Nur Amalina Palsu & Amalina Real?

PALSU...akaun facebook menggunakan nama Nur Amalina.
PALSU...akaun facebook menggunakan nama Nur Amalina.

JOHOR BAHRU: Belum pun reda apa yng disebut isu penulisan blog memfitnah dan memburukkan pelajar genius, Nur Amalina Che Bakri, 23, kini timbul pula individu menyamar sebagai gadis itu di laman sosial facebook hingga mengelirukan pengguna lain.

Selain menggunakan nama dan biodata sama, individu berkenaan dilihat menggunakan gambar Nur Amalina sebagai profil gambar akaun itu hingga menarik perhatian pelayar Internet lain yang menyangka laman itu milik pelajar terbabit.

Bagaimanapun, ketika ditanya individu yang curiga dengan kesahihan akaun berkenaan, pengendali akaun palsu itu berterus terang dan berani mengaku dia bukan Nur Amalina dan mendaftar akaun berkenaan hanya untuk suka-suka.

Antara persoalan pengguna kepada pengendali itu termasuklah ‘Gara-gara keluar berita kau berubah, ramai nak add kau sebab nak tahu cerita sebenar, ini Amalina real (tulen) ke Fake (tidak tulen) ni?

Bagaimanapun, pengendali akaun itu dengan selamba menjawab ‘trully fake’ (sah tidak tulen) terhadap soalan individu terbabit. (IH)

Sebelum ini..

Cicak Agama Ubah Pososi Ekor Semasa Diudara..

Ungkap Rahsia Yang Maha Agung


SEEKOR cicak agama menggunakan ekornya untuk menstabilkan kedudukannya semasa ia melompat ke permukaan menegak

PARIS, Perancis - Cicak mengubah posisi ekor ketika ia berada di udara supaya haiwan itu dapat mendarat dengan lancar manakala aksi serupa turut dilakukan beberapa spesies dinosaur seperti velociraptor.

Pendedahan tersebut dibuat oleh sepasukan penyelidik Universiti California yang mengkaji pergerakan cicak agama di dalam makmal. Saintis-saintis berkenaan merakam reptilia Afrika itu semasa ia melompat dari platform landai dan mendarat di sebuah dinding.

Rakaman gerak perlahan menunjukkan cicak agama membengkokkan ekor semasa berada di udara bagi memastikan ia dapat mendarat dengan sempurna. - AFP

Lihat sebelum ini...

E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

Ampang: 7 Thn Ditipu, K'jaan Mana Bertanggungjawab?


SEBAHAGIAN pembeli rumah mengadakan protes secara aman menuntut pemaju menyerahkan kunci rumah di Ampang kelmarin.

KL 6 Jan 12: Sebahagian daripada 660 pembeli Pangsapuri Sungai Sering, Ampang dekat sini sudah muak dengan alasan pemaju. Rata-rata mereka sanggup menunggu lama untuk melihat rumah idaman masing-masing dibina selepas tujuh tahun terbengkalai.

Namun apabila siap, mereka tidak dibenarkan masuk oleh pemaju atas alasan bekalan air dan elektrik belum disediakan. Meskipun masih tidak menerima penyerahan kunci rumah seperti yang dijanjikan pemaju, pemilik tetap berkeras untuk berpindah.

Salah seorang daripadanya, Mansor Khamis, 49, berkata, pemaju tidak membenarkan pembeli memasuki rumah sebelum membayar deposit bekalan air dan elektrik berjumlah RM620 dalam tempoh dua minggu.

"Jika tidak bayar pemaju kata rumah kami akan dilelong. Kami rasa seolah-olah tertipu dengan alasan pemaju," katanya ketika ditemui selepas mengadakan protes secara aman di kawasan kediaman kos rendah itu di sini kelmarin.

Pemilik juga terkilan apabila pengawal keselamatan menghalang mereka memasuki kawasan perumahan dan menurut Zainab Ariffin, 64, pula tindakan itu menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk tidak mempedulikan arahan pemaju.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tujuh tahun rakyat menanggung derita, tiada rumah. Bila dah siap, tak boleh masuk. Siapa yang bertanggung-jawab untuk melicinkan urusan rakyat tertindas ini? Kerajaan BN dulu atau kerajaan PR sekarang?

Yang penting rakyat akan menggunakan kuasa undi mereka dalam PRU13 akan datang. Jangan sampai rakyat marah lagi.. (IH)

Rasuah, Sorok Wang Dlm Telekong Di Perak, Siapa?

Rasuah, di bawah kerajaan BN
IPOH, 6 Jan 12: Sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia (SPRM) yang menyerbu rumah seorang pegawai kanan Jabatan Perhutanan Negeri Perak terkejut apabila menemui wang yang diragui statusnya berjumlah RM720,000 di dalam kain lipatan telekung, dapur dan ruang tamu.

Serbuan di kawasan Gerik pukul 10 malam kelmarin itu turut menemui beberapa akaun saham amanah atas nama ahli keluarga suspek berusia 50 tahun itu yang bernilai hampir RM4 juta.

Satu sumber memberitahu, serbuan dilakukan selepas pihaknya menyoal siasat rakan sekerja suspek dan seorang tauke balak di Hutan Kuar, Pangkalan Hulu beberapa jam sebelum itu.

Katanya, pihaknya turut menyita 300 batang balak yang ditebang di luar kawasan yang dibenarkan daripada dua suspek tersebut.

“Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan. Sebelum ditahan, berlaku sedikit kekecohan di rumah itu apabila seorang anak suspek cuba menghalang bapanya daripada dibawa SPRM pada pukul 2 pagi.

“Selain wang dan saham amanah yang diragui statusnya itu, kita juga akan menyiasat mengenai kewujudan dua kereta mewah jenis Honda Accord dan Volvo yang berada di rumah suspek,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana menerima rasuah. Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

Timbalan Pengarah SPRM negeri, Shaharom Nizam Abd. Manap ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut. (IH/Kosmo)

Bob Lokman: Tangguh Keterangan Ceramah Agama


BOB LOKMAN diberi notis oleh pegawai JAIP setelah didakwa memberi ceramah tanpa tauliah di Batu 11, Jalan Gambang pada 24 Disember lalu.

KUANTAN 6 Jan 12: Pelawak dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd. Hakim Lokman gagal hadir untuk memberi keterangan berkaitan kes mengadakan ceramah tanpa tauliah di Jabatan Agama Islam (JAIP) di sini semalam.

Jurucakap JAIP berkata, Bob, 47, tidak dapat hadir kerana mempunyai alasan yang munasabah dan minta kes itu ditangguhkan.

"Bob telah berunding dengan kami melalui telefon dan menghantar surat kepada JAIP bagi menangguhkan tarikh memberi keterangan yang sepatutnya diadakan hari ini (semalam).

"Dalam surat itu, dia telah memberi beberapa alasan munasabah. Oleh itu, pihak kami telah memberi satu tarikh yang baharu kepadanya untuk memberi keterangan," katanya di sini semalam. (IH/Kosmo)

Servis Bank Ini Baik, Bukan Macam Bank Islam M'sia..

Ya, sila bandingkan antara berita-berita ini, satu atas nama Islam, bank di Malaysia, satu lagi tidak atas nama Islam di Singapura.
Bank Islam Untung, Tapi Wang Lesap Tiada Ganti

Susahnya Berjudi Di P.Pg, 5 Jam Dikepong


Sebuah meja dan peralatan judi turut dirampas polis dalam serbuan ke atas kasino rimba Mount Erskine.

GEORGE TOWN 6 JAN 12: Selepas dikepung lebih lima jam oleh sekumpulan anggota polis akhirnya operasi kasino rimba di kawasan tersorok berjaya ditumpaskan melalui Ops Dadu di Mount Erskine, Pulau Tikus dekat sini malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, sebelum serbuan dijalankan kira-kira pukul 8.30 malam itu, pihaknya mengepung kawasan puncak bukit berkenaan sejak pukul 3 petang.

Pihaknya berbuat demikian bagi memastikan serbuan diadakan tidak dapat dihidu oleh tujuh tonto yang mengawal di sekitar kawasan berkenaan.

“Semasa serbuan, sekumpulan kaki judi yang menjadikan kawasan rimba tersorok itu sebagai mini kasino sejak tiga hari lalu terkejut. Ketika diserbu mereka sedang leka berjudi,” ujarnya ketika dihubungi semalam.

Menurut Kong Meng, kesemua 25 kaki judi warga tempatan berusia 20-an hingga 50-an itu ditahan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) hasil risikan dan maklumat awam.

Ketika ditahan, tiga daripada kaki judi melarikan diri di dalam hutan tetapi berjaya dicekup semula beberapa minit kemudian setelah gagal melepasi kepungan polis.

Kasino rimba itu dibina beratapkan kanvas dan bertiang kayu serta dilengkapi meja dan kerusi serta diterangi lampu kalimantang. Ia dipercayai mampu memuatkan kira-kira 40 kaki judi pada satu-satu masa.

Polis bertindak baik, Al-hamdulillah! (IH/Kosmo)

Apa Hak Berhimpun 901? -PKR


5 Januari 2012 : Hak untuk berhimpun secara aman merupakan hak rakyat yang sejajar dengan semangat keperlembagaan. Ianya merupakan antara teras kepada amalan sesebuah negara demokratik.

Justeru sebarang usaha atau tindakan yang menggasir hak untuk berhimpun secara aman dan hak menyatakan pendirian politik (political expression) rakyat Malaysia adalah bertentangan dengan asas pembentukan negara Malaysia yang demokratik, bebas dan merdeka. Pencabulan ke atas hak ini dianggap sebagai mengkhianati asas penubuhan negara Malaysia yang merdeka.


Oleh itu saya menyambut baik kenyataan YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara yang memperlihatkan kesediaan pihak polis untuk berbincang dengan KEADILAN dan Pakatan Rakyat bagi menjamin kelancaran perhimpunan aman 901 untuk membantah rekayasa politik ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim. KEADILAN menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan pihak polis demi memastikan perhimpunan aman ini berjaya diteruskan dengan aman dan teratur.

KEADILAN tegas menyeru semua anggota parti dan penyokong Pakatan Rakyat serta rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kebenaran untuk berhimpun secara aman dan menyatakan sokongan terhadap reformasi demi rakyat dan negara Malaysia yang tercinta.

KEADILAN turut menggesa pihak polis untuk memelihara keselamatan awam termasuk para demonstran dan rakyat keseluruhannya yang berhimpun di Kuala Lumpur. Kita berharap insiden keganasan seumpama tragedi UPSI dan BERSIH tidak akan berulang.

Ini adalah peluang terbaik Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara untuk memulihkan imej polis yang sekian lama tercalar dan mengembalikan keyakinan awam terhadap institusi polis selaras dengan janji Perdana Menteri untuk melaksanakan transformasi politik di dalam pentadbirannya.

Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden KEADILAN

Thursday, January 05, 2012

Bertudung Ke'Lengging', Amalina Jelas (Video)

KL, 5 Jan 12: Kecoh apabila pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004, Nur Amalina Che Bakri dikatakan mengalami kejutan budaya apabila gambarnya mengenakan “legging” dan bergambar dengan seorang lelaki mula tersebar dengan meluas di laman-laman sosial dan blog.

Amalina, 24, yang memperolehi 17 A1 dalam SPM yang sebelum ini dikenali dengan imej bertudung dikatakan telah berubah apabila gambarnya menunjukkan dia kini mengenakan pakaian yang menjolok mata dan dilihat telah berubah apabila berada di Universiti Edinburgh, United Kingdom selama lapan tahun.

Bagi menjawab persoalan tersebut, sekumpulan wartawan telah pergi ke kediaman ibunya, Sabariah Hassan, 52, di Taman Sri Saujana di Kota Tinggi untuk menemuramah Amalina dengan menggunakan sidang video Skype.

Dalam sidang video selama 45 minit itu, Amalina mengakui dirinya sedikit tertekan dengan perkara tersebut, namun begitu, dia tidak mudah melatah apabila terus menghubungi ibunya untuk mendapatkan pandangan.

“Saya terus hubungi ibu, saya sudah lali, namun begitu, perkara itu adalah tidak benar, itu hanya cerita negatif ... saya tidak boleh menutup mulut orang untuk bercakap.

“Saya hanya jadi diri saya dan terima segala pandangan negatif itu,” katanya yang pernah dikaitkan dengan isu yang mengatakan dirinya gagal dalam peperiksaan dan pulang senyap-senyap ke tanah air.

Mengulas berkenaan isu memakai “legging” yang dikatakan menampakkan kulitnya, Amalina menjelaskan, “legging” berkenaan merupakan pemberian ibunya dan gambar tersebut diambil ketika mereka bercuti di Paris dua tahun lalu.

“’Legging’ itu pemberian ibu, dan gambar itu pun ibu yang tangkap ketika kami bercuti di Paris.

“Tak kan ibu nak beri saya pakaian yang koyak-koyak untuk anaknya pakai, itu cuma corak sahaja, saya suka berfesyen, dan ibu sendiri tidak halang hobi saya,” jelasnya.

Menjawab pertanyaan berkenaan gambarnya dengan seorang lelaki, Amalina menjelaskan, “itu adalah rakan karib saya, ibu kenal dia, gambar itu diambil semasa majlis hari jadi saya.

“Sebenarnya ada lagi seorang rakan perempuan saya dalam gambar, tetapi telah di ‘crop’,” katanya.

Tambahnya, perkara itu merupakan tindakan yang salah dan bertujuan untuk mengaibkan dirinya, malah, Amalina sendiri turut berterima kasih kepada pihak yang melakukan perkara itu.

“Memang ini saya yang sebenar, saya suka bergaya serta berfesyen dan ia bukan perkara baru, malah sejak kecil lagi.

“Mungkin timbul salah faham berikutan penampilan saya yang kerap bertudung di khalayak seperti di sekolah atau majlis rasmi, sedangkan di rumah atau bersama keluarga, saya tidak bertudung,” katanya lagi.

Amalina juga menyatakan, dia bersedia menerima teguran bagi membaiki dirinya, dan akan menjadikan perkara ini sebagai tauladan kepada dirinya pada masa hadapan.

“Janganlah menilai seseorang kerana penampilan luarannya sahaja, saya tahu batasan saya, ibu sudah ajar batasan agama yang perlu.

“Kalaulah Amalina terpengaruh dengan budaya Barat, dah lama Amalina jatuh, pelajaran entah pergi ke mana,” tambahnya dan memohon agar mereka yang menyebarkan gambar-gambar peribadinya itu membuang gambar tersebut kerana ia boleh mengundang pelbagai persepsi negatif terhadap dirinya.

“Ini akan menjadi tauladan buat Amalina, segala teguran akan saya jadikan sebagai panduan, tetapi janganlah babitkan ibu bapa,” katanya lagi mengakui terdapat komen-komen yang mencalarkan hatinya berhubung penyebaran gambar-gambar akaun Facebook miliknya itu. (IH)

Klik di sini... Video interview with Nur Amalina Che Bakri | JEJAKTREND

www.jejaktrend.com/.../video-interview-with-nur-amalina-che-bakri/
Video interview with Nur Amalina Che Bakri . Yesterday (4/1/2012) around 5.17 o'clock in the evening, a group of local reporters at Nur ...

Get more results from the past 24 hours

nur amalina che bakri

For about an hour long ‘skyping’ with Nur Amalina Che Bakri from UK, a series of video has been recorded to answer all the question by the public :

Video interview Nur Amalina Che Bakri

Video interview Nur Amalina Che Bakri – Academic progress :

Video interview Nur Amalina Che Bakri – reaction for the scorns :

Video interview Nur Amalina Che Bakri – Answer the issue of the photos that taken with a male friend :

Video interview Nur Amalina Che Bakri – “I know my limit” :

Video interview Nur Amalina Che Bakri – The wear of “tudung” issue :

Video interview Nur Amalina Che Bakri – “I ready to accept reprimand” :

Total 6 video interview with Nur Amalina Che Bakri. These believed to be enough to “close the case”..

Jika Anwar Didapati Bersalah, N/Aziz Layak Jadi PM..

Bekas Pesuruhusan ali pc 050112 01hjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali mencadangkan supaya Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai Perdana Menteri jika Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes bicara liwatnya dan jika Pakatan berjaya menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Sekiranya umur menjadi faktor penghalang, maka Hasan mencadangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri kerana kedua-dua mereka adalah calon yang mampu dan berkelayakan.

Hasan berkata apabila memilih seseorang pemimpin, selain rekod prestasi mereka dalam kerajaan dan peringkat antarabangsa, latar keluarga mereka juga perlu diberi perhatian.

“Untuk jadi pemimpin track record mesti bagus, track record kita khidmat dengan kerajaan, swasta, di peringkat antarabangsa dan organisasi perlu diambil kira.

Track record perlu tengok ini. Kita juga tengok perkelilingan kita, keluarga kita mesti bagus, isteri kita mesti bagus, anak kita mesti bagus jangan ada dadah.

“Sebab kita nak jadi pemimpin dan pemimpin ini neraca atau cermin kepada rakyat kita pimpin," katanya.

Justeru, katanya atas sebab itu, baginya orang yang paling layak memimpin negara ini dan yang terbaik sepanjang pengetahuannya adalah Nik Aziz.

“Yang paling cantik untuk pimpin Malaysia ini, saya nak namakan orang itu, bagi saya beliau adalah Datuk Nik Aziz.

“Kalau umur jadi halangan, Datuk Seri Hadi Awang pada saya," katanya.

Hasan juga menemplak mereka yang mempertikaikan mengapa pemimpin kanan PAS itu tidak boleh menjadi perdana menteri.

“Apa Hadi awang tak boleh? Adakah kerana dia tak dididik di England, di Oxford atau Cambridge tidak boleh jadi PM.

“Adakah kerana beliau pakai jubah atau serban dia tak boleh jadi PM?" soalnya pula.

Hasan berkata, kedua-dua pemimpin itu mempunyai cara hidup, latar keluarga dan rekod prestasi serta pengalaman mereka berurusan dengan rakyat yang cemerlang.

“Tengok kehidupan, keluarganya, pengalaman mengurusnya, pengalaman tadbir manusianya saya rasa kalau saya ada cadangan atau ada kuasa kemukakan cadangan itu saya cadang dua orang inilah yang saya akan paparkan sebagai pemimpin yang boleh didaikan PM Malaysia," katanya lagi.

Sementara itu, beberapa penyokong PAS sewaktu ditemui oleh Weblog Ibnu Hasyim di Ulu Klang sementar tadi, menyokong cadangan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu.

"Kami sudah lama merasakan, Tok Guru memang layak jadi PM Malaysia, kalau Pakatan Rakyat menang." Kata Tuan Junuh di pasar malam AU, sambil disambut oleh laungan kawan-kawannya, "Allahu Akbar!!"

Bersyahadah Melalui MSN Messenger -Greg Sowden

NAMA saya Greg Sowden...

Saya memeluk agama Islam pada 15 Desember 2001. Sebelumnya saya adalah penganut Katolik Rome. Setelah memeluk Islam di usia 16 tahun, saya memilih nama Ali Mahdi. Saya lahir pada tahun 1985. Saya belajar di Universiti Wilfrid Laurier di Waterloo, Ontario, Canada bidang sejarah.

Kampung halaman saya ialah Port Dover, Ontario, Canada dan besar di kawasan penternakan ayam dan lembu, yang berkeluasan sekitar 400 ekar.

Saya menganggap diri seorang Kristen Katolik yang patuh. Setiap Ahad, saya ke gereja dan tidak pernah persoalkan kepercayaan saya. Setiap kali saya mendengar seseorang berkata tidak baik tentang agama Katolik, saya akan berusaha keras untuk membuktikan mereka salah. Walaupun kini saya sadar betapa waktu itu pengetahuan saya sangat minimum.

Namun, ibu amat bimbang dengan diri saya. Ia merasak saya telah menyimpang. Saya melihat, ia merasa kehilangan saya. Kerana saya tidak lagi pergi ke gereja bersama anggota keluarga yang lain. Ia terus mengulangi betapa saya dulu gembira dengan agama saya. Jadi kini ia heran mengapa saya harus menukar agama.

Sebenarnya, saya tidak bermaksud untuk menukar agama. Ketika membuat pengkajian, saya membaca tentang Islam kerana murni minat pada Islam. Sejak usia muda memang saya minat untuk belajar tentang agama dan budaya bangsa lain. Kakek saya dari ayah mempunyai koleksi majalah National Geographic. Koleksi dari tahun 1930-an. Saya banyak menemukan isu-isu tentang Islam di sana. Hal itu benar-benar sangat menarik perhatian saya.

Tinggal di sebuah kota kecil membuat saya tidak mengenal orang yang memiliki latar belakang non Kristian. Akhirnya saya berperasaan ingin tahu dunia luar. Pada tahun 2000, saya mulai mencari orang dari berbagai negara untuk berkomunikasi secara online. Hal itu saya lakukan untuk belajar lebih banyak mengenai orang lain.

Di situs Penpal saya bertemu dengan Yahya, seorang anak muda dari Kuwait. Saya mulai bertanya padanya tentang banyak hal berkaitan agamanya. Kerana saya memang tidak tahu berkaitan Islam. Tidak terlintas juga dalam fikiran saya untuk memeluk agama Islam kerana saya memang merasa puas dengan agama saya. Saya mula mengambil kursus berjudul "Agama Dunia" di sekolah tinggi.. dan minat saya bertambah besar.

Dalam buku teks saya disebutkan kedudukan Nabi Isa al-Masih dalam Islam lewat perspektif Quran. Saya tahu bahwa Nabi Isa AS adalah seorang nabi dalam Islam, tetapi saya tidak tahu betapa pentingnya dia. Saya juga tidak tahu bahawa ibunya adalah Maryam yang dianggap sebagai salah seorang dari empat wanita agung dalam Islam!

Selepas sekolah, saya pulang ke rumah mencari peranan Nabi Isa dalam Islam di internet. Peranan Nabi Isa membuka fikiran saya mengenai perkara yang tidak pernah terlintas di benak saya tentang Kristian dan Nabi Isa secara menyeluruh. Semakin saya mendalami tentang Nabi Isa dan keyakinan Islam, semakin saya ingin memeluk agama Islam. Informasi yang saya dapati memberi keyakinan kepada saya bahwa agama Islam adalah agama yang benar. Argumennya masuk akal, malah ada bukti Muhammad dan Islam dalam Injil!

Semakin saya belajar, menjadi semakin tertarik dengan Islam. Saya mengirim e-mail dengan rakan Kuwait saya dan memberitahu apa yang saya dapatkan. "Mungkin saya patut memeluk agama Islam setelah mempelajari lebih jauh mengenai Islam," tulis saya kepadanya.

Saya tiada rancangan memeluk Islam cepat-cepat kerana itu merupakan satu hal yang sukar saya lakukan tanpa wujud komuniti Islam di tempat saya tinggal. Terfikir saya fikir hal itu akan saya lakukan selepas memasuki Universiti. Kerana saya tidak boleh ke masjid. Saya memberitahu teman Kuwait saya, dan ia kata, tiada hal. Yang penting saya mengucapkan kalimah syahadah kepadanya.

Maka pada 15 Disember 2001 bertepatan 29 Ramadhan 1422, saya mengucapkan kalimah syahadah melalui MSN Messenger. Dengan menyebut kalimah indah tersebut... Saya menjadi seorang Muslim!

Alhamdulillah! Segala puji bagi Allah! (IH/Republika)

Lihat lagi, kisah-kisah seperti ini...
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

Mat Motor Tunjuk Contoh Terbaik Lawat N/Aziz

Sebahagian anggota ekspedisi bergambar di rumah YAATIM

Wakil kelab menyampaikan cenderamata kepada Tuan Guru Nik Aziz
KOTA BHARU, 5 Jan 12: 20 ahli kelab motor dari Kuala Lumpur, Terengganu, Selangor dan Kelantan berkunjung ke rumah Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz baru-baru ini.

Selain itu, mereka juga mengunjungi Rumah Puteri Harapan, Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim (YAATIM) Kelantan yang terletak di Taman Sabariah, Jalan Pengkalan Chepa.

Kesemua mereka adalah dari Kelab RD Malaysia (RD CLUB Malaysia) dengan kerjasama Kelab Pencinta Dua Roda Malaysia dan Kelab Pemilik Motorsikal Yamaha Lagenda Malaysia Cawangan Kelantan (Mylamoc).

Konvoi ini dimulakan dengan majlis makan tengahari di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR 10, Kg Sirih, Kota Bahru diikuti solat Zuhur berjemaah. Lokasi pertama konvoi ialah ke Rumah Puteri Harapan, Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim (YAATIM) Kelantan yang terletak di Taman Sabariah, Jalan Pengkalan Chepa.

Walaupun hujan lebat namun itu tidak mematahkan semangat peserta konvoi berkunjung ke rumah anak yatim tersebut yang menempatkan seramai 200 anak yatim lelaki dan perempuan.

Kehadiran konvoi amal ini telah disambut meriah oleh Hj Mohamad bin Yaakob, Setiausaha YAATIM. Konvoi tersebut turut membawa sedikit sumbangan berbentuk barangan keperluan dapur agar dapat membantu pihak pengurusan.

Malah sessi ramah mesra antara peserta konvoi dengan anak-anak yatim itu dapat mengurangkan rasa sedih dan menceriakan anak-anak yatim tersebut serta memberi harapan baru bahawa masih ada yang mengambil berat tentang mereka.

Menurut Pengerusi Kelab RD Malaysia Cawangan Kelantan, Nik Ahmad Hishamudin berkata, konvoi ini diadakan atas kesedaran bagi menghargai dan mengambil berat anak-anak yatim yang kurang bernasib baik.

Beliau berhasrat mengadakan lebih banyak aktiviti dan program di rumah anak yatim ini di masa hadapan seperti pameran motorsikal, kempen keselamatan jalan raya, ceramah motovasi dan penerangan tentang aspek-aspek mengendalikan motorsikal yang selamat agar menjadi ilmu yang berguna bagi anak-anak yatim ini di masa hadapan.

Menurut beliau lagi, bersempena konvoi ini, para peserta turut mengadakan kutipan derma kilat bagi membeli barangan keperluan dapur untuk disumbangkan ke rumah anak yatim tersebut.

Selepas itu, konvoi bergegas ke Pulau Melaka bagi menunaikan solat Asar bersama-sama Menteri Besar Kelantan iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Peserta konvoi juga berkesempatan beramah mesra dengan beliau dimana beliau turut memberikan nasihat agar berhati-hati menunggang motorsikal dan jangan lupa berhenti untuk bersolat ketika konvoi.

Komen weblog Ibnu Hasyim: Suatu contoh terbaik buat kumpulan mat-mat motor. Al-hamdulillah. Remaja mat-mat motor perlu diberi panduan dan penghargaan. (IH/Harakahdaily)

Kahwinlah Khairul Fahmi - Nasihat Nik Aziz

SUKAN
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan pemain bola sepak yang sedang mencipta nama Khairul Fahmi Che Mat supaya cepat melangsungkan perkahwinan bagi mengelak terlibat dengan gejala sosial sehingga boleh menjejaskan nama baik dan masa depan kariernya.

Beliau berkata Islam mengajar umatnya supaya berkahwin kerana dengan cara itu dapat mengelak daripada terjebak dengan gejala tidak sihat yang ditegah agama Islam.

Nik Aziz berkata demikian kepada pemberita selepas majlis kesyukuran naik rumah baru sumbangan kerajaan Kelantan kepada penjaga gol kebangsaan berusia 22 tahun itu ekoran kejayaannya mengharumkan nama negeri dan negara dalam sukan bola sepak.

Beliau berkata sebelum ini, kerajaan negeri memperkenalkan program perkahwinan 'gerbang Az-ziwaj' dengan menawarkan bantuan RM1,000 kepada golongan remaja yang kurang mampu sebagai belanja mas kahwin bagi menggalakkan mereka berkahwin cepat.

Katanya, atlit juga perlu menjauhkan diri daripada pengaruh dadah bagi mendapat kekuatan luar biasa dalam mengejar kejayaan kerana ia bukan sahaja boleh merosakkan kesihatan malah menjejas masa depan mereka.

Kerajaan Kelantan menghadiahkan sebuah rumah di Pengkalan Chepa bernilai kira-kira RM200,000 kepada Khairul Fahmi, yang membantu negara menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 ketika menentang Indonesia.

Semalam, beliau dilaporkan tersenarai dalam kategori Penjaga Gol Terbaik Asia 2011.

Sebelum ini, kerajaan negeri menghadiahkan sebuah rumah kepada pelajar miskin pintar, Nik Nurmadihah Nik Mohd Kamil, yang mendapat kejayaan cemerlang 20A dalam peperiksaan SPM pada 2008.

Nik Aziz berkata Kelantan akan terus memberi sumbangan hadiah kepada rakyatnya yang cemerlang dalam sesuatu bidang dan mampu mengharumkan nama negara serta negeri ini.

Katanya, mereka yang berjaya Nik Nurmadihah dan Khairul Fahmi boleh menjadi idola kepada golongan muda. - Bernama

Ibubapa: Awasi Anak Kamu Isyarat Gangster Ini!

PELIK...ini satu cara bersalam ahli kumpulan 77

KEPALA HARIMAU...jari membentuk seakan binatang.
KEPALA HARIMAU...jari membentuk seakan binatang.

KL: Awasi dan perhatikan cara anak remaja anda bersalam dengan rakan, rantai kunci digunakan serta pelekat yang ditampal pada beg sekolah atau motosikal kerana itu semua petanda penting untuk mengesan kemungkinan mereka menjadi ahli kumpulan kongsi gelap.

Itu mesej penting disampaikan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan kepada ibu bapa selepas siasatan polis mendapati beberapa kumpulan kongsi gelap kini aktif merekrut ahli termasuk di kalangan pelajar sekolah.

Menurutnya, biarpun kegiatan itu masih dalam kawalan pihak berkuasa, kesedaran dan kerjasama ibu bapa serta pihak sekolah penting bagi menyekatnya daripada terus berleluasa.

"Pengetahuan ini penting kepada ibu bapa bagi membolehkan mereka mengesan pembabitan anak masing-masing dalam kegiatan kongsi gelap. Kalau ibu bapa tidak tahu, macam mana mereka hendak menghalang dan mengawal pergerakan anak,” katanya ketika ditemui Harian Metro di pejabatnya, di sini.

Menurutnya, antara kumpulan kongsi gelap yang dikesan cuba meluaskan pengaruhnya di kalangan remaja termasuk geng Double Seven (77), 36, 08, 04 dan 108. (Sumber : myMetro)

Gaji PM S'pura RM5.31J, Banding Dg MB K'tan?

GAMBAR fail menunjukkan barisan Kabinet Singapura bergambar selepas mereka mengangkat sumpah pada 21 Mei tahun lalu

Gaji PM Singapura RM5.31 Juta

SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong (gambar) menerima saranan sebuah jawatankuasa yang dilantik oleh pemerintah bagi mengurangkan gajinya, para menteri Kabinet dan Presiden negara berkenaan.

Saranan tersebut melibatkan pemotongan sekurang-kurangnya satu pertiga gaji menteri-menterinya yang berjumlah jutaan dolar, menurut dokumen tangga gaji baharu semalam.

Walaupun pemotongan tersebut dibuat, menteri di Singapura kekal antara menteri yang menerima gaji termahal di dunia. Pemotongan gaji itu pernah dijanjikan oleh Hsien Loong bagi meredakan kemarahan rakyat selepas pilihan raya umum 2011 berlangsung.

Hsien Loong sendiri akan menerima gaji berjumlah AS$1.69 juta (RM5.31 juta) setahun iaitu pengurangan sebanyak 36 peratus berbanding sebelumnya. Jumlah tersebut bagaimanapun kekal menjadi gaji tertinggi dalam kalangan pemerintah sesebuah negara di dunia.

Sebagai perbandingan, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menerima gaji AS$400,000 (RM1.25 juta) setahun. Obama merupakan Presiden yang mempunyai 312 juta penduduk dan merupakan negara paling kuat berdasarkan kekuatan ketenteraan dan ekonomi.

Gaji Presiden Singapura pula akan dipotong sehingga 51 peratus kepada Sg$1.54 juta (RM3.76 juta) setahun manakala menteri Kabinet yang baharu dilantik akan menerima separuh gaji Perdana Menteri. Gaji menteri pemerintah akan dikurangkan sebanyak 37 peratus setahun kepada SG$1.1 juta (RM2.68 juta).

Ketua Eksekutif Hong Kong, Donald Tsang menerima gaji AS$543,500 (RM1.7 juta), Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda sebanyak AS$513,000 (RM1.6 juta) dan Perdana Menteri Australia, Julia Gillard memperoleh gaji AS$379,000 (RM1.19 juta).

Gaji Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy ialah AS$302,000 (RM949,185), Canselor Jerman, Angela Merkel mendapat gaji AS$296,000 (RM930,327) dan Perdana Menteri Britain, David Cameron yang memperoleh gaji AS$222,000 (RM697,745).

Gaji para pemimpin Singapura melonjak dalam tahun 1990-an apabila ia menjadikan purata gaji tertinggi sektor swasta di pulau itu sebagai tanda aras. Langkah pemotongan gaji tersebut membayangkan tekanan yang dihadapi parti pemerintah Singapura, Parti Tindakan Rakyat (PAP).

PAP yang memerintah Singapura sejak negara itu berpisah daripada Malaysia pada tahun 1965 mencatat prestasi buruk pada pilihan raya 2011. Undi yang diterima PAP semasa pilihan berkenaan berkurangan sebanyak 60 peratus sekali gus bilangan undi terendah yang pernah dicatat parti pemerintah itu. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bandingkan dengan Menteri Besar Kelantan yang hidup sederhana. Masih bersedekah lagi gaji bulanannya kepada kerajaan negeri. Bandingkan juga dengan Perdana Menteri Malaysia...

Selingan: Ayat 1000 Dinar -Ust Azhar Idrus

Selingan: Ustaz Anjing -Ust Azhar Idrus Jawab

Bahrain: Mereka Sanggup Dibunuh Kerana Demontrasi


MANAMA, 4 Jan 12: Mereka sanggup dibunuh melalui demontrasi. Ianya termasuk seorang perempuan yang dilaporkan terkorban oleh serangan gas pasukan rejim Bahrain yang disokong Saudi pada aksi protes di ibukota, Manama.

Pada Selasa (3/1/2012), Fakhria Jassim (55) meninggal dunia akibat gas beracun yang ditembak oleh pasukan rejim untuk membubarkan para demonstrasi. Namun demontrasi terus dilaksanakn. Dilaporkan akan diadakan pada hari upacara pemakaman Khamis untuk Jazzim yang berasal dari kota Isa, utara Manama.

Jassim merupakan korban ketiga sejak pertembungan berlangsung dalam demonstrasi akhir November 2011. Berdasarkan kelompok oposisi utama Bahrain, al Wefaq, seorang remaja bernama Sayyed Hashem Saeed (15) ditembak di bahagian kepala oleh pasukan rejim di kota Sitra pada akhir Desember 2011.

Sebelumnya pada 19 November, Ali al Badah (16), juga terkorban kerana dilanggar kenderaan polis semasa mengikuti protes anti-rejim di desa Juffair, dekat Manama. (arrahmah.com/IH)

Wednesday, January 04, 2012

Beri Hak Kepada Rakyt Untuk Berhimpun -N/Aziz

KOTA BHARU, 4 Jan 12: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, meminta kerajaan memberi hak kepada rakyat untuk berhimpun termasuk pada 9 Januari ini sempena kempen pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, perhimpuan itu langsung tidak bersalahan dengan demokrasi, apa lagi kerana peluang berhimpun itu sendiri diajar oleh Islam.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penyerahan kunci kediaman penjaga gol bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, tengah hari tadi.

Katanya, Islam tidak menghalang demonstrasi atau berhimpun kerana ianya ada pada agama suci itu sendiri.

“Hari-hari kita berhimpun sebanyak lima kali sehari iaitu di masjid atau sekali setiap minggu, iaitu solat Jumaat,” ujarnya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Menyentuh tentang masalah yang dihadapi oleh Anwar kini, beliau yakin ketua Pembangkang itu hanya dikhianati.

Tambahnya, lagipun mahkamah belum lagi memutuskan Anwar bersalah.

“Kalau mahkamah putuskan dia bersalah, memang tak munasabah semuanya tu.

“Yalah, di dunia ni kita boleh cipta macam-macam perkara, tetapi akhirat nanti terimalah pembalasannya,” ujarnya lagi.

Beliau juga mendakwa, punca utama Umno dan BN bermusuh dengan bekas timbNONEalan perdana menteri itu kerana Anwar kini melawan mereka.

Sementara itu pihak polis telah memperhebatkan kempen media sosial terhadap perhimpunan yang dirancang pada 9 Januari ini apabila keputusan kes perbicaraan liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan.

Laman rasmi Facebook dan Twitter Polis Diraja Malaysia berkongsi gambar dan video rusuhan yang lalu, termasuk laporan Berita ABC mengenai rusuhan di kota London pada Ogos lalu.

Tajuk klip video mengenai rusuhan London berbunyi:

"Adakah ini yang anda inginkan?

“Kejadian perhimpunan secara aman yang berlarutan sehingga menjadi rusuhan yang pernah berlaku di negara asing harus dijadikan iktibar jika kita ingin mengejar kebebasan dan hak bersuara.

“Pengajaran daripada sejarah, keamanan merupakan nilai utama kemakmuran negara.

“Bersama-sama kita, bangsa Malaysia, mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara yang dinikmati bersama selama-lamanya.”

Klip video lebih dua minit itu menunjukkan penunjuk perasaan memecahkan tingkap, bangunan manakala kenderaan dibakar dan mereka bertarung dengan pihak polis di jalanan sekitar kota London. (IH)

Siang Jual Nasi Ayam, Malam Jadi Ibu Ayam..


Empat wanita warga Vietnam ditahan dalam operasi di sebuah restoran di Jalan Inai, Kuala Lumpur semalam.

KL, Hari ini, media-media memberitakan.. Siang jual nasi ayam, malam jadi pegawai perhubungan pelanggan (GRO) atau jadi ibu ayam. Rahsia tersebut terbongkar apabila sebuah premis di Jalan Inai di sini diserbu sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur semalam.

Serbuan dari pukul 1 hingga 4 pagi itu membawa kepada penahanan lima GRO warga Vietnam yang berusia dalam lingkungan 20-an. Ketika ditahan, kelima-lima gadis itu sedang ghairah melayan pelanggan-pelanggan dalam restoran yang berubah konsep ala pub pada sebelah malam.

Ketua Operasi D7, Deputi Supritendan Azman Mat Isa berkata, serbuan dilakukan selepas polis menerima maklumat mengenai kegiatan di premis itu dan hasil risikan yang dilakukan sejak seminggu lalu.

“Pemilik restoran makanan nasi ayam itu hanya menyediakan khidmat GRO di premis miliknya pada waktu malam bagi mengelakkan kegiatannya dihidu pihak berkuasa,” kata beliau ketika ditemui selepas serbuan itu semalam.

TAHAN... sebahagian wanita warga asing yang dicekup  dalam operasi cegah maksiat.
TAHAN... sebahagian wanita warga asing yang dicekup dalam operasi cegah maksiat.

Sementara di Puchong pula, biarpun menyedari taktik menyorok dalam stor sudah lapuk, namun helah sama tetap menjadi pilihan wanita warga asing yang panik ketika premis yang dijadikan pusat maksiat diserbu.

Dalam serbuan kira-kira jam 6.40 petang semalam dijalankan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Jalan 1/19 Bandar Puteri, dekat sini, lapan wanita warga asing dari China, Vietnam dan Filipina hanya mampu berdiam diri sebaik tempat persembunyian mereka diserbu.

Helah dengan membiarkan premis di tingkat satu dalam keadaan seperti tidak berpenghuni dengan penuh tampalan iklan sewa bangunan bagi mengaburi pihak berkuasa gagal apabila taktik itu berjaya dikesan polis.

Pegawai Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Asisten Superintendan Azli Abu Shah berkata, pihaknya menahan empat wanita warga China, tiga dari Vietnam serta seorang dari Filipina berusia antara 23 hingga 30 tahun yang disyaki menawarkan khidmat urut batin.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sebagai seorang yang beriman, apakah anda dan saya boleh ridha dan senang duduk rilek dengan kemaksiatan yang sedang berkembang di sekeliling kita? Kita tidak perlu berbuat apa-apa?

Nabi Muhammad SAW pernah menggambarkan, mencegah maksiat bagaikan seseorang kawan kita yang sama-sama duduk dengan kita dalam sebuah kapal. Kita duduk di atas dek, dia duduk di bawah. Kerana dia tidak mahu susahkan kita di atas, dia nak ambil air, dia tebuk terus perut kapal itu ikut cara mudah. Boleh ambil air dengan tiada campur tangan kita. Baik, kononnya.

Tetapi bagi kita yang di atas, itu kerja giler. Kerja bahaya. Kerja nak bagi kapal karam, nanti bagi mampus kita semua! Mahu tidak mahu, kerjanya mesti dihalang demi keselamatan semua di dalam kapal. Kerja kita adalah kerja makruf (buat baik), dan kerjanya adalah mungkar (buat tidak baik), kita kena tegah dia.

Kalau kita tidak lakukan itu, tandanya akan karamlah kapal atau bahtera masyarakat itu. Jadilah bencana, seperti banjir bencana sosial yang melanda masyarakat kini. Penyakit aid, buang anak, hasil dari najis zina yang berselerak merata-rata. Kerana itu tiap Muslimin tidak boleh duduk diam, bila najis maksiat membusuk sekeliling kita.

Bagaimana kita nak cegah mungkar sedang kita tidak ada kuasa? Nabi SAW juga memberi jalan selesai, kalau tidak boleh cegah dengan tangan (contohnya kuasa pemerintah), cegahlah dengan mulut (contohnya dengan weblog), tidah boleh juga dengan mulut cegahlah dengan hati. Tetapi Nabi SAW ingatkan, dengan hati itu ialah 'selemah-lemah iman'.

Adakah kita mahu meletakkan diri kita ditahap selemah-lemah iman? Dalam dunia usahawan kita mahu 'berjiwa besar', tetapi dalam soal agama kita berjiwa kerdil?? Na auzubillah.. minta dijauhkan Allah.

Ada juga yang menafsirkan kata Rasulullah 'selemah-lemah iman' itu sebagai orang yang tidak berkuasa langsung kecuali 'ada kuasa' menentukan siapa pemimpin negara dan wakil-wakilnya di negara ini? Iaitu melalui peti undi.. kuasa menentukan parti Islam atau parti bukan Islam memerintah negara umat Islam ini?

Memilih parti kebangsaan serta gabungannya atau parti Islam (yang bertahalluf siasi) serta gabungannya? Kalau berhubungn seks (ada yang menganggap kecil) pun kita diwajibkan memilih cara Islam, takkanlah memerintah negara (yang besar) kita bebas tidak ikut Islam? Mustahil di mahkamah Yaumul Mahsyar (di akhirat) Tuhan Yang Maha Adil tidak tanya. 'Kamu undi parti apa, parti Islam atau bukan Islam?'

Nabi SAW pernah berkata, "Pada anggota kemaluan itu ada pahala.." Sahabai-sahabatNya ada yang tercengang, terkejut, bagaiman macam tu? Nabi jelaskan, kalau kamu letakkannya (kemaluan) di tempat salah jadi berdosa, tentulah bila letakkan di tempat betul beroleh pahala! Sama dengan bila dilarang undi parti bukan Islam (ertinya berdosa), tentulah undi parti Islam (PAS) dapat pahala!

Jadi, mengudi parti Islam juga termasuk dalam mencegah maksiat dan dapat pahala. Ada yang menganggap 'mengundi' yang kononnya rahsia itu termasuk 'mencegah mungkur' kategori 'selemah-lemah iman'. Bagaimana pula dengan yang tidak mengundi langsung atau tidak mengundi parti Islam, termasuk dalam kategori tidak beriman?

Wallahu aklam, tugas weblog ini hanya, "Sampaikan.. walau satu ayat". Undilah PAS!

Zina: Seketul Daging Dirampas Lelaki Nepal, Apa Buat?

KLANG: “Memang selama ini naluri keibuan saya seperti ada sesuatu yang tak kena kepada anak gadis. Akhirnya saya bertindak menyiasat sendiri dan luluh hati apabila menangkap anak saya dengan lelaki Nepal di bilik tidur rumah kami,” kata seorang ibu berusia 30-an.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam kelmarin di Pelabuhan Klang, di sini, wanita terbabit berpura-pura tidur untuk melihat pergerakan anak gadisnya berusia 17 tahun yang sebelum ini di adu jiran menjalinkan hubungan dengan warga asing.

Menurutnya, pada malam kejadian dia nekad mengintai pergerakan anak gadisnya itu selepas kerap menerima aduan perihal kurang menyenangkan.

“Biasanya saya tidur di ruang tamu sebab lebih senang menjaga suami yang sakit. Namun, saya runsing memikirkan aduan mengenai anak saya oleh jiran-jiran.

“Kira-kira jam 12.30 tengah malam saya dan suami sudah masuk tidur di bilik dan sebelum itu memang saya lihat anak mundar-mandir macam ada yang tak kena.

“Saya mengintai dan melihat anak keluar membuka pintu rumah sebelum mengajak seorang lelaki di dalam biliknya. Pada masa itu perasaan saya hanya Allah saja yang tahu,” katanya.

Dia dan suami menyerbu ke dalam bilik berkenaan sebelum memberkas warga Nepal berusia 20-an.

Menurutnya, ketika pintu bilik dibuka dia geram melihat lelaki itu berada di atas katil anak gadisnya dan mereka mengaku sudah sembilan bulan menjalin hubungan dan lelaki itu adalah bekas rakan sekerja kilang anak gadisnya.

Bagaimanapun, katanya, dalam kekecohan di rumahnya itu, lelaki Nepal terbabit menyusup keluar dan gagal dikesan. Sehubungan itu, wanita berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan semalam dan merujuk anak gadisnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan dan siasatan dilakukan menjurus kepada kes rogol.

“Apapun, polis perlu menunggu laporan daripada hospital sebelum siasatan lanjut dijalankan. Setakat ini suspek yang dikenalpasti belum diberkas,” katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dalam kes ini apa menteri jaga wanita buat? Bukan soal tindakan polis, tapi kenapa hal ini masih berlaku? Bukan siapa patut disalahkan, tetapi kerajaan melalui kementerian hal ehwal wanita dan keluarga, perlu menggariskan jalan solusi, selagi hal ini masih berlaku berlarutan. Ini amanah dari rakyat.

Apa tidak ada otak-otak cerdik orang dalam kementerian itu untuk memikirkan? Apakah pemimpin tertinggi boleh lepas tangan dengan menyalahkan orang lain dalam kehidupan sosial rakyat begini? Dosa kerajaan yang mewujudkan suasana masyarakat pincang melalui wang rakyat dan medianya perlu dibongkar dan diperbetulkan.

Cari jalan lain sebagai solusi, kalau tidak mahu mengambil Islam sebagai jalan penyelesaian pun! Seorang perdana menteri zaman pemerintahan Islam (disebut Khalifah) pernah berkata, "Seketul daging kambing jatuh ke dalam sungai pun, ini perdana menteri (Khalifah) bertanggung jawab!".

Kini seketul daging telah dirampas puak Nepal tanpa cara sah, seperti kisah di atas, pemimpin-pemimpin rakyat, ulamak-ulamak yang diupah gaji dengan wang rakyat masih bengap, dayus dan jahil!

Masya Allah! Tolak saja BN dalam PRU13 ini, yang masih degil tidak mahu mengambil Islam sebagai formula jalan penyelesaian.. (IH)

Kereta Boleh Terapong, Rekaan Baru Mesra Alam

KERETA yang dihasilkan uintuk pertandingan anjuran syarikat Volkswagen.
KERETA yang dihasilkan uintuk pertandingan anjuran syarikat Volkswagen.

JOM KREATIF

BEIJING: Seorang pencipta China menghasilkan rekaan baru sebuah kereta yang menakjubkan, yang boleh bergerak di atas jalan tar, pasir, ais dan juga air. Kenderaan itu yang mempunyai kelajuan maksimum 92 kilometer sejam dan beroperasi seperti hoverkraf, boleh bergerak antara permukaan itu tanpa gangguan.

Yuhan Zhang, 21, menghasilkan kereta yang diberi nama Volskwagen Aqua untuk menyertai pertandingan anjuran syarikat pembuat kereta Jerman itu. Ia dilengkapi dengan empat kipas dan digabungkan dengan dua beg angin yang boleh menggelembung untuk membolehkannya bergerak seperti hoverkraf.

Ia juga mesra alam kerana kedua-dua motornya menggunakan kuasa hidrogen tanpa mengeluarkan sebarang karbon. Satu daripada motor itu menggelembungkan ‘skirt’ di sekeliling kenderaan itu untuk membolehkannya terapung sementara satu lagi memacunya ke depan dan mengawal arah.

“Tidak ada pengangkutan yang lebih baik daripada kenderaan kusyen udara kerana ia boleh bergerak dengan baik di darat, ais dan air.

“Saya berharap Aqua satu hari nanti akan menjadi kereta super yang mampu dimiliki oleh orang awam,” kata Zhang.

Peserta pertandingan berkenaan dikehendaki menghasilkan sebuah kenderaan yang boleh digunakan di luar jalan raya. - Agensi

Lihat banyak lagi hasil kreatif..

E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'

Tanpa N/Islam, Syariat Tidak Bisa.... A/Bakar Basir


Ustadz Abu Bakar Ba’asyir (ABB) : “Tanpa Negara Islam, syariat tidak bisa diterapkan secara kaafah (sempurna)”

JAKARTA, Rabu, 10 Safar 1433 H / 4 Januari 2012 : Ustadz Abu Bakar Ba’asyir (ABB) kembali menegaskan pentingnya kaum Muslimin memiliki kekuasaan untuk menerapkan atau menjalankan syariat Islam. Tanpa negara Islam, maka kaum Muslimin tidak akan pernah bisa menerapkan syariat Islam secara kaafah (sempurna). Demikian pernyataan beliau ketika Arrahmah.com menjenguknya di rutan Bareskrim, Mabes Polri, Selasa (3/1). Allahu Akbar!

Problem dasar umat ini adalah tauhid

Alhamdulillah, Arrahmah.com berkesempatan menjenguk Ustadz Abu Bakar Ba’asyir (ABB), Selasa (3/1) di rutan Bareskrim, Mabes Polri, Jakarta. Setelah ditemui Ustadz Hasyim Abdullah, ajudan beliau, Arrahmah.com langsung bertemu dengan Ustadz Abu Bakar Ba’asyir yang hari itu mengenakan jubah dan peci putih.

Sesaat kemudian, dengan penuh semangat dan optimisme beliau memberikan nasihat dan pandangan-pandangannya tentang problematika umat Islam di negeri ini. Menurut beliau, masalah mendasar yang melanda umat Islam di negeri ini adalah karena tidak faham masalah tauhid. Padahal kata beliau, tauhid dan iman adalah ruh Islam, yang apabila rusak maka semua amalan dalam Islam batal dan tidak diterima oleh Allah SWT.

Perusak tauhid umat Islam menurut beliau adalah faham murjiah, yang mengatakan bahwa iman cukup di dalam hati. Artinya, faham murjiah ini menetapkan bahwa syarat sahnya iman hanya pada keimanan dalam hati dan ikrar lisan. Tidak ada amal yang menjadi syarat sahnya iman. Maka menurut faham ini tidak ada amal yang membatalkan iman.

Ustadz Abu Bakar Ba’asyir menjelaskan bahwa iman adalah keyakinan di dalam hati, yang diucapkan dengan lisan, dan diamalkan dengan perbuatan. Maka, seseorang bisa batal imannya jika lisannya mengucapkan kekufuran, atau amal perbuatannya melakukan kekufuran.

Parahnya, faham murjiah yang menurut beliau lebih berbahaya daripada kesesatan khowarij, saat ini banyak dianut ummat Islam di Indonesia. Ummat Islam saat ini banyak yang terjerumus ke dalam kemurtadan karena doktrin sesat murji’ah ini. Kesesatan faham murji’ah ini banyak dimanfaatkan oleh toghut yang menguasai negara-negara ummat Islam termasuk toghut di Indonesia. Padahal kata Ustadz Abu Bakar Ba’asyir, para toghut ini jelas-jelas menolak perintah Allah SWT untuk mengatur negara dengan syariat Islam secara kaafah (sempurna).

Penerapan syariat Islam butuh Negara Islam

Ustadz Abu Bakar Ba’asyir secara panjang lebar dan detil juga menjelaskan kewajiban umat Islam untuk mengganti sistem toghut ini menjadi sistem Negara Islam agar umat dapat menjalankan tauhid secara murni. Menurut beliau, mustahil ummat Islam dapat menjalankan kemurnian aqidah atau tauhid dan imannya dengan sistem yang syirik seperti sekarang ini.

Beliau menegaskan bahwa sejak rezim Soekarno sampai rezim SBY penguasa/pemerintah NKRI adalah toghut yang berperan merusak hakekat kemurnian tauhid dan iman ummat Islam. Maka rusaklah tauhid dan iman mereka, sehingga Islam yang mereka amalkan bercampur aduk antara yang hak (syariat Islam) dengan yang batil (ideologi ciptaan manusia).

Akhirnya, beliau berpesan kepada ummat Islam agar mengganti rezim toghut ini dengan sistem Islam. Ummat Islam harus memiliki kekuasaan, negara Islam, Daulah Islam, atau apapun namanya, agar syariat Islam dapat diterapkan secara sempurna, dan hal ini adalah tuntutan tauhid.

Adapun jalan, atau strategi untuk mencapai hal itu menurut beliau hanya dua, yakni dakwah dan jihad. Tidak akan pernah bisa negara Islam diterapkan dengan jalan demokrasi yang syirik, karena itu mencapur adukkan antara yang haq (Islam) dengan yang batil (demokrasi). Hanya dengan dakwah dan jihad, ummat Islam dapat mendirikan negara Islam yang kemudian menerapkan syariat Islam secara kaafah (sempurna). Allahu Akbar!

M Fachry arrahmah.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails