Saturday, January 28, 2012

Faizal, Blog 'Pulakdah' Diberkas -SAMM


PETALING JAYA: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO), mengecam sikap dwi-standard Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM) kerana cepat bertindak menahan seoang blogger pro Pakatan Rakyat dan diserahkan kepada polis.

“Itulah kerja pantas SKMM dan pihak polis, memberkas hanya blogger-blogger yang selama ini menjadi nadi penting kepada Pakatan,” kata Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau merujuk kepada tindakan SKMM menahan Faizal, pemilik blog Pulakdah.blogspot.com. dan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Kata Edy Noor, tindakan SKMM membuat serbuan ke rumah beliau dan merampas barang-peribadi beliau termasuk dua laptop, dua desktop, sebuah handphone dan sebuah modem adalah satu tindakan yang biadap.

“Ini jelas satu cubaan melumpuhkan terus aktiviti blog pulakdah.blogspot yang banyak membuat pendedahan terhadap kepincangan kerajaan pemerintah. Blog Pulakdah juga merupakan antara blog ranking tertinggi dari kalangan blog Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, pihak SKMM dan polis begitu pantas bertindak ke atas ‘gagasan resistance cyber’ Pakatan tetapi tidak bertindak sewajarnya terhadap blogger-blogger pro Umno dan kerajaan pusat.

“Sebelum ini bertimbun-timbun fitnah yang dilempar oleh blogger cybertrooper Umno.


Ini termasuklah penghinaan terhadap mahkamah dalam isu pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Namun tiada tindakan susulan daripada pihak SKMM dan polis walaupun terdapat berpuluh laporan polis dibuat,” terang beliau. -FMT (Diangkat dari GB)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tak dapat tanduk, telinga dipulas. Syabas Pulakdah! (IH)

PRU 13: Setuju A/Hadi Tidak Tanding. Tapi ...

KL, 28 Jan 12: Disebalik persiapan dan harapan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diberitakan melahirkan hasrat mahu berundur daripada bertanding pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

Kata Abdul Hadi, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai Yang Berhormat. “Sudah lebih 30 tahun saya bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu bermula pada 1982 dan sudah berbelas tahun sebagai Ahli Parlimen,” katanya dipetik Sinar Harian hari ini.

Beliau (gambar) berkata sekiranya tidak bertanding mana-mana kerusi, beliau boleh bergerak ke seluruh negara untuk memantapkan parti. Bagaimanapun Adun Rhu dan Ahli Parlimen Marang ini menawarkan bertanding satu kerusi sahaja sekiranya dipilih sebagai calon dalam pilihan raya ke-13.

“Terpulang kepada parti untuk menilai kerusi mana yang sesuai untuk saya sama ada Dun atau Parlimen,” katanya menambah menyerahkan kepada parti untuk membuat keputusan.

Jelas Hadi, ramai pemimpin pelapis dalam parti Islam itu yang boleh diberi peluang untuk membawa hala tuju parti di masa depan. Katanya, penglibatannya dalam arena politik sezaman dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya kebetulan mengikuti parti sejak zaman Tun, zaman generasi kedua (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sampailah kini.

“Saya diberi amanah kepimpinan dan kerusi pada usia terlalu muda, saya menjadi naib presiden semasa berusia 30-an, sudah terlalu lama,” katanya.

Hasrat Hadi ini mungkin akan memberikan rasa kurang senang dalam Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR dan DAP. Sejak bergabung di bawah Pakatan Rakyat, parti perikatan ini telah mencipta sejarah pada pilihan raya umum 2008 apabila berjaya menawan Kedah, Pulau Pinang dan Perak selain mengekalkan Kelantan yang dikuasai PAS sejak 1990. Selain itu Pakatan Rakyat turut menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Parlimen.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Elok juga Presiden PAS tidak tanding semua kerusi yang beliau menangi, tetapi lebih elok pilih satu kerusi parlimen sahaja, sebagai persiapan untuk memerintah Malaysia.

Pemimpin-pemimpin PAKATAN yang lain juga perlu mengikut contoh itu, beri peluang pemimpin-pemimpin baru menduduki salah satu kerusi sahaja, samada parlimen atau DUN. Apa lagi pemimpin-pemimpin yang sudah agak lama dalam parti. Latih rekrut baru.. (IH)

Kak Rosmah, Lihat Zamrud Ni.. Tak Teringin Ke?

Batu zamrud sudah dipotong terbesar dunia dilelong
REGAN REANEY melihat batu zamrud Teodara di Rumah Lelongan Western Star, Kelowna, British Columbia kelmarin.

KELOWNA, British Columbia: Seketul batu zamrud yang seberat 11.5 kilogram (kg) dan bernama Teodara akan dilelong pada minggu ini. Batu zamrud yang bersamaan dengan berat 57,500 karat itu ditemui di sebuah lombong di Brazil dan telah dipotong menjadi seperti bentuk buah tembikai di India.

Ia akan dilelong di sini, Kanada pada hari ini. Batu zamrud tersebut dijangka dilelong di antara AS$2 juta (RM6.07 juta) dan AS$2.5 juta (RM7.59 juta). Selepas dipotong, ia menjadi milik seorang pemborong Regan Reaney yang membelinya pada 13 Januari lalu.

Sejumlah orang melihat batu zamrud itu semasa ia dipamerkan di Rumah Lelongan Western Star di sini. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kak Rosmah, isteri (bukan suami) PMku, tak teringin ke? Batu zamrud sudah dipotong terbesar dunia dilelong. Tengok-tengok pun jadilah!

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?

Friday, January 27, 2012

Jalan Darat Dari Dili T/Leste Ke Kupang Indonesia

CATATAN PERJALANAN siri 16
PERJALANANKU bermula kira-kira 8 pagi waktu Timor Leste, menaiki van bersama lapan pemuda suku Timor Leste, dan ada yang juga berasal Indonesia. Bermula dengan pesisir laut kota Dili, kami terus merentas rimba belantara. Naik bukit, turun bukit, naik gunung, turun lembah, lalui sungai, paya dan perkampungan orang Timor Leste.

Terasa diriku seolah-olah berada di negaraku pada zaman baru lepas merdeka tahun 50an. Budaya, alam sekitar dan penduduk pribumi sama dengan kaum bumiputera baru lepas merdeka. Banyak perkara yang mengingatkanku begitu.

Antaranya, aku melintasi sebuah kampung. Dari dalam kereta aku lihat beberapa wanita sedang membasuh pakaian di paip air tepi jalan. Tak sempat ambil gambar kerana perjalanan kurang menyenangkan.

Terbayang aku semasa aku kecil-kecil dulu di Kampung Perlis Balik Pulau, Pulau Pinang.. Aku selalu mandi di paip air di depan rumah aku simpang masuk Masjid Kampung Perlis. Malas nak mandi di telaga kerana nak cepat atau agak penat menarik tali baldi dari perigi yang agak dalam. Ada paip-paip 'bantuan kerajaan' untuk mengganti sistem tradisi guna perigi' yang merata dalam masyarakat waktu itu. Perbetul sikit, sebenarnya bukan 'bantuan' tapi 'kewajipan' kerajaan.

Maklum, waktu itu kempen kerajaan Perikatan (sekarang Barisan Nasional) untuk menarik pengundi menyokongnya sama seperti sekarang iaitu pembangunan dan kebendaan. Cuma dulu kempen pembangunannya ialah 'kerajaan Perikatan beri tanah merah, buat jamban (supaya jangan berak berselerak), jambatan (contohnya Jambatan Merdeka di Kedah), atau buat paip air tepi jalan (kerana orang kampung tak mampu pasang pain air di rumah) seperti yang sedang ku lihat itu.

Begitu juga sembur ubat nyamuk atau hindar wabak malaria seperti gambar di bawah di Timor Leste, bagi 'bantuan' letrik dan lampu jalan (kerana orang kampung masih pakai pelita minyak tanah).

Terbayang aku waktu pakai lampu pelita minyak tanah yang mengeluarkan asap hitam, 'berjelaga' lubang hidung. Kadang-kadang bau hangit, rupanya rambut adik aku disambar api pelita. Maklum satu peita pakai untuk empat lima orang adik beradik untuk belajar. Terutamanya bila ayah aku ajar baca Al-Quran.

Itu suasana kampung dulu. Mungkin kira-kira begitu yang sedang berlaku di negara yang baru merdeka, seperti Timor Leste ini. Itu bagi sebuah pemikiran dengan gaya kehidupannya.

Sedangkan di kota Dili semalam, aku sempat berbincang dengan seorang taukeh supermarket, anak asli kota Dili yang berfikiran ke depan. Dalam masa yang sama, ini sebuah lagi pemikiran.. Zaman remajanya, dia pernah berkerja di London, Portugal, Belanda dan beberapa negara Eropah, dan pulang ke negara asal untuk membangunkan bangsa sendiri.

Katanya..

"Sekaranglah peluang terbaik untuk berniaga. Aku sudah mewah di luar negara, tetapi aku paksakan diri aku pulang, cuma mewahkan diri d negara sendiri.

"Ramai orang luar masuk melabur di sini. Itu orang Cuba.. (Sambil menunjukkan sepasang suami isteri kulit putih dari sebuah negara Komunis jiran Amerika Syarikat) Dia memiliki restoran di sini. Dan, hotel itu.. (tempat aku nginap), milik pribumi Medan Indonesia.

"Kaum Cina di sini, ramai yang sudah membesarkan perniagaan mereka puluhan kali ganda. Begitu juga kaum Cina dari Indonesia, ramai yang mula turun melabur mengembangkan usaha ke sini." Jelasnya.

"Ada orang Malaysia atau dari negara-negara Islam melabur di sini?" Aku tanya.

"Setakat ini, belum ada lagi." Jelasnya.

Gambar di atas dan di bawah ini antaranya ku ambil sehari sebelum berangkat. Gambar dari dalam kota Dili.




Berebut-rebut naik bas..

Gambar-gambar di bawah ini menggambarkan budaya hidup orang T/Leste.




Gambar bawah: Yang di bawah pokok itu samsu murah dijual tepi jalan.

Harga sebotol besar 50 centavos (0.50USD). Menggunakan botol mineral dan dibuat daripada nira nipah. Merata boleh dapat samsu ni. Orang-orang sini selalu kelihatan berehat di tepi-tepi jalan. Lepas mabuk minum samsu, bergaduh. Jadi hujung minggu incedent jenayah meningkat. Sesuaikah botol mineral ini digunakan semula isi samsu?


Gambar bawah: Tempat membuat garam sendiri, bagaimana?
"Bawah ni pak, tanah yang telah ditapis untuk mendapatkan garam. Berbukit-bukit jadinya... Di tengah setiap himpunan tanah buangan tadi, ada penapis yang dibuat dari daun pokok kelapa laut.

"Ada tiga tingkat. Atas yang ada daun tu, tengah yang macam papan senget kebawah tu, dan bawah, tempat takung air. Tanah letak kat atas, air turun ke tingkat dua dan bertakung dalam bahagian bawah. Tanah tadi dibuang, tuh yang keliling penapis tuh tanah bertimbun tuh." Begitu cerita buat garam...
Pohon ini dibuat rumah atap..
Rumah atap di Timor Leste
Gambar bawah: Sembur ubat nyamuk di Timor Leste.. Teringat aku di kampung tahun 50sn dan 60an di Malaysia dulu pun macam tu..
Gambar-gambar yang kuambil sepanjang perjalanan...




Akhirnya, inilah gambar anak gadis suku Timor Laste yang bekerja di hotel milik rakyat tempatan di kota Kupang dalam wilayah Indonesia. Dia beragama Kristian masih belum berkahwin lagi, 'merantau di negeri orang cari nafkah halal..' katanya.

Namanya.. "Aku tak ingat lagi.. tapi bunyinya, nama tempatan tradisional.."
Gambar bawah sekai: Ibnu Hasyim berpakaian tradisional Timor Leste..




Begitulah, antara perkara-perkara yang sedang berligar di 'kotakfikir'ku. Perlukah puak-puak 'Penyampai Islam' menyasarkan dakwah mereka ke sini? Menggemling tenaga bersama kaum pribumi untuk membangunkan agama Islam, sampaikan walau satu ayat?

Bagaimana memulakan yang sudah bermula itu (Perjuangan Islam T/Leste Bagai Kucing Ini.. siri 14)?? Bagaimana membangunkan ruh Abdur Rahman bin Auf (seorang sahabat Nabi SAW yang berjuang Islam melalui perniagaan) di sini? Marilah sama-sama fikirkan.

Perjalananku sampai ke kota Kupang kira-kira jam 8 malam.. Kira-kira12 jam (setelah dikirakan selisih waktu) dalam perjalanan. Sekian.

Bersambung dalam catatan perjalanan di Bali pula.. Insya Allah.
Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

23 Jan 12
Dili, Timor Leste.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-47: Medan-Aceh, S'baya, Bali & T/Leste
E-Buku IH-47: Medan-Aceh, S'baya, Bali & T/Leste

Himpunan Hijau, Bantah Lynas, Selamatkan Rakyat!

KL, 27 Jan 11: Satu gabungan rakyat yang dinamakan Kumpulan HimpunanHijau akan mengadakan satu himpunan besar-besaran di Kuantan pada 26 Februari ini.

Himpunan Hijau 2.0 dengan tema Langkah Bestari "Pilihan di tangan kita" bertujuan membantah projek pembinaan Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di Gebeng, setelah pelbagai usaha menyuarakan pandangan sebelum ini tidak diendahkan kerajaan.

Setiausaha Kumpulan HimpunanHijau, Bang Seet Ping berkata, pihaknya komited dalam keadilan alam sekitar dan kemanusiaan serta akan berusaha menyelamatkan rakyat Kuantan daripada berhadapan dengan risiko pembinaan LAMP.

"Kita semua adalah rakyat biasa yang mengambil berat masa depan generasi muda kita.

"Kita tidak akan membenarkan kedatangan sebuah syarikat asing yang membahayakan nyawa anak cucu kita. Tanpa persetujuan rakyat, kilang-kilang sedemikian tidak akan dibenarkan untuk beroperasi," kata beliau pada sidang media bersama beberapa pimpinan Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Sehubungan itu, Seet Ping berkata, Kumpulan HimpunanHijau mengajak semua pihak tanpa mengira kaum, agama dan parti politik menyertai himpunan tersebut yang berlangsung dalam keadaan santai. Ia dijangka berlangsung selama satu jam setengah bermula jam 10 pagi sehingga 11.30 pagi.

Selain itu, beliau mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat keputusan yang bijak untuk memberhentikan projek tersebut sebelum pilihan raya umum ke-13.

"Jika tidak, rakyat akan menolak mereka yang zalim dan memilih mereka yang bersama rakyat.

"Isu Lynas ini sudah lama diperkatakan. Seluruh komuniti Kuantan terpaksa hidup dalam keadaan tertekan dan tidak selesa. Kita berasa masa dan ruang yang diberikan sudah mencukupi. Berapa lama lagi rakyat harus hidup menderita?" soalnya.

Sebelum ini, HimpunanHijau 1.0 telah diadakan juga di Kuantan pada 9 Oktober tahun lalu dengan kehadiran kira-kira 7,000 ribu rakyat. Sementara itu, pada sidang media sama, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyeru seluruh ahli untuk turut serta dalam himpunan tersebut bagi menunjukkan sokongan terhadap rakyat Kuantan.

Syarikat Australia - Lynas Corporation - yang bercadang membuka loji penapisan bahan nadir bumi di Gebeng, dekat Kuantan tidak lama lagi, mahu sisa pepejal radioaktif dari kilang itu dibuang di sebuah pulau tidak berpenghuni di luar pantai Pahang.

Alternatifnya, sisa tersebut mungkin dilupuskan di kawasan di mana tidak terdapat pembangunan, kata Kuantan MP Fuziah Salleh, yang berkempen menentang projek loji nadir bumi itu. Cadangan tersebut terkandung dalam pelan pengurusan sisa Lynas yang dibuka untuk tatapan umum sehingga semalam, kata Fuziah yang juga naib presiden PKR. (IH)

Intip Bergambar Seluar Dlm Wanita. Modus Baru, Jaga!!

AWAS, satu modus baru, mulai berlegar di tengah masyarakat. Lelaki yang dicurigai polis mula diintip. Sangka polis dia adalah pencuri, bakal penyamun atau perogol atau penyeluk saku disebuah stesyen bas..

Membuat pihak polis mengikuti modus baru ini terus..







Akhirnya baru diketahui, bahawa lelaki itu bukan pencuri atau penyeluk saku. Rupanya trend baru anak muda, tiada kerja lain, mengintip seluar dalam wanita dengan kamera!




Hal ini berlaku di negara jiran, berkemungkinankah hal ini berlaku di negara ini? Hati-hati?

Bagaimana mengelaknya? Mudah sahaja..

Wanita, pakailah pakaian menutup aurat. Lelaki.. jaga anak-isteri kamu, pandulah mereka ke arah kebahagiaaan dan kebaikan, jangan sampai mengheret kamu ke neraka. Na'auzubillah! (IH)

Lihat sebelum ini..

Thursday, January 26, 2012

E-Buku IH-47: T/Leste, Medan-Aceh, S'baya, Bali.

Ibnu Hasyim (di tengah-tengah) bersama pemimmpin-pemimpin adat disebuah perkambungan Hindu di Bali.

E-Buku IH-47: T/Leste, Medan-Aceh, S'baya, Bali.

Bab 1

Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5: Tambahan
Bersambung.. Ikuti lanjutnya!

Pakaian Renang, Terseksi & Termurah Di Dunia?

JOM KREATIF

BOLEH jadi, inilah pakaian renang terseksi yang pernah ada dan pernah dibuat di dunia.. Lihat benarkah?

Ha...ha....ha.......



Bagaimana jika dikreatf dan dikomersialkan? Dijadikan betul-betul pakaian renang termurah dengan penambah-sesuaian menurut suasana keadaan setempat?

Lihat Jom Kreatif sebelum ini..
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'

E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'

Wednesday, January 25, 2012

Sawah Padi Kreatif Di Dunia. Kedah, Tiru Unt P/Raya?

Lihat betul-betul dalam design sawah padi ini sudah ada lambang PAS?

JOM KREATIF
APA kreatifnya sawah padi ini?

Satu:
Diberitakan di Jepun, walaupun keluasan sawah padi mereka terhad, tetapi produktiviti yang dihasilkan adalah amat tinggi. Mereka mampu menuai sebanyak 5 kali setahun, sedangkan di Malaysia, di negeri Jelapang padi ini hanya sebanyak 5 kali tuaian dalam tempoh 2 tahun. Ini kreatif menguntungkan rakyat dan negara.. Fikir-fikir untuk laksanakan.

Dua:
Lihat kreatifnya, sawah padi di Jepun yang di design di atas dan di bawah ini..















Daun-daun padi yang diwarnakan...

Nampaknya, design-design begini seolah-olah tidak menguntungkan, tetapi bagaimana kalau diusahakan supaya membawa mesej-mesej tetentu? Mesej Islam, pembangunan atau sebagai kempen untuk pilihan raya? Dipertandingkan di kalangan petani-petani.. Bahkan menjimatkan dalam membantu poster-poster pilihan raya? Tentu negeri Jelapang Padi boleh buat! (IH)

Lihat Jom Kreatif sebelum ini..
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'

E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails