Saturday, February 04, 2012

Ini, Pakai Purdah Campur Bikini, Kempen Anti Islam.

DM melaporkan seorang ahli politik Belgium telah mencetuskan kemarahan umat Islam apabila memulakan kempen "Wanita Menentang Islamisasi" dengan menampilkan anak perempuannya berusia 19 tahun yang memakai burka dan bikini.

Filip Dewinter, pemimpin dari parti Vlaams Belang menggunakan gambar anak perempuannya An-Sofie Dewinter yang mengenakan bikini biru gelap dan burka untuk kempen politiknya. Remaja memakai burka yang meliputi kepala dan mukanya, manakala bahagian badannya yang lain hanya ditutupi oleh coli dan seluar dalam.

Imej provokatif itu memarakkan lagi ketegangan dalam kalangan kumpulan nasionalis dan Islam di negara yang terbahagi kepada beberapa kaum.

Poster yang memaparkan gambar anak Dewinter turut tertera tulisan "Kebebasan atau Islam?". Frasa itu tertulis merentasi dada anak Dewinter. Di bahagian alat sulitnya, tertulis frasa "Anda pilih!".
Pelampau parti Vlaams Belang itu mendakwa bahawa dia mahu meyakinkan wanita untuk mengambil pendirian terhadap Islam.

Anak Dewinter memberitahu akhbar Belgium bahawa dia tidak berasa dipergunakan oleh parti politik itu.

Dia berkata: "Saya mencadangkan (poster) diri saya sendiri."

Katanya lagi: "Apakah yang bertentangan dengan niqab? Bogel."
"Kempen ini sangat sesuai dengan apa-apa yang saya rasakan mengenai keseluruhan isu ini. Sebagai wanita, kita mesti memilih: Kebebasan atau Islam."

Remaja ini kemudiannya mendakwa bahawa dia telah diancam oleh kumpulan-kumpulan Islam. Namun menegaskan bahawa "Ugutan bunuh dan kritikan tidak menakutkan saya."
Dewinter dengan jahilnya berkata: "Wanita sentiasa menjadi mangsa pertama Islam. Kami menegaskan bahawa mereka mempunyai pilihan."-DCM

(IH/DCM/Biaqpila)

Surat Terbuka KPN: NFC, Polis Enggan Bertindak?


KUALA LUMPUR, 4 Feb 12: Seorang bekas pegawai kanan polis hari ini mempersoalkan keengganan pihak polis bertindak terhadap keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) dalam skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC), dengan mengatakan mereka mampu menyiasat perkara itu dalam masa singkat bagi memastikan sama ada berlakunya penyalahgunaan dana untuk membiayai Umrah.

“Kenapa pihak polis takut untuk mengambil tindakan terhadap suami dan anak Shahrizat?” soal bekas Ketua Pegawai Siasatan Jenayah Datuk Mat Zain Ibrahim dalam surat terbuka kepada Ketua Polis Negara hari ini.

“Bagi menyemak rekod untuk memastikan Mohamed Salleh dan Wan Shahinur (anak Shahrizat) menggunakan sejumlah RM31,580 dalam NFC bagi membiayai perjalanan Umrah mereka pada 2010 hanya memerlukan masa yang amat singkat untuk disiasat,” tegasnya.

Mat Zain telah mendesak Datuk Seri Najib Razak minggu lepas supaya menggesa polis, badan pencegah rasuan, Peguam Negara menyelesaikan siasatan terhadap skandal pusat ternakan lembu tersebut dalam masa dua minggu.

Tambahnya, bagi menyemak sama ada NFCorp telah membayar sejumlah RM26,400 kepada Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat hanya memerlukan “beberapa minit” penyiasatan.

“Sekiranya tuduhan-tuduhan itu benar, Shahrizat telah menipu rakyat apabila mengatakan beliau tidak mengambil tahu berkenaan hubungan pengurusan NFCorp oleh suami dan anaknya,” katanya.

PKR telah membuat beberapa siri pendedahan terhadap NFV, termasuk sejumlah RM27 juta didakwa telah digunakan untuk membeli tanah dan hartanah yang tidak berkaitan dengan projek ternakan tersebut, apabila Ketua Audit Negara mengatakan projek berkenaan tidak menetapi sasaran pada Oktober 2010.

Pembangkang turut mendakwa suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, yang juga Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFCorp), telah mengarahkan bayaran sebanyak RM31,580 dibuat ke bagi membiayai perjalanan Umrah bagi diri, dan anaknya pada 2010 termasuk RM26,400 perbelanjaan Shahrizat pada 2008.

Ketua Wanita Umno itu semalam menegaskan beliau akan terus mengetuai sayap wanita dan kembali ke kementeriannya Isnin ini selepas bercuti selama tiga minggu bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan. (IH/MI)

Kampung Arab Surabaya, Sumbangan Kpd Indo..

CATATAN PERJALANAN siri 25

SELAIN gedung-gedung lawas di kawasan kota tua, beberapa rumah tinggal penduduk juga tampil cantik dengan gaya 'jadul'nya. Beberapa rumah di jalan-jalan kecil di kawasan Kampung Arab masih berfasad asli dengan lebar muka 5-6 meter.

Tatanan bukaannya simetris, sebuah pintu di tengah bidang dan dua jendela di setiap sisinya. Keaslian bangunan tampak dari lubang udara di atas pintu dan konsol yang dibuat dari besi bermotif lengkung, atau keriting, beberapa rakan arkitek menyebutnya begitu. Beberapa fasad nampak asli, tapi majoriti telah dirombak habis-habisan.

Jalan kecil di Kampung Arab ini merupakan jalur masuk ke Masjid Sunan Ampel, salah satu tujuan pelancongan religi di Surabaya. Dari Jalan Nyamplungan yang merupakan jalan raya, perjalanan berlanjut dengan berjalan kaki menelusuri gang atau lorong kecil, Jalan Ampel Kembang. Lebarnya tidak lebih dari 3 meter dan membelah permukiman padat penduduk.

Jalan ini berujung pada Jalan Ampel Suci, sebuah lorong beratap seperti pasar. Di dua sisinya terhampar para pedagang yang menawarkan beragam barang. Dari keperluan ibadah seperti baju-baju gamis, tasbih, kupiah, sampai aksesori, parfum, bahkan air zamzam dari Arab.

Ujung lorong Ampel Suci adalah pelataran Masjid Sunan Ampel. Di sana juga terdapat makam Sunan Ampel, salah satu Wali Songo, yang biasa dikunjungi warga peziarah. Makam itu, bersama makam isteri dan beberapa pengikutnya, dibatasi gerbang masuk serupa gapura.

Penjaga di mulut gerbang tidak segan mengingatkan pengunjung perempuan agar mengenakan kerudung atau tudung saat memasuki permakaman. Sedang bertudung lingkup itu adalah pakaian muslimah, wajib dipakai sepanjang masa, bukan waku berziarah di maqam sahaja. Kain disiapkan untuk dipinjamkan kepada pengunjung, tanpa biaya.

Pelataran makam yang ditutup konblok dibagi dua dengan batas pagar besi. Satu untuk peziarah lelaki, satu lagi untuk perempuan. Suasananya sejuk dan hening meski dengungan doa dari puluhan peziarah yang duduk bersila di sekeliling makam membahana. Begitulah... antaranya suasana makmur di Kmpung Arab.

Mengingati kisah silam..

Jauh sebelum masuknya bangsa Belanda, Inggeris dan Portugal ke Indonesia, tahun 1451 komuniti Arab sudah mendiami beberapa tempat di Indonesia, termasuk di Kampung Arab (Arabiche Kamp), kawasan Ampel, Surabaya. Umumnya mereka datang dari Hadramaut, daerah Yaman Selatan sekarang, sebagai pedagang sambil menyebarkan agama Islam.

Di Surabaya mereka mendiami wilayah padat di Kota Bawah, kawasan yang di batasi Kalimas (sebelah barat), Sungai Pegirian (timur), Kembang Jepun (selatan) dan Selat Madura (utara). Di tengahnya, membentang Kompementstraat dari utara ke selatan, yang sekarang menjadi Jl. KH Mas Mansyur.

Kampung Arab merupakan bahagian dari bekas wilayah kekuasaan Raden Sayyid Ali Rahmatullah alias Sunan Ampel, penguasa zaman Majapahit di Ampeldenta yang meninggalkan situs sejarah Makam Sunan Ampel & Masjid Ampel ( di bangun 1870-1872).

Kawasan Kampung Arab lainnya kini telah berubah menjadi kompleks pasar dan pertokoan di daerah Sasak yang padat. Sementara itu sisa rumah dan bangunan kuno masih dijumpai di sepanjang Kompenmentstraat, termasuk pertokoan, hotel masjid, pondok pesantren, bank dan hospital.

Gambar, ramai membeli-belah di sekitar Kampung Arab

Itulah jasa orang Arab Islam kepada pembangunan di Indonesia dan kepada Islam seantero dunia. Di Singapura ada Arab Street, di Pulau Pinang ada Lebuh Aceh, Kuala Lumpur dulunya ada Jalan Masjid India, ada ramai orang-orang Arab yang menjadi aset penting kapada kesinambungan penerusan perjuangan Islam, hasil fadhilat 'hijrah' dari negara asal mereka.

Semuanya membantu kepada ketamadunan manusia seluruhnya tanpa mengira bangsa, negara dan agama. Wallahu 'aklam.

Catatan perjalanan di Surabaya ini akan terus bersambung.. Insya Allah.

Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

Jan 2012
Bali, Ind.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-47: Medan-Aceh, S'baya, Bali & T/Leste
E-Buku IH-47: Medan-Aceh, S'baya, Bali & T/Leste

Terkangkang Awek-awek Ini, Buat Apa?

JOM KREATIF
Oh, rupanya begini cara awek-awek Jepun keringkan seluar dalam mereka... Kreatif ke? He he he! (IH)

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'

Friday, February 03, 2012

Surabaya: Sura Lawan Buaya & Jambatan Merah

Lambang kota Surabaya (ikan sura lawan buaya) yang tertancap di tugu kota itu..

CATATAN PERJALANAN siri 24

TIDAK banyak yang dapat ku bayangkan saat kaki menjejakkan Bandara Juanda, Surabaya, Jawa Timur, selain sebuah ibu kota provinsi yang padat aktiviti penduduk urban. Tetapi nyatanya bayangan ruwet sibuk Jakarta tidak pernah terbukti, di kota besar seperti Surabaya ini. Walaupun pembangunan di kota itu begitu pesat dan projek konstrak di mana-mana...

Dari airport ku ke kotanya, "Mengapa kota ini diberi nama Surabaya?"

"Oh.." Jawab supir teksi yang membawaku itu. "Nama Surabaya dikaitkan dengan sebuah cerita rakyat di daerah ini.."

Jelasnya lagi, "Pada zaman dahulu sering terjadi perkelahian hebat antara ikan hiu yang bernama sura dengan seekor buaya yang dalam bahasa Jawa disebut 'baya'.

Lambang kota Surabaya pada masa Hindia Belanda (1934)

"Keduanya berebut mangsa. Ketika keduanya merasa bosan berkelahi terus menerus sedang perut masing-masing lapar, terjadilah sepakat bersama. Sura cari makan di air dan baya di darat. Pantai sebagai pembatas. Setelah sepakat dua binatang yang sama-sama buas ganas itu, dapat hidup saling menghormati, hidup damai dan tenteram.

"Masyarakat pada zaman itu sangat terkesan dengan apa yang dilakukan kedua binatang itu sehingga menamai tempat itu, Surabaya. Mereka harap kedamaian dan ketenteraman tempat itu dapat terus terjaga kerana sikap saling menghormati selanjutnya hingga sekarang." Jelas pemandu teksi itu. (Sila rujuk Asal Mula dan Legenda Kota Surabaya)

Kota Surabaya adalah ibukota Provinsi Jawa Timur, Indonesia. Surabaya merupakan kota terbesar kedua di Indonesia setelah Jakarta. Dengan jumlah penduduk metropolisnya yang mencapai 3 juta jiwa, Surabaya merupakan pusat bisnis, perdagangan, industri, dan pendidikan di kawasan Indonesia timur.

Surabaya terkenal dengan sebutan Kota Pahlawan kerana sejarahnya dalam perjuangan merebut kemerdekaan Indonesia dari penjajah. Surabaya dulunya merupakan gerbang Kerajaan Majapahit, yakni di muara Kali Mas. Bahkan hari jadi Kota Surabaya ditetapkan tarikh 31 Mei 1293. Hari itu sebenarnya merupakan hari kemenangan pasukan Majapahit yang dipimpin Raden Wijaya terhadap pasukan kerajaan Mongol utusan Kublai Khan.

Pasukan Mongol yang datang dari laut digambarkan sebagai ikan SURO (ikan hiu/berani) dan pasukan Raden Wijaya yang datang dari darat digambarkan sebagai BOYO (buaya/bahaya). Jadi secara harfiah diertikan berani menghadapi bahaya yang datang mengancam. Maka hari kemenangan itu diperingati sebagai hari jadi Surabaya. Hari yang mencabar!

Peta Surabaya dari buku panduan perjalanan dari Inggeris tahun 1897

Pada abad ke-15, Islam mulai menyebar dengan pesat di daerah Surabaya. Salah satu anggota Wali Songo, Sunan Ampel, mendirikan masjid dan pesantren di daerah Ampel. Tahun 1530, Surabaya menjadi bahagian dari Kerajaan Demak.

Menyusul runtuhnya Demak, Surabaya menjadi sasaran penaklukan Kesultanan Mataram, diserbu Panembahan Senopati tahun 1598, diserang besar-besaran oleh Panembahan Seda ing Krapyak tahun 1610, diserang Sultan Agung tahun 1614. Pemblokan dan pengepungan aliran sungai Brantas oleh Sultan Agung, akhirnya memaksa Surabaya menyerah.

Suatu tulisan VOC tahun 1620 menggambarkan Surabaya sebagai negara yang kaya dan berkuasa. Panjang lingkarannya sekitar 5 mijlen Belanda (sekitar 37 km), dikelilingi kanal dan diperkuat meriam. Tahun tersebut, untuk melawan Mataram, tenteranya sebesar 30 000 prajurit. Tahun 1675, Trunojoyo dari Madura merebut Surabaya, namun akhirnya didepak VOC pada tahun 1677.

Dalam perjanjian antara Paku Buwono II dan VOC pada 11 November 1743, Surabaya diserahkan penguasaannya kepada VOC. Antara tokoh-tokoh nasional yang dilahirkan di Surabaya adalah, HOS Tjokroaminoto, tokoh pergerakan nasional dan pemimpin organisasi Sarekat Islam, KH Mas Mansur, mantan pemimpin Muhammadiyah, Roeslan Abdulgani, Bung Tomo, Rudy Hartono, Alan Budikusuma, Cak Kartolo Cs, dan Ir. Soekarno, Presiden Pertama Indonesia.

Kota Surabaya
Kota Pahlawan
Jawa Nuvola single chevron right.svg Jawa Timur
Tugu Pahlawan
Lambang Kota Surabaya
Lambang
Kota Surabaya terletak di Indonesia
Kota Surabaya
Lokasi Kota Surabaya di Pulau Jawa
Koordinat: 7°16′S 112°43′E
Negara Indonesia
Hari jadi 31 Mei 1293
Pemerintahan
- Wali kota Tri Rismaharini
- DAU Rp. 679.450.127.000,- [1]
Luas
- Total 333,063 km2
Populasi (2010)
- Total 2.765.908
- Kepadatan 8.304,5/km²
Zona waktu WIB (UTC+7)
Kode telepon +62 31
SNI 7657:2010 SBY
Situs web www.surabaya.go.id

Masjid di Surabaya pada masa kolonial

"Apa lagi yang sering dilawati jika datang ke Surabaya?" Aku tanya pemandu teksi itu lagi.

"Jambatan Merah." Jawabnya.

File:Jembatan Merah Surabaya.JPG
Jambatan Merah..

"Jembatan Merah merupakan salah satu monumen sejarah di Surabaya, Jawa Timur yang dibiarkan seperti adanya, sebagai jembatan. Jembatan yang menjadi salah satu judul lagu ciptaan Gesang ini, semasa zaman VOC dahulu dinilai penting kerana menjadi sarana perhubungan paling vital melewati Kalimas menuju Gedung Keresidenan Surabaya, yang sudah tidak berbekas lagi.

(Video 'Bengawan Solo', lagu ciptaan Gesang..

Oslan Husein - Bengawan Solo (Gesang Martohartono)

Selamat bernostalgia. by merayukalbu 8 months ago 619 views)

"Juga Kawasan Jembatan Merah merupakan daerah perniagaan yang mulai berkembang sebagai akibat dari Perjanjian Paku Buwono II dari Mataram dengan VOC pada 11 November 1743. Dalam perjanjian itu sebahagian daerah pantai utara, termasuk Surabaya, diserahkan penguasaan kepada VOC.

"Sejak saat itulah Surabaya berada sepenuhnya dalam kekuasaan Belanda. Kini, posisinya sebagai pusat perniagaan terus berlangsung. Di sekitar jembatan terdapat indikator-indikator ekonomi, termasuk salah satunya Plaza Jembatan Merah.

"Perubahan fiziknya terjadi sekitar tahun 1890-an, ketika pagar pembatasnya dengan sungai diubah dari kayu menjadi besi. Kini kondisi jembatan menghubungkan Jalan Rajawali dan Jalan Kembang Jepun di sisi utara Surabaya itu, hampir sama persis dengan jembatan lainnya. Pembedanya hanyalah warna merah. Dari Jembatan Merah inilah meluncurnya ucapan Surabaya sebagai kota pahlawan. " Katanya.

Sambil teksi melintasi Jambatan Merah, jari supir teksi ini menunjuk Jembatan Merah Plaza, katanya, "Tamu dari Malaysia banyak yang suka ke sini untuk belanja di Pusat Grosir Jembatan Merah ini.."

"Oh, aku kurang minat itu.." Kataku.

"Apa, bapak kali pertama ke sini?"

"Sudah banyak kali.. Aku pernah nginap di sebuah hotel milik orang Indonesia keturunan Arab..."

"Oooo, aku tahu. Di situ.. terkenal dengan nama Kampung Arab di Surabaya."

Catatan perjalanan bersambung.. Insya Allah.

Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

Jan 2012
Bali, Ind.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-47: Medan-Aceh, S'baya, Bali & T/Leste
E-Buku IH-47: Medan-Aceh, S'baya, Bali & T/Leste

Cubaan Bunuh T/P'jaya PAS Johor, Polis Dicabar?

Bahagian bawah rumah yang terbakar
KL, 3 Feb 12: Sebuah kereta mewah milik Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Dzulkefly Ahmad hangus terbakar dalam satu kejadian yang dipercayai perbuatan khianat di rumah miliknya di Taman Universiti, Gelang Patah, Johor, awal pagi tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3.40 pagi tadi turut mengakibatkan bahagian bawah rumah Dzulkefly terbakar. Memetik Harakahdaily, Dzulkefly berkata ketika kejadian berlaku beliau dan enam anggota keluarganya sedang tidur di tingkat atas.

“Ketika itu kami semua sedang tidur. Tiba-tiba terdengar satu letupan kuat. Saya kejut isteri dan saya lihat enjin kereta BMW terbakar dan ada api di tingkat bawah rumah.

“Tidak lama kemudian satu lagi letupan kuat berlaku. Kami kejut semua anggota keluarga dan buat keputusan untuk keluar ke pintu belakang dan terus menghubungi pihak bomba,” katanya.

Menurutnya, pihak bomba yang tiba kira-kira beberapa minit kemudian berjaya memadamkan api daripada terus marak. Ekoran kebakaran itu kereta BMW miliknya itu hangus manakala bahagian ruang tamu tingkat bawah juga turut terbakar.

“BMW keseluruhannya hangus, sebuah lagi kereta Camry yang diletak disebelahnya, separuh terbakar tapi saya rasa masih boleh dibaiki.

“Bagaimanapun saya bersyukur sebab tiada kemalangan jiwa berlaku,” katanya sambil memaklumkan telah membuat laporan polis.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS pusat Mazlan Aliman dalam respon segera kepada The Malaysian Insider berkata beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu adalah cubaan membunuh.

“Kereta dalam garaj dipercayai disimbah minyak meletup. Api marak ke ruang tamu.

“Beliau dan ahli keluarga sempat keluar ikut pintu belakang. Botol minyak tanah lima liter ditemui,” katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah ini cubaan bunuh Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor? Apakah ada motif politik? Puluhan tahun lalu juga pernah ada cubaan membunuh Pesuruhjaya PAS Johor Hj Hasan Husin.. Perkara-perkara seperti ini tidak boleh dibiarkan lepas begitu sahaja. Ke'profesional' polis sudah dicabar lagi.. (IH)

Ikhwan Mesir Kecam Gara B/Sepak 73 Terbunuh.

SUKAN
Kaherah, 3 Feb 12: Kelompok politik terbesar di Mesir, Ikhwanul Muslimin, telah mengecam peristiwa menyedihkan mengenai kematian puluhan penonton fanatik terhadap sebuah pasukan bola sepak.

"Peristiwa-peristiwa di Port Said dirancang dan adalah mesej dari sisa-sisa rejim sebelumnya." kata legislator Mesir Essam al-Erian dalam satu kenyataan dalam halaman kumpulan Islam Parti Kebebasan dan Keadilan.

Dilaporkan pertengkaran tersebut dicetuskan oleh penyokong diktator yang digulingkan, Hosni Mubarak. Sekurang-kurangnya 73 orang terbunuh dan beratus-ratus yang lain cerdera ketika rusuhan selepas perlawanan bola sepak Liga Perdana Mesir di bandar Port Said di utara negara itu.

Rusuhan meletus pada Rabu lalu setelah pengadil meniup wisel akhir, menamatkan permainan yang membawa pasukan bola sepak Al-Ahly mengalahkan Al-Masri 3-0 di kota tersebut.

"Jumlah kematian, sebagai akibat dari rusuhan selepas perlawanan antara Al-Ahly dan Al-Masri, telah mencapai 73 orang," kata Timbalan Menteri Kesihatan Mesir al-Efni Helmy.

Menurut pegawai keselamatan, peminat pasukan pemenang membanjiri padang, dan menyerang pemain dan peminat lawan-lawan mereka. Ada laporan bahawa batu, botol dan bunga api yang dilemparkan ke padang..

Kedua-dua pasukan bola sepak mempunyai sejarah panjang kejadian berdarah dan banyak pertengkaran telah meletus antara peminat kedua-dua belah pihak dalam beberapa tahun terakhir.(IH)

Sila lihat penyelewengan permainan bola sepak...

Siti Norhaliza Rela Kena Raba?

HALAMAN HIBURAN
BUKAN, Bukan! Ini bukan gambar Siti Norhalisa, artis terkenal. Ini gambar cubaan monyet mencabul wanita berpakaian seksi. Awas wanita-wanita! Berpakaian seksi membahayakan diri. Itu baru depan monyet, kalau di depan manusia, berbagai helah dan cara manusia boleh mencabulnya..

Gambar ini pula, baru nampak macam Siti Norhaliza. Hai, tengok tangan monyet berbulu tu, apa yang dia pegang? Apa yang dia raba? He, kalau betul Siti Norhliza, berjayalah monyet itu meraba artis terkenal pujaan jutaan manusia.. Siti nampak tak marah pun? Dia rela kena raba?

Maaf Siti.. Gurau aje. Yang betul tu, betul le... (IH)

Thursday, February 02, 2012

Lynas: Mengapa AkzoNobel Tarik Diri? -PAS

KL, 2 Feb 12: PAS hari ini meminta kerajaan memberi penjelasan berhubung penarikan diri AzkoNobel, kontraktor pembekal resin utama untuk Lynas yang menimbulkan kebimbangan awam berhubung soal keselamatan dan kesihatan kepada masyarakat Kuantan.

Ketua Penerangan PAS Pusat Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan hari ini mendesak Putrajaya agar memberi penjelasan tanpa bereselindung memandangkan kontraktor dari Belanda itu merupakan pembekal utama resin penting yang berfungsi sebagai pelekat untuk puluhan liners fiberglass bagi tangki pendinding konkrit.

"Kerajaan diharap tidak menyembunyikan fakta sebenar dan rakyat berhak mengetahuinya kerana kelulusan lesen sementara untuk syarikat ini beroperasi dengan lima syarat yang mesti dipenuhi; ini dilihat sebagai suatu keganjilan dan kesangsian.

"Lynas adalah bom jangka yang telah dipasang. Andai berlaku sesuatu yang tidak diingini, bagaimana nasib lebih 300 ribu warga Kuantan, pencemaran air sungai dan lautan, kilang penapis minyak sawit yang hanya 2km dari kilang," soal Tuan Man.

Menurut Pesuruhjaya PAS Pahang itu, bantahan ribuan rakyat Kuantan adalah sia-sia sekiranya kerajaan tetap berdegil tidak menghiraukan bantahan tersebut.

Jelasnya lagi, rakyat masih tertanya-tanya mengapa kerajaan sanggup mengambil projek yang terlalu besar risiko kepada rakyat.

"Dengan kelulusan lesen pra-operasi bermula semalam, bermakna jarum jam 'bom jangka' telah bergerak," tegasnya.

"Jangan sudah terhantuk baru terngadah!" Sindir beliau kepada kerajaan.

Tegasnya, jalan penyelesaian bagi permasalahan tersebut adalah melalui Pakatan Rakyat.

"Rakyat diseru undilah Pakatan Rakyat pada PRU-13 yang tekad menghentikan operasi Lynas jika mendapat kuasa nanti.

"Nampaknya ini adalah jalan terakhir untuk kita bersama-sama menyelamatkan rakyat Kuantan, Gebeng dan sekitarnya daripada bom jangka Lynas yang telah dihidupkan ini," tambahnya. (Hrkh)

Lihat sebelum ini..

Ini, Publisiti Aktress, Pakaian Terlucut Nampak...

Aktress Terdedah Coli Di Karpet Merah

HALAMAN HIBURAN

Lihat berita ini..

SEORANG aktress wanita di China, Sun FeiFei berdepan saat yang paling memalukan di Anugerah “Men of the Year 2011″ apabila gaun labuh yang dipakainya terlucut akibat dipijak selepas bergambar di karpet merah ahad lalu.

Ketika kejadian itu, pelakon Cina itu sedang berjalan di karpet merah bersama seorang Pengacara Televisyen yang dikenali sebagai Fang Ling. Mereka kemudiannya dipanggil untuk sesi fotografi ringkas di karpet merah itu.

Selepas bergambar, Sun terus berjalan dan tanpa disedari ketika bergambar beriringan, Fang Ling telah terpijak pakaiannya menyebabkan pakaiannya terlucut sehingga menampakkan colinya.

Sun terkejut dan dengan serta-merta menarik pakaian manakala pembantu beliau bergegas ke arah Sun dan membawa kot untuk menutup bahagian dadanya yang terdedah. Sun dikatakan meninggalkan majlis itu sejurus selepas itu tanpa menanti majlis penganugerahan berlangsung.

Daripada keadaan ketika kejadian, ada yang mengesyaki sesuatu tentang gerak tubuh dan riak wajah Sun apabila bahagian dadanya yang telah dibedah untuk menambah cantikannya separuh terdedah di hadapan kamera wartawan.

Ia seakan-akan komedi di mana Sun menunjukkan wajah terkejut dan seakan-akan tidak berpuas hati manakala Fang yang terpijak mengambarkan mimik wajah kaget.

Ia seolah-olah dirancang untuk mendapatkan publisiti murahan untuk menaikkan nama apabila tahap popularitinya dikatakan semakin merosot.

Ketika sesuatu majlis anugerah berlangsung, kebanyanyakkan artis gemar menayangkan bentuk tubuh dan dada selagi tiada pengharaman keras ke atas isu ini dilaksanakan oleh kerajaan dan Sun dikatakan mengambil kesempatan di atas keadaan ini untuk meraih populariti.

Terdapat beberapa pihak yang bersimpati dengan keadaan di mana artis seperti Sun begitu terdesak untuk meraih perhatian dengan mencipta publisiti murahan untuk meraih populariti ketika karier mereka di ambang kejatuhan. (Sumber: Free Malays)

Berita hari ini pula... Payudara Hwayoung terkeluar

KUMPULAN T-ara yang dianggotai Hwayoung telah memenangi anugerah buat kali ketiga dalam program Inkigayo, namun pada episod ke-29 program itu baru-baru ini satu kesilapan besar telah berlaku.

Ketika melakukan persembahan secara langsung dengan mendendangkan lagu Lovey Dovey di pentas, Hwayoung secara tidak sengaja telah mendedahkan payudaranya ketika membuat tarian solonya.

Namun para peminatmenyalahkan pereka kostum Hwayoung kerana perkara itu terjadi disebabkan kesilapan kostum itu.

Bagaimanapun, agensi kumpulan T-ara, Core Contents Media belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung isu tersebut.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Macam-macam ada. Cari publisiti percuma. Penyakit ni belum berjangkit ke Malaysia lagi? (IH)

Filipina Selatan: Lagi.. Rampas Bot, 2 Diculik

MANILA 2 Feb. – Sekumpulan penculik bersenjata menculik dua pelancong dari Belanda dan Switzerland bersama seorang pemandu pelancong tempatan yang sedang belayar dalam sebuah bot pelancong selepas melakukan lawatan selama 14 hari di pulau selatan negara ini.

Gabenor Pulau Tawi-Tawi, Sadikul Sahali hari ini berkata, lima lelaki yang membawa pistol, rifel dan pelancar peledak merampas bot tersebut dan mengarahkan mereka yang berada di dalamnya iaitu seorang anggota polis, seorang anggota majlis dan pengemudi kapal supaya keluar dari bot.

Penculik kemudian melarikan tawanan mereka iaitu, Elwold Horn, 52, dari Belanda dan Lorenzo Vinciguerra, 47, dari Switzerland bersama seorang pemandu pelancong tempatan. – REUTERS

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Penculikan, suatu cara memperkenalkan dasar perjuangan dan menyambung tali hayat ekonomi perjuangan.

Frockwritter: Lagi Dedah Rosmah 'Belanja Sakan'

Penulis blog dedahkan e-mel 'belanja sakan' Rosmah
Wartawan fesyen Patty Huntington dalam blognya Frockwriter mendedahkan urusan e-mel untuk membuktikan kesahihan laporan yang ditulisnya mengenai isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Datin Seri Rosmah Mansor yang ‘berbelanja sakan’ membeli pakaian pereka eksklusif di Sydney, Australia.

NONEBuat kali pertamanya, Huntington menulis dengan panjang lebar di blog beliau dengan dijelaskan secara terperinci tentang apa yang berlaku antara beliau dan pereka Carl Kapp serta ‘publicist’ beliau, Little Hero, sebelum berita berkenaan dipetik oleh akhbar The Sydney Morning Herald pada 21 Januari.

Huntington (kanan) berkata bahawa beliau pertama kali mendapat maklumat pada 16 Januari oleh seorang kakitangan Littele Hero yang bernama Holly Beer yang menghantar e-mel kepada penulis blog itu menceritakan mengenai pembelian 61 helai pakaian oleh Rosmah dari kedai Kapp.

Dalam e-mel Beer ini kepada penulis blog itu, beliau menceritakan pertemuan Kapp dengan Najib dan Rosmah di penthouse Hotel Darling Hotel. Beer mendakwa ketika itu, pakaian berkenaan dipesan untuk majlis Rosmah yang dikatakan adalah banyak.

"Pakaian perlu disiapkan pada tempoh sebulan selepas percubaan kedua. Semua pakaian perlu diubah-suai supaya berlengan panjang, dengan memastikan tidak ada bahagian pergelangan kaki atau tangan yang terdedah.

NONE"Beberapa fesyen yang dipesannya itu termasuk skirt Emilia dan blaus berlengan panjang.

"Dia (Rosmah) juga meminta pakaian tambahan lain selain 61 helai yang telah dipesan itu. Ini adalah campuran AW12 (Autumn Winter 2012) dan SS11 (Spring Summer 2011)," tulis Beer.

Huntington juga mempertahankan tulisan di blog beliau dengan mendedahkan bahawa Kapp diterbangkan ke Kuala Lumpur bulan lalu untuk pakaian berkenaan dicuba. Beliau sebaliknya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini pada 25 Januari menafikan perkara itu dan berkata bahawa lawatannya ke Malaysia adalah sebahagian daripada projek ‘Jelajah Asia’ dan bagi mendapatkan bahan untuk rekaannya.

"Kapp beritahu saya, dia (Rosmah) minta saya untuk datang ke KL untuk mencuba pakaian berkenaan.

carl kapp sydney designer"Saya (Kapp) berkata 'jika anda (Rosmah) membayar tambang perjalanan, pasti (saya akan datang) ... saya tidak percaya bahawa saya akan diterbangkan ke sana bulan depan semata-mata untuk pakaian itu dicuba untuk hanya selama sejam setengah.

"Dan kemudian diterbangkan sekali lagi pada keesokan harinya," katanya mendedahkan, sebahagian daripada petikan perbualan dengan Kapp pada 17 Januari lalu. (Mk)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?

E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?